Mungkin ramai orang di seluruh dunia bimbang dengan tekanan ser4ngan nuklear. Tetapi mungkin ramai tidak menyedari bahawa ser4ngan siber terus memberikan kesan yang amat teruk. Kebanyakan insiden yang berlaku melibatkan ser4ngan siber, penjenayah siber melakukan ser4ngan lebih daripada mencuri maklumat.

Ser4ngan nuklear dapat menghancurkan manusia dalam jarak 100 kaki dengan pantas. Ser4ngan siber pula lebih perlahan, tetapi ser4ngannya lebih luas skalanya berbanding ser4ngan nuklear yang boleh mengkibatkan kemalangan, malah kematian. Mari kita lihat insiden-insiden ser4ngan siber yang berlaku di U.S baru-baru ini.

Pada tahun 2016, penggodam (hacker) mengawal loji rawatan air dan telah mengubah campuran kimia yang bertujuan untuk membersihkan sumber air. Sekiranya campuran kimia tersebut diubah tanpa pengetahuan pihak berkuasa, sumber air minuman penduduk U.S. boleh keracunan. Malah, mampu sampai ke tahap kekurangan sumber air untuk digunakan.

Pada tahun 2016 dan 2017, penggodam memadamkan sumber kuasa di Ukraine. Ser4ngan ini tidak terlalu serius kerana tiada peralatan yang dimusnahkan pada ketika itu walaupun penggodam tersebut mempunyai kemampuan untuk itu. Pihak berkuasa merasakan tindakan tersebut hanya bertujuan untuk menyampaikan mesej.

Pada tahun 2018, penjenayah siber yang tidak diketahui pernah mengakses sistem elektrik U.K. Pada Ogos 2017, loji petrokimia Arab Saudi pernah diserang oleh penggodam yang cuba untuk memusnahkan peralatan-peralatan di loji tersebut. Beberapa bulan kemudian, penggodam mematikan sistem perpaipan minyak dan gas di seluruh U.S.

FBI sendiri pernah memberikan amaran bahawa penggoadam turut mengancam fasiliti nuklear. Fasaliti nuklear yang dirampas akan mengaibatkan pelepasan bahan radioaktif, bahan kimia, malah peletupan nuklear. Ser4ngan siber mampu mengakibatkan insiden di Chernobyl berualng – letupan nuklear yang mengakibatkan 50 kematian dan pemindahan seramai 120,000 orang. Kawasan tersebut tidak dapat didiami sehingga beribu-ribu tahun.

RUJUKAN:

A Major Cyber Att4ck Could Be Just as Deadly as Nuclear Weapons, Says Scientist. https://www.sciencealert.com/a-major-cyber-attack-could-be-just-as-damaging-as-a-nuclear-weapon


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.