Serangan Bertalu-talu Puak Liberal Pada MRSM

15,642

Dalam sejam selepas matahari terbit pada 21 Januari 2020, suatu isu besar mula menular di media sosial. Ramai tidak berpuas hati dengan suatu rencana yang dinaikkan Free Malaysia Today. Ditulis oleh Nur Hasliza Mohd Salleh, lebih daripada sebuah Maktab Rendah Sains (MARA) di Johor sedang mengharungi proses Islamisasi dimana penekanan agama secara keterlaluan telah mengganggu prestasi belajar.

Negeri Johor mempunyai tiga MRSM iaitu (dari utara) di Muar, Batu Pahat, Pontian (TDI) dan Johor Bahru. Memandangkan Nur Hasliza menulis “schools”, sememangnya semua sekolah ini sedang dituduh. Kandungan artikel tersebut boleh dirumuskan sebegini:

Sekumpulan ibu bapa telah mengadu kepada FMT bahawa pendekatan sekolah-sekolah asrama ini yang terlalu berorientasikan agama semakin merosakkan kualiti pelajaran anak-anak. Mereka tidak hantar anak-anak untuk belajar (sistem) pondok atau tahfiz. Ramai dalam kalangan pelajar Tingkatan 3 dan 5 dipaksa bangun pukul tiga pagi untuk bersolat tahajud, hajat, tazkirah dan kemudian bersubuh dalam jemaah. Aduan kepada pengetua dipekakkan saja yang mendakwa perlu dapatkan berkat untuk keputusan cemerlang.

Kes yang lain tetapi berkaitan pula: seorang pelajar perempuan dituduh terkena gangguan jin sebab malas baca Qur’an. Maka dia perlu diruqyahkan (sampai dipersoalkan kenapa tidak tinggalkan kelas Biologi).”

Selepas mengkritik dan mengutuk sistem dalam MRSM ini, penulis Nur Hasliza menutup artikel dengan: “FMT sedang menunggu respon daripada sekolah-sekolah berkenaan dan Kementerian Pendidikan.” Bermakna semua yang ditulis masih belum disahihkan sekolah, apatah lagi dakwaan melampau bahawa yuran kelas baca Qur’an mencecah RM200.

Perkara ini sangatlah serius lebih-lebih lagi dengan FMT menggunakan perkataan-perkataan berbisa sebagai rujukan terhadap qiamulail yang dibuat: “ritual pelik” dan “peraturan janggal”.

Sehari kemudian pengetua salah satu sekolah (beliau enggan dinamakan) telah membuat penafian terhadap dakwaan ditulis Nur Hasliza. Pertama sekali, beliau berkata qiamulail dibuat dengan persetujuan daripada ibu bapa, dan sesiapa yang tidak berpuas hati sepatutnya merujuk beliau (bukannya media).

Malah program qiamulail yang dibuat pun telah berlanjutan setelah sekian lama tanpa sebarang aduan daripada ibu bapa pun. Dengan penafian ini sekalipun FMT masih mengasak institusi Islam dalam artikel yang sama. Kali ini ditulis oleh Nicholas Chung, pendapat daripada Sharifah Munirah Alatas dan Noor Azimah Abdul Rahim disunting masuk:

“Pengajian Islam di sekolah-sekolah semakin melampau sampai matapelajaran lain diabaikan. Ibu bapa, bukan guru, sepatutnya yang menyuntik nilai Islam. Guru-guru pula patut memastikan pelajar tidak dibuli kerana hal-hal remeh seperti tidak memakai tudung.” – Sharifah Munirah.

Noor Azimah pula menggesa supaya Pengerusi MARA membuang pengaruh agama dalam MRSM. “Sekolah patut fokus kepada sains, inovasi dan penyelesaian masalah. Ibu bapa mesti akan hantar anak-anak ke sekolah-sekolah agama jika mahu pendidikan agama. Masalah dengan agama ialah jika menentang, terus dikatakan anti-Islam walaupun berkata benar.”

Bayangkan artikel penafian difokus pendek (walaupun dengan izin ibu bapa) tetapi FMT masih meletakkan keangkuhan mereka secara nyata dalam rencana.

Kalau ingin menunggang hujah bahawa agama telah menjatuhkan kualiti pendidikan, realiti membicarakan hujah sebaliknya. Pada tahun 2016, MRSM Pontian dan Batu Pahat berada dalam 10 tangga terbaik bagi pencapaian SPM, didahului oleh MRSM Tun Ghafar Baba, Taiping dan Kuantan. Tahun sebelumnya pun begitu, MRSM Pontian masih mengekalkan namanya dalam 10 tangga terbaik yang mana Batu Pahat berada dalam kedudukan ke-16.

Semestinya semua MRSM mengamalkan disiplin keagamaan yang memerlukan pelajar bangun awal bagi tujuan solat sunat. Tidak cukup dengan dakwaan tanpa usul periksa, angkara FMT juga ramai dalam kalangan Cina tanpa usul periksa menghina:

Tidak terkecuali juga ramai dalam kalangan India yang melompat masuk dalam bandwagon ini walaupun dengan penguasaan bahasa Inggeris yang begitu lemah.  Dan lebih jelas lagi, seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri senyap sahaja walaupun gah beraksi demi penyelarasan kaum bagi perayaan Ponggal.

Pada masa yang sama, mereka bertanya tang mana Islam dibuli dekat Malaysia ni?

RUJUKAN:

Chung, N. (2020, January 22). Principal defends Islamic programmes as critics hit out at ‘outward religiosity’ in schools. FMT. Retrieved from  https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/01/22/principal-defends-islamic-programmes-as-critics-hit-out-outward-religiosity-in-schools/

Nur Hasliza, M.S. (2020, January 21). Heavy hand of religion disrupting studies at govt schools, say helpless parents. FMT. Retrieved from https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/01/21/heavy-hand-of-religion-disrupting-studies-at-govt-schools-say-helpless-parents/

Ruangan komen telah ditutup.