Setelah berkahwin dengan puteri Sultan Abdul Samad iaitu Raja Arfah, Tengku Kudin cuba menjadi pendamai antara Raja Mahadi dan waris Raja Abdullah. Tetapi gagal sebab ditolak mentah-mentah oleh Raja Mahadi. Tengku Kudin pun tersinggung lantas berhasrat untuk menyebelahi waris Raja Abdullah.

Maka Tengku Kudin bersama askar daripada Kedah melancarkan serangan ke atas Raja Mahadi. Hasilnya Raja Mahadi tewas dan terpaksa berundur. Kekalahan itu tidak mencukupi bagi Tengku Kudin sebab Raja Mahadi masih bebas berkuasa. 

Bagi menyelesaikan masalah Tengku Kudin telah menghantar utusan ke Bendahara Wan Ahmad di Pahang untuk memohon bantuan. Bendahara Wan Ahmad dengan pantas terus bersetuju nak bantu Tengku Kudin. Sebab orang-orang yang menyebelahi Raja Mahadi adalah orang yang sama pernah memberontak di Pahang. 

Sebelum menghantar bantuan ke Selangor, Bendahara Wan Ahmad telah meminta kebenaran terlebih dahulu daripada gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Harry Ord. Dia bersetuju telah berpuas hati dengan alasan Bendahara Wan Ahmad bahawa orang Raja Mahadi akan beri ancaman kepada Pahang.

Maka Bendahara Wan Ahmad menyiapkan 1000 orang tentera yang diketuai oleh Imam Perang Rasu, Orang Kaya Syahbandar, Orang Kaya Chenor dan Haji Muhammad Nur untuk bergabung dengan pasukan Tengku Kudin. Setelah sampai di Selangor, tentera Pahang berpecah kepada pasukan Imam Perang Rasu serta Orang Kaya Chenor & Haji Muhammad Nur.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Pasukan Imam Perang Rasu telah bergerak ke Hulu Kelang untuk menyerang Raja Asal. Pada mulanya pasukan Imam Perang Rasu menang tetapi Raja Asal buat serangan balas sehingga bekalan makanan terputus. Terpaksalah pasukan Imam Perang Rasu berundur ke Bentong.

Nasib baik pasukan Orang Kaya Chenor & Haji Muhammad Nur ada untuk menewaskan Raja Asal di Kepong. Setelah berjaya mengumpul makanan, pasukan Imam Perang Rasu datang ke Kepong untuk bersatu dengan tentera Pahang yang lain. Segala serangan Raja Mahadi dengan mudah berjaya dipatahkan oleh tentera Pahang.

Untuk tindakan selanjutnya, tentera Pahang menghantar utusan kepada Tengku Kudin tapi sayangnya tidak diterima oleh seorang panglima Belanda. Terpaksalah tentera Pahang bertahan di Kepong sehingga kehabisan makanan. Tak kan nak tunggu pulak dan dah lah tak dapat berhubung, lebih baik berundung ke Bentong.

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.

Empat bulan selepas itu tentera Pahang datang lagi untuk menyertai pasukan Tengku Kudin mengepung Kuala Lumpur. Di situ orang-orang besar berbincang tentang taktik untuk menakluk Kuala Lumpur. Langkah paling awal adalah gabungan pasukan Tengku Kudin-Pahang telah menyerang Raja Asal di Hulu Kelang. Raja Asal tewas dan terus bergabung dengan Raja Mahadi di Kuala Lumpur.

Itu menjadi titik tolak untuk gabungan Tengku Kudin-Pahang menyerang Kuala Lumpur. Raja Mahadi tewas dan terpaksa berundur ke Kanching. Bagi mengelakkan Selangor berperang kembali Dato Bahaman telah diletakkan di Hulu Klang. Tentera Pahang yang lain berundur dulu ke Bentong.

Bendahara Wan Ahmad hantar surat kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat untuk meminta kebenaran menyerang Raja Mahadi sekali. Gabenor Negeri-Negeri Selat setuju dan tentera Pahang telah dihantar melalui laut. Di samping itu tentera Pahang juga telah digerakkan daripada Bentong untuk bersatu dengan Dato Bahaman.

Angkatan laut Pahang bergabung dengan Tengku Kudin menyerang Raja Mahadi di Kuala Selangor. Raja Mahadi kalah dan terpaksa berundur ke Batang Berjuntai. Sementara itu, tentera Pahang yang diketuai oleh Tok Gajah pergi menyerang kubu Raja Mahadi di Kanching. Kubu itu berjaya dikuasai oleh tentera Pahang biarpun perlu menghadapi tentangan yang sengit.

Selesai dekat Kanching, tentera Pahang telah bergerak ke Hulu Selangor untuk bersatu dengan angkatan laut Pahang dan Tengku Kudin. Mereka berjaya menawan Rawang, Serendah dan Kuala Kubu. Dari Kuala Kubu, tentera Pahang perlu ke Hulu Bernam untuk menentang orang Raja Mahadi iaitu Sayid Mashhor. Dia kalah lantas berundur ke Perak.

Jadi berakhir penglibatan Pahang di Selangor setelah Raja Mahadi dan pengikutnya berjaya dikalahkan. 

RUJUKAN

Buyong Adil. (1972). Sejarah Pahang. Dewan Bahasa & Pustaka


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply