Nampaknya, pengaruh Samurai tidak pernah mati dalam setiap jiwa rakyat Jepun. Meski selepas samurai terakhir Jepun, Takamori Saigo mati dalam Pertempuran Shiroyama, namun amalan sepukku yang menjadi sebahagian daripada kod Bushido terus menjadi pegangan Tentera Imperial Jepun. Kematian Takamori Saigo yang membunuh diri selepas kekalahan pada Tentera Imperial Jepun juga menjadi inspirasi buat tentera Jepun yang turun ke medan pertempuran. Tentera Jepun percaya adalah lebih memalukan menyerah kalah kepada musuh daripada mati. Kematian adalah lebih indah pada tentera Jepun daripada ditangkap musuh.

Perkataan Banzai lahir daripada lidah Kuasa Bersekutu yang berperang melawan Jepun yang ketika Perang Dunia Kedua, berpihak kepada Kuasa Paksi. Kebiasaan Tentera Jepun ketika melakukan Serangan Banzai ini, mereka akan menjerit “Tenno Heika Banzai” yang membawa maksud “Hidup Maharaja”. Lalu dari jeritan Banzai itulah lahirnya nama Serangan Banzai yang menjadi sebahagian daripada strategi perang tentera Jepun. Biasanya Serangan Banzai ini akan melibatkan gelombang manusia yang meluru ke arah musuh sambil menembak dan menghunus bayonet mereka tanpa menghiraukan setiap peluru dan bom yang sedang membaham tubuh mereka. Mereka tidak hiraukan lagi mati kerana mati lebih indah daripada ditangkap oleh tentera musuh.

Dalam sejarah, antara rekod terawal pengunaan Serangan Banzai ialah ketika Pengepungan Pelabuhan Arthur yang melibatkan perang antara Jepun dan Russia pada 1 Ogos 1904 sehingga 2 Januari 1905 di Lushinkou, China yang melibatkan kemenangan Jepun. Selepas itu, ketika kempen Jepun menakluk China, serangan Banzai ini menjadi sebahagian daripada strategi paling efektif Jepun melawan tentera China yang lebih besar daripada itu.

Antara rekod serangan Banzai besar-besaran dalam Perang Dunia Kedua ialah melibatkan Pertempuran Pulau Saipan antara Empayar Jepun dan juga USA yang berlaku ketika 15 June sehingga 9 Julai 1944 yang dimana dalam pertempuran ini, Empayar Jepun telah kalah pada tentera USA. Dicatatkan bahawa dalam Pertempuran Saipan. Tentera Jepun yang berjumlah 32, 000 orang yang dipimpin oleh komander seperti Yoshitsugu Saito manakala USA membawa 71, 000 orang tentera menggempur tentera Jepun.

Pada saat kemenangan berpihak kepada tentera Jepun, dan bayang kemenangan mula malap buat tentera Jepun, maka pada detik 7 Julai, Yoshitsugu Saito telah merancang untuk melakukan serangan bunuh diri yang sangat terkenal dengan bangsa Jepun, Serangan Banzai. Kata-kata Saito masih lagi dikenang sehingga hari ini sebelum serangan Banzai terbesar dalam sejarah digerakkan olehnya:

“Tiada lagi beza antara orang awam dan tentera. Ia adalah lebih baik untuk orang awam menyertai serangan terakhir ini walau dengan hanya membawa buluh runcing sahaja.”

Dikatakan bahawa pada subuh 7 Julai, terdapat 12 orang lelaki membawa bendera Jepun mengetuai 3 ribu orang tentera Jepun melakukan Serangan Banzai. Jumlah ini kemudian bertambah oleh tentera Jepun yang masih lagi cedera. Dikatakan bahawa tentera-tentera yang menyertai Serangan Banzai ini pada yang terkemudiannya, dalam keadaan baru sahaja dirawat dengan balutan masih segar dibahagian tubuh yang cedera. Pada penghujungnya, lebih kurang 4,300 orang tentera Jepun terbunuh dalam serangan Banzai yang direkodkan berlangsung selama 15 jam itu. Komander-komander Jepun yang mengetuai serangan Banzai itu telah membunuh diri sebelum ditangkap oleh tentera USA. Tentera USA pula keholangan 650 tentera manakala hampir seluruh battalion pertama dan kedua tentera USA musnah akibat gelombang Serangan Banzai ini.

Antara rekod serangan Banzai yang lain ialah ketika Pertempuran Tenaru yang berlaku pada 21 Ogos 1942. Dicatatkan bahawa Kolonel Kiyanao Ichiki telah memimpin 800 orang tentera Jepun melakukan serangan Banzai ke atas barisan hadapan Tentera Marin Amerika yang sedang melindungi Henderson Field. Namun, serangan Banzai ini tidak berjaya dan diakhiri dengan Kolonel Kiyanao Ichiki melakukan seppuku dan membunuh diri.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply