Moving Forward As One

Tahukah Anda Bikini Bottom Diperintah Oleh Monarki?

1,556

PayLater by Grab

Bikini Bottom ialah sebuah bandar yang tidak asing lagi bagi peminat dan penggemar siri animasi kartun “Spongebob Squarepants”. Ianya terletak di Bikini Atoll, Kepulauan Marshal, Lautan Pasifik. Yang menariknya, Bikini Bottom ini walaupun ianya sekadar kartun biasa,tetapi ianya mempunyai bandar yang mempunyai undang-undang, keadilan, fasiliti kesihatan, pusat pendidikan, entiti politik, kedaulatannya, bendera yang tersendiri bahkan ia mempunyai lagu kebangsaan yang tersendiri. Jom telusuri apa yang menarik tentang bandar ini.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Undang-Undang dan Keadilan

Bandar ini mempunyai sistem undang-undang yang tersendiri.Dan bagi penulis,sistem undang-undang di Bikini Bottom ini antara sistem undang-undang yang agak tegas dikenakan ke atas penduduknya. Misalnya, melanggar lampu isyarat akan dikenakan hukuman penjara, membuang sampah merata-rata akan dikenakan hukuman penjara, menyeluk saku dan merosakkan harta awam juga pun akan dipenjara. Manakala sistem keadilan pula diadakan sistem pungutan suara majoriti.Ianya dilakukan di dewan orang ramai.Contohnya dalam episode “Spongbob Last Stands”. Pungutan suara untuk membina lebuh raya Shelly yang baharu.

Pungutan Suara di Dewan orang ramai

Politik

Bikini Bottom merupakan bandar yang terletak di bawah naungan King Neptune dan Bikini Bottom dipimpin oleh seorang “Mayor” atau datuk bandar. Pusat pemerintahannya pula terletak di Kerajaan Atlantis.

Sejarah

Sejarah di Bikini Bottom ini cukup lama, namun penulis akan memulakan di zaman pertengahan. Bikini Bottom ditadbir oleh King Crab yang mana keturunan Encik Crab kini. Pemerintahan King Crab menyaksikan pertembungan antara dua figura iaitu kesatria pemberani Sandy Cheeks dan Planktonamor. Pada hari ini, ianya dibawah pemerintahan King Neptune.

Pendidikan

Pendidikan buat rakyat bermula daripada asuhan kanak kanak sehingga pendidikan tinggi (Bikini Bottom High School). Ada pelbagai aliran persekolah di Bikini Bottom ini, antaranya aliran Sains (Poseidon Elementary School), kolej awam (Bikini Bottom Community College) dan sekolah memandu milik Puan Puffs.

Fasiliti Kesihatan dan Kemudahan Awam

Fasiliti Kesihatan di Bikini Bottom kebanyakkannya swasta (Bikini Bottom Hospital)dan pembiyaan hospital dan rawatan ini amatlah mahal (sampai pengsan Encik Crab).Bahkan,sesiapa yang tidak membayar rawatan bahkan ditolak keluar daripada hospital.Selain itu,terdapat hospital khusus untuk rawatan haiwan peliharaan seperti hospital untuk Siput (Garry).Manakala,kemudahan awam yang disediakan ialah kemudahan seperti teksi, bas, pusat percutian (Goon Lagoon), pusat membeli belah (Bargain Mart,Bikini Bottom Malls) dan Bank (Bikini Bottom Banks), pejabat pos bahkan panggung wayang.3

Detik kedatangan Manray

Matawang, Bendera Rasmi dan Lagu Kebangsaan Bikini Bottom

Di Bikini Bottom, ia mempunyai matawang tersendiri iaitu menggunakan Bucks. Bendera Rasmi pula berlambangkan kulit kerang melambangkan hidupan laut di Bikini Bottom. Manakala,lagu rasmi Bikini Bottom pula, berikut lagu rasmi Bikini Bottom seperti didalam episode “Imitation Crab”.

In Bikini Bottom
we pledge our hearts to you
As Faithfull
as deep
as true
as blue,
Bikini Bottom we love you!

Bendera Rasmi Bikini Bottom

Kesimpulan dan Ibrah

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Sebagai penutup, didalam siri ini mengajar kita untuk mengenal pelbagai sisi manusia.Baik sisi Encik Crab yang kedekut, Patrick Star yang setia bersahabat dengan Spongebob, Sandy sebagai pendengar setia masala Spongebob, sisi menjengkelkan daripada Squidwards Tantacle. Semuanya itu berlainan watak. Bersahabat baiklah dengan semua orang dan berbaik dengan semua orang itu merupakan tuntutan agama sebagaimana firman Allah SWT didalam Surah Al-Hujurat: Ayat 13

 

يٰٓاَيُّهَا النَّاسُ اِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثٰى وَجَعَلْنٰكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَاۤىِٕلَ لِتَعَارَفُوْا ۚ اِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّٰهِ اَتْقٰىكُمْ ۗاِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ

Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.

Bersahabatlah dan elakkan permusuhan sesama kita. Mudah-mudahan kita semua diredhai Allah SWT dan dirahmati oleh Allah Azza Wa Jalla.

Ruangan komen telah ditutup.