Seppuku dilakukan dengan tindakan membelah perut dari kiri kanan menggunakan senjata seperti pisau pendek seperti Tanto selain pengunaan Tachi yang merupakan pedang panjang atau Wakizashi turut dicatatkan untuk membelah perut sendiri. Barat mengenali Seppuku sebagai Harakiri.

Seppuku pada pandangan budaya Jepun merupakan sebuah ritual bunuh diri yang dilakukan oleh kelas samurai ketika zaman feudal Jepun, yang biasanya akan berlaku atas beberapa faktor tertentu. Sebagai contoh, apabila seorang samurai dikepung oleh musuh, maka Seppuku dilakukan supaya samurai tersebut mati dalam keadaan penuh maruah daripada ditangkap oleh musuh. Kematian yang dipilih oleh pengamal Seppuku ini juga ialah sebahagian daripada falsafah Bushido, sebuah kod pahlawan yang dipegang oleh para samurai.

Biasanya ia dilakukan juga untuk mengelakkan daripada diseksa hidup-hidup oleh musuh demi memperoleh maklumat rahsia. Selain ia dilakukan secara sukerela oleh samurai, Seppuku juga merupakan sebahagian daripada hukuman yang dijalankan ke atas Samurai yang telah melakukan jenayah yang cukup berat. Seppuku sebagai bentuk hukuman bermula pada sekitar 1400-an.

Biasanya pengamal Seppuku akan mengupah orang kedua yang digelar sebagai kasihakunin yang akan memancung kepala samurai yang melakukan Seppuku demi memberikan kematian segera berbanding mati dalam keadaan yang perlahan dan terseksa selepas membelah perut sendiri dengan tanto. Demi menunjukkan rasa hormat, kepala tidak dipancung sepenuhnya, sebaliknya sebahagian sahaja supaya kepala tidak terpisah dengan badan. Adalah amat diharamkan sama sekali mereka yang bukan dari kasta Samurai untuk melakukan Seppuku.

Ketika era Edo (1600 – 1867 Masihi), Seppuku dilakukan dengan diiringi dengan ritual yang saya kira agak indah. Ia biasanya melibatkan Seppuku yang telah dirancang awal bukannya yang terjadi ketika di tengah-tengah medan pertempuran. Samurai yang terlibat dalam Seppuku ini akan mandi dan dipakaikan dalam jubah putih serta akan dihidangkan dengan makanan kegemarannya sebagai hidangan terakhir.

Samurai tersebut juga akan membaca puisi yang berkaitan dengan kematian sebelum membuka kimono putihnya, lalu mengambil senjata yang akan digunakan dalam melakukan Seppuku. Selepas membelah perutnya dari kiri ke kanan, kaishakunin akan memancung kepalanya, meninggalkan beberapa cebisan daging bagi mengelakkan kepalanya terus tercabut dari tubuh.

Terdapat juga sejenis Seppuku yang dijalankan ketika zaman feudal Jepun dulu yang dikenali sebagai kanshi di mana melibatkan seorang samurai yang tidak puas hati dengan tindakan tuannya ketika itu lalu merasakan hanya dengan kematian sahaja mampu menunjukkan rasa protesnya.

Si pengamal akan membelah perutnya sebelum membalut luka itu. Lalu, dia akan muncul di hadapan tuannya serta membuka balutan lukanya dan menunjukkan kesan belahan tadi hadapan para tuannya sebelum dia meluahkan rasa tidak puas hatinya dalam sebuah ucapan.

Kaum perempuan juga mempunyai ritual yang agak serupa seperti Seppuku yang dipanggil sebagai Jigai di mana melibatkan isteri kepada samurai yang melakukan ritual ini kerana suami mereka melakukan Seppuku atau telah melakukan perkara yang memalukan. Ia juga dilakukan untuk mengelak daripada ditangkap oleh tentera musuh lalu menjadi mangsa rogol.

Berbeza dengan Seppuku, Jigai melibatkan tindakan membelah tekak sendiri menggunakan tanto. Setiap wanita Jepun diajarkan cara melakukan Jigai pada usia kecil lagi. Sebelum melakukan jigai, seorang wanita Jepun akan mengikat kedua-dua kakinya rapat-rapat seperti dalam gambar di bawah. Ini bagi memastikan mereka mati dalam keadaan yang paling bermaruah sekali.

RUJUKAN:

Rankin, Andrew (2011). Seppuku: A History of Samurai Suicide. Kodansha International.

Seward, Jack (1968). Hara-Kiri: Japanese Ritual Suicide. Charles E. Tuttle


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.