Empat orang rakan bersama-sama telah mencipta satu fenomena dalam industri animasi di Malaysia. Perjalanan mereka dimulakan dengan langkah pertama iaitu menubuhkan Animonsta Studio Sdn Bhd pada tahun 2009 dan Mohd Nizam Abd Razak telah dilantik sebagai Pengarah Urusan,

Mentah dalam dunia perniagaan merupakan cabaran pertama Mohd Nizam dan rakan kongsinya. Mereka juga berdepan dengan halangan besar terutamanya dari segi untuk mengumpul modal yang tinggi untuk peralatan di dalam dunia animasi ini.

Namun, anak kelahiran Johor Darul Takzim ini bijak merebut peluang dan telah memohom pembiayaan program Bumiputera Content Industry (BCI) dari MDeC. Program BCI di bawah MDEC ini memfokuskan memupuk lebih ramai usahawan bumiputera menyertai sektor Information and communication (ICT).

Mohd Nizam seolah-olah menerima “durian runtuh” kerana telah dianugerahkan geran sebanyak RM 1.96 juta. Bantuan yang diberikan bukan sahaja dari segi dana malah beliau juga menerima bantuan program inkubator yang menyediakan pejabat bimbingan serta tunjuk ajar daripada bekas animator Disney.

Animasi “Boboiboy” yang menjadi buah mulut pelbagai lapisanan masyarakat di Malaysia ini dicipta dan dibangunkan oleh beliau menggunakan geran BCI. Graduan Multimedia University (MMU) yang berumur 32 tahun juga menggunakan geran tersebut untuk tujuan promosi dan branding “Boboiboy”.

Selain Malaysia, siri animasi ini telah meluaskan sayapnya ke negara negara asia tenggara yang lain dan mendapat sambutan yang sangat menarik di negara Indonesia dan juga Filipina. Siri ini juga telah dijadikan filem dan berjaya menjadi salah satu filem yang mendapat kutipan tertinggi di Malaysia.

Setelah lama berada dalam industri perniagaan, Animonsta kini pakar dalam penerbitan filem cereka, siri televisyen dan produk produk lain yang berkaitan dengan harta intelek. Animonsta boleh dikatakan “Terbaik” sejajar dengan ayat yang selalu digunakan oleh watak dalam animasi ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan dalam bidang perbankan dan kewangan islam. Atlet kebangsaan untuk sukan esports. Menjadi juara Asia Tenggara 3 tahun berturut turut.

Leave A Reply