Tiada siapa sangka gandingan Tughril dan Chaghri boleh menggoncangkan dunia. Pada mulanya mereka menggempur Parsi Ghaznavid daripada arah barat. Dalam sekejap, mereka merampas wilayah Khurasan untuk mendirikan sebuah kerajaan Seljuk.

Pada tahun 1046, Abbasiyah mengiktiraf kuasa Seljuk di Khurasan. Pihak Seljuk mula meletak mata pada permata Eropah. Dan dua tahun selepas diiktiraf, adik seibu Tughril menghentam Byzantium di Kapetron (kota Hasankale di Turki sekarang). Tetapi rezeki kemenangan paling besar dianugerahkan pada anak Chaghri iaitu Sultan Alp Arslan.

Nama ini sememangnya dibenci Byzantium hingga kejatuhannya. Lembut pada lidah tetapi gila terhadap jiwa. Alp Arslan berdepan dengan Byzantium di Manzikert, dimana Maharaja Romanos IV Diogenes turut berjuang di medan. Romanos IV kemudian diambil sebagai tahanan Seljuk.

Alp Arslan seolah-olah macam tidak percaya “tentera berdebu teruk” di hadapannya adalah Romanos IV. Baginda turun takhta dan meletakkan tapak kakinya pada leher Romanos, selamanya menjadi simbol yang Byzantium sudah turun darjat ke bawah Turki.

“You’re unworthy!” – Odin.

Alp Arslan kemudian melepaskan Romanos IV dengan jaminan ufti. Pembebasan Romanos IV menunjukkan yang Seljuk tidak perlu simpan sang maharaja untuk tundukkan Byzantium. Kira taring Seljuk sudah cukup tajam dan panjang sampai maharaja nampak macam picisan sahaja.

Percaya tidak – simbol inilah antara punca kejatuhan Byzantium. Maharaja susulan sangat takut dilayan sedemikian sampai meminta bantuan Barat.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Kerajaan Yang Tidak Lama

Memang kena terang panjang pasal sejarah Seljuk untuk memudahkan pemahaman kalian. Kerana kerajaan ini bukannya macam khilafah-khilafah Arab yang berdiri secara “passing baton”. Mereka berusaha daripada bawah untuk naik. Kerajaan mereka mempunyai pemimpin-pemimpin bagus seperti Nizam al-Mulk misalnya. Seljuk menggapai kegemilangan ekonomi dengan bandar-bandar agung seperti Konya misalnya.

Seni bina di Konya

Pereputan politik berlaku atas beberapa faktor. Yang paling utama adalah kerana Perang Salib Pertama dan Kedua. Tetapi zaman in merupakan zaman kegemilangan (golden age) sebuah bandar bernama Konya, yang dipimpin Sheikh Pir Esad Sultan.

Pir Esad merupakan seorang pemimpin yang beragama. Beliau mendalami ilmu-ilmu berkaitan Islam dan amat meminati satu cabang hadis iaitu “menyayangi kucing adalah sebahagian daripada akidah” (Rahman, 2021). Terbayang pula imej Abdurrahman al-Zahrani apabila berbicara tentang Pir Esad. Tentu sekali pemimpin Turki ini melihat beliau sebagai idola. Dan salah satu pucuk falsafah melibatkan kucing adalah ketangkasannya. Buanglah macam mana sekalipun – kucing tetap akan mendarat di atas keempat-empat kaki mereka, takkan sesekali mendarat guna belakang badannya.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Jika Abdurrahman digelar Abu Hurayrah (Bapa Kucing), Pir Esad pula dipanggil Pisili Baba (Sheikh Kucing). Katanya Pir Esad sendiri adalah keturunan Nabi Muhammad SAW kerana gelaran “Sayid” (Syed) yang ada padanya. Cuma perkara ini tidak dapat disahihkan.

Mangkatnya Seorang Sheikh

Menghampiri penghujung usianya, Pir Esad merangka wasiat yang mungkin pelik pada mata. Tetapi boleh jamin pencinta kucing takkan nampak pelik punya. Beliau mahu dikebumikan bersama kucingnya. Tetapi beliau meninggal dunia dulu pada tahun 1263. Jadi pemegang amanah menjaga kucing sampai hujung hayatnya… untuk dikebumikan bersebelahan dengan Pir Esad (Anadolu, 2021).

Pir Esad bersama kucingnya.

Katanya kucingnya merajuk selepas Pir Esad meninggal dunia. Tidak lalu makan selama 40 hari. Ada sumber mengatakan makan sikit-sikit. Ada yang cakap tidak makan langsung. Tetapi mengarut sangatlah kalau kucing hidup 40 hari tanpa makanan. Hari ketiga tanpa makanan pun hati sudah bengkak.

Apa-apa pun, tulisan kali ini adalah untuk merungkaikan kasih seorang penguasa pada kucing… bukannya sisi saintifik tentang pemakanan.

RUJUKAN:

Anadolu. (2021, Oktober 4). 13th-century tomb of ‘Kitten Sheikh’ draws visitors to Konya.

Rahman, M. (2021, April 10). Where Cats and Humans Pray Together. Medium.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply