Senyumlah…

182
views

“Smile is the symbol that was rated with the highest positive emotional content.” – Andrew Newberg

Muktahir ini, bibir kita sungguh ketat untuk senyum. Kita hanya mengganggap senyuman itu hanya sebahagian dari adat dan hanya patut diberikan kepada orang yang kita kenali. Namun tahukah anda bahawa senyum itu mempunyai impak yang besar kepada diri baik dari segi jasmani dan rohani.

Disini saya akan nyatakan secara ringkas manfaat senyum ;

1.Senyum itu sunnah
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

Cukuplah hadis di atas sebagai dalil bahawa senyum itu merupakan sunnah yang mana apabila kita senyum maka kita akan dapat ‘Free’ pahala .

2.Senyum sebagai senaman

Baik ‘ Real or Fake smile ‘ kedua duanya mengerakkan otot mulut kita yang boleh dikategerikan sebagai senaman . ‘ Fake smile ‘ mengatifkan otot orbicularis olis di hujung mulut kita manakala ‘ Real smile’ mengatifkan otot obicularis occuli di bawah bahagian mata kita .

Ketawa (senyum) juga merupakan senaman dek kerana senyum sebanyak 100 kali dalam sehari sama dengan bersenam selama 10 minit. Senyum juga memberi manfaat kepada Kardiovaskular kita yang sama apabia kita bersenam.

3.Senyum bagus untuk otak

Tidak dapat disangkal lagi bahawa senyum mengaktif beberapa hormone di dalam otak kita . Anataranya termasuklah;

A.Oxytocin ( Hormon cinta )
B.Dopamine ( Hadiah dari neurotransmitter )
C.Seratonin ( Menguatkan hafalan )
4.Senyum menghilangkan stress

Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).

Kesimpulannya senyumlah kepada setiap orang yang kita lihat agar tidak terlepas kita dari manfaat ini.

Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati.
Duniamu berseri.

Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.

Senyum kepada semua.
Senyumanmu amatlah berharga.
Senyum membahagiakan.
DENGAN SENYUMAN, TERJALINLAH IKATAN.

Artikel dikirimkan oleh Syed Muhd Firaz Habshee untuk The Patriots.