Pembangunan teknologi automotif telah menyentuhi era pengangkutan tanpa pemandu. Sektor perindustrian di hampir semua negara Barat merupakan antara negara paling aktif yang menggiatkan teknologi ini. Kerajaan Amerika Syarikat telah membuka jalan kepada syarikat-syarikat di Silicon Valley untuk melancarkan ribuan kenderaan penghantaran yang dipandu secara sendiri (McFarland, 2020). Nuro merupakan boleh melancarkan sekurang-kurangnya 5,000 unit R2 dalam tempoh dua tahun.

Jadi sementara ada negara yang menterinya kurang siuman menggiatkan kereta terbang padahal rebadge daripada produk China, Malaysia syukurnya tidak ketinggalan dalam perlumbaan ini. Umar Zakir Abdul Hamid empunya nama, seorang graduan PhD daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang navigasi. Sejak dalam pangkuan UTM lagi, Umar sudahpun bersinaran dengan prototaip kenderaan tanpa pemandunya di Cyberjaya.

Antara 2018 hingga 2020, Dr. Umar telah terlibat secara langsung dalam lebih daripada 10 projek kenderaan di Malaysia, Singapura, Jepun dan Finland. Malah 25 laporan saintifik juga diterbitkan pada namanya. Bukan saja beliau memerah otak untuk menggerakkan kenderaan tanpa pemandu. Beliau juga menekankan solusi kepada cabaran cuaca dimana kenderaannya dikaji untuk bergerak dalam cuaca-cuaca teruk.

Kalau dikaji sedikit tentang Dr. Umar, tentu sekali banyak hasil carian Google menggalakkan ResearchGate, InTechOpen dan Academia. Dr. Umar tiada peranan dalam R2 bagi pihak Nuro. Sebaliknya sentuhan beliau mewarnai kawalan produk Sensible 4 sebuah syarikat teknologi kenderaan pandu sendiri (Arif, 2020). Dr. Umar merupakan sebahagian daripada pasukan kejuruteraan yang berada dalam perkongsian bersama syarikat Muji dari Jepun. Matlamat Sensible-4 dan Muji adalah untuk mengeluarkan bas elektrik tanpa pemandu yang dinamakan Gacha.

Bahagian Dr. Umar mengendalikan penentuan algoritma yang membuatkan kenderaan ini bergerak dan merancang bukan saja destinasi – tetapi juga jalan menuju destinasi tersebut. Berkat kerjasama dengan ramai pakar yang berpengalaman 25 tahun, Dr. Umar jelas sekali sedang memacu sebuah impian dunia yang wajar diceburi Malaysia. Selama berbulan Malaysia menguar-uarkan tentang kereta terbang menipu, tanpa memberikan cahaya publisiti kepada Dr. Umar yang mengusahakan suatu teknologi hebat.

Bayangkanlah jika sebuah kenderaan tidak memerlukan pemandu. Sektor perindustrian boleh mencatatkan keuntungan berlebihan kerana tidak memerlukan barisan pemandu. Cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan pun akan bertambahan – kerana kos overhead syarikat tersebut boleh dikurangkan.

Keselamatan pun menjadi kunci utama yang turut juga membenarkan manusia berehat semasa pemanduan pun. Bunyinya mungkin remeh – tetapi hasil kajian mendapati kesesakan trafik boleh menyumbang kepada d4r4h tinggi dan kemurungan akibat kepenatan kerja dan tidur tidak berkualiti. Malah peluang pekerjaan pun bertambahan juga, kerana negara memerlukan pakar mesin berteknologi tinggi, pembangun perisian dan jurutera rangkaian.

Sentuhan Muji dan Sensible 4 (Gacha)

Malaysia, Indonesia dan Singapura menunjukkan potensi besar untuk membangunkan teknologi kenderaan tanpa pemandu. Ketiga-tiga negara ini mempunyai industri pengeluaran untuk syarikat-syarikat automotif. Jadi memandangkan negara-negara maju termasuk China nekad untuk mengharamkan penjualan minyak petrol dan diesel dalam 20-30 tahun akan datang, inilah masanya untuk Malaysia bertindak.

Anak-anak muda perlu disiapkan dengan kemahiran berkaitan dengan industri relevan sekitar 2050. Dalam sebuah hasil kajian 2017 yang ditulis oleh Dr. Umar juga, 65% anak muda akan terlibat dalam pekerjaan yang masih belum diwujudkan lagi. Mudah kata, jurutera robotik yang belum popular lagi mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menjadi sebutan semasa.

Kredit: Malay Mail

RUJUKAN:

Arif, Z. (2020, February 7). Malaysian engineer in Finland working at bringing a diverless bus to life. Malay Mail. Retrieved from https://www.malaymail.com/news/life/2020/02/07/meet-umar-the-malaysian-engineer-in-finland-working-at-bringing-a-driverles/1835359

McFarland, M. (2020, February 6). US clears the way for this self-driving vehicle with no steering wheel or pedals. CNN. Retrieved from https://edition.cnn.com/2020/02/06/tech/nuro-self-driving-vehicle-houston-dot/index.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.