Semua sedia maklum baru-baru ini, negara dikejutkan dengan pemergian Sarjan Baharuddin Ramli, 54, yang terk0rb4n dan rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, c3d3ra parah, selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar pada Selasa lepas. Tetapi tidak ramai tahu dua pahlawan negara itu sebenarnya sebahagian daripada Batalion 3 PGA atau Senoi Praaq.

Sebelum Senoi Praaq, mengikut rancangan asal Jeneral Gerald Templer, beliau mahukan satu lagi skuadron Perkhidmatan Udara Khas (SAS) dihantar ke Semenanjung Tanah Melayu untuk membantu skuadron SAS sedia ada melawan 4nc4man k0mvnis. Tetapi hasrat beliau ditolak oleh pengarah perkhidmatan berkemungkinan tidak mahu insiden memalukan membabitkan unit SAS di Tanah Melayu terutama membabitkan Mejar ‘Mad’ Mike Calvert berulang.

Dalam kalangan pegawai dan operator SAS, Calvert amat dihormati mereka kerana sentiasa berfikir di luar kotak, mempunyai keazaman yang kuat dan bijak menilai situasi di medan pert3mpvran. Bagaimanapun, beliau juga dikenali kerana sikap panas barannya dan kaki botol. Perkara sebegini bukan sekadar mencetuskan rasa kurang senang dalam pegawai SAS tetapi juga dalam kalangan anak buahnya sendiri termasuk John Woodhouse.

Bukan sekali Woodhouse bertegang urat dengan Calvert kerana bimbang pengaruh buruknya menjejaskan disiplin skuadron SAS. Akhirnya, beliau dipanggil pulang atas alasan kesihatan pada tahun 1951. Tempatnya digantikan oleh John Sloane sambil dibantu oleh Woodhouse dan kedua-duanya berjaya memulihkan semula moral dan disiplin dalam kalangan pegawai dan operator SAS.

Justeru, Templer kemudiannya beralih kepada penubuhan sebuah unit eksperimen kecil terdiri daripada Orang Asli yang dikenali sebagai Senoi Praaq atau Orang P3r4ng dalam Bahasa Semai. Menurut penganalisis hal ehwal politik Asia Tenggara Roy Jumper, unit ini merupakan unit perisikan dan ket3nt3raan yang cekap menyerupai SAS sebelum menggantikan mereka selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pada awalnya, Senoi Praaq merupakan sebahagian daripada projek perisikan t3nt3ra dengan tujuan memenangi hati Orang Asli dan mengelakkan mereka daripada menyertai atau menyokong gerakan k0mvnis. Kebanyakan latihan mereka diatur oleh SAS bagi membentuk unit tersebut sebagai unit separa t3nt3ra yang digeruni.

Menjelang tahun 1958, unit ini mempunyai rekod pembvnvhan tertinggi dalam kalangan pasukan keselamatan yang beroperasi di Tanah Melayu. Dengan rekod sebegini, ia mengundang rasa gerun dalam kalangan anggota Bintang Tiga. Sehinggakan satu arahan dikeluarkan sekiranya mereka bertembung dengan unit Senoi Praaq, mereka diarah berundur serta-merta daripada berlawan seperti kebiasaan.

Selepas tamat tempoh darurat pada tahun 1960, sekumpulan kecil unit ini dihantar ke Vietnam Selatan bagi membentuk Peninjau Montagnard pada tahun 1964. Ini merupakan sebahagian daripada permintaan Presiden Vietnam Selatan ketika itu, Ngo Dinh Diem pada awal tahun 60-an. Dinh Diem melihat keupayaan mereka sebagai komando dan perisik dapat membantu jentera pertahanan negara itu daripada 4nc4man Vietnam Utara.

Selain ditugaskan melatih pasukan t3nt3ra Vietnam Selatan, Senoi Praaq turut bertanggungjawab mewujudkan rangkaian perisikan yang dikenali sebagai Montagnard. Montagnard sebenarnya dibentuk di bawah Program Peninjau Gunung (MSP) yang dikendalikan oleh CIA dengan sokongan Misi Penasihat British (BRIAM). Semasa di Vietnamlah, mereka diberi gelaran Pembvnvh Senyap/Silent K1ll3r oleh agensi berkenaan.

Aktiviti mereka bagaimanapun dirahsiakan atas faktor keselamatan dan mengelak implikasi politik serta diplomatik. Ini berikutan sesetengah misi mereka ada kaitan dengan CIA terutama di Laos. Senoi Praaq kemudiannya berundur dari wilayah Pleiku berikutan situasi di Vietnam semakin buruk dan situasi k0nfr0nt4si membabitkan Malaysia-Indonesia. Kisah mereka di situ diabadikan dalam D34th Waits in the Dark: the Senoi Praaq, Malaysia’s K1ll3r Elite.

Senoi Praaq terus menjadi unit keselamatan yang berjuang mempertahankan kedaulatan tanah air daripada 4nc4man k0mvnis apabila mereka kembali mengg4n4s pada tahun 1968. Dari situ, Senoi Praaq diserap sebagai sebahagian daripada unit Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dinamakan sebagai Batalion 3 PGA hari ini.

Rekrut terawal Senoi Praaq dari suku Temiar mula dilatih oleh Kolonel R.O.D Noone pada tahun 1955. Pada awalnya, mereka menjadi sebahagian daripada Skuadron D SAS untuk latihan asas selama tiga bulan. Dalam tempoh tersebut, rekrut dilatih menggunakan s3nj4ta dan pelbagai kaedah pembvnvhan. Bagi rekrut-rekrut ini, kaedah-kaedah sebegini tidaklah asing bagi mereka kerana hampir sama dengan kehidupan asal mereka di hutan.

Gabungan kemahiran mereka sebagai pemburu dan penjejak dengan latihan asas yang diberi SAS membolehkan mereka menjadi mimpi ng3ri kepada kumpulan Bintang Tiga yang beroperasi di belantara Thailand hingga Johor. Di samping itu, mereka juga berupaya beroperasi lebih lama dalam hutan berbanding 4sk4r British.

Misalnya, dari segi bekalan makanan, mereka boleh memastikan bekalan yang selalunya bertahan selama tiga minggu kepada sebulan. Bagi mana-mana 4sk4r yang beroperasi di belantara tebal, perkara ini amat penting kepada mereka. Bagi memudahkan mereka berbuat demikian, pek makanan khas direka bagi membolehkan rondaan dibuat lebih lama.

Selain s3nj4ta konvensional seperti r4if4l atau s3n4pang, Senoi Praaq turut memanfaatkan s3nj4ta tradisional Orang Asli seperti penyumpit dan damak ber4cvn semasa memburu pengg4n4s k0mvnis. Mereka boleh menghendap dan memburu pihak musuh selama berhari-hari di sebalik semak-samun yang tebal. Dan sekiranya kumpulan musuh terlalu ramai, ia boleh digunakan sebagai samaran untuk melepaskan diri.

Dari segi pengambilan ahli, pada peringkat awal, wujud rasa curiga dalam kalangan pegawai British sama ada ahli-ahli Senoi Praaq ini boleh dipercayai atau tidak. Tambah Jumper, mereka dipandang sedemikian berikutan pembabitan mereka dengan pihak k0mvnis atau dianggap pengecut. Disebabkan persepsi salah ini, sebarang usaha mengembangkan Senoi Praaq sebagai unit separa t3nt3ra cuba dihalang pada peringkat awal.

Begitupun, usaha lobi Noone berhasil kerana beliau merasakan dengan lebih ramai ahli Senoi Praaq direkrut, ia bakal memudahkan usaha menjauhkan Orang Asli daripada dipengaruhi Bintang Tiga. Atas sebab inilah, kekuatan unit tersebut diperkasakan dan digunakan untuk memujuk Orang Asli menolak fahaman k0mvnisme.

Ini dapat dilihat pada tahun 1960 apabila Senoi Praaq dihantar ke Selatan Thailand untuk memburu seorang pemimpin k0mvnis bernama Soo Ah Chye. Bagi membantu usaha pemburuan, unit ini mendampingi lebih 3,000 Orang Asli di kawasan berkenaan. Selain memburu Ah Chye, mereka juga memujuk pengg4n4s k0mvnis yang bersembunyi di hutan ketika itu agar meletak s3nj4ta dan menyerah diri.

Seperti mana-mana ahli unit keselamatan khas yang beroperasi di Tanah Melayu ketika itu, anggota Senoi Praaq perlu menjalani tapisan ketat dari segi keselamatan dan melepasi keperluan fizikal. Syarat penyertaan juga bersifat asas seperti berupaya mengangkat berat seberat 60 paun melepasi kawasan bukit-bukau.

Tidak ramai orang tahu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sebelumnya berperanan sebagai program perisikan t3nt3ra British di kawasan pedalaman Tanah Melayu dengan tujuan memenangi hati dan minda Orang Asli. Senoi Praaq pada dasarnya merupakan sayap ket3nt3raan JHEOA yang bertindak mendapatkan maklumat penduduk sebagai tukaran kepada bantuan perubatan dan makanan.

Selepas eksperimen ini dianggap berjaya, SAS melatih lagi 160 orang rekrut untuk membentuk dua skuadron terbaru Senoi Praaq. Senoi Praaq disusun mengikut organisasi pasukan SAS – empat skuadron terdiri daripada empat unit peronda atau satu seksyen dengan kekuatan 25 orang. Skuadron sebegini diberi maklumat peta sesebuah kawasan dalam tempoh beberapa hari tanpa diberi tekanan minimum.

Berikutan peranan mereka semakin penting, tidak hairanlah mengapa misi bersama pasukan Cawangan Khas (SB) juga semakin bertambah. Bagi memenuhi tuntutan tugas yang semakin bertambah, 80 orang ahli ditambah sekaligus membolehkan Senoi Praaq mempunyai tiga skuadron dan beroperasi dengan bebas pada tahun 1956. Selepas diserap ke dalam PDRM pada 8 Februari 1968, kekuatan Senoi Praaq ditambah lagi kepada dua batalion dengan kekuatan seramai seribu orang.

Lantaran mereka mendapat latihan daripada SAS, tidak hairanlah taktik dan doktrin pasukan khas itu menjadi ikutan Senoi Praaq. Tidak seperti unit-unit khas lain, Senoi Praaq beroperasi secara eksklusif di kawasan belantara. Pada peringkat awal, unit ini mengikut unit infantri biasa yang beroperasi di kawasan Ops Bamboo yang dikenali sebagai Bamboo Ops Area (kawasan bukit-bukau dan gunung-ganang Tanah Melayu).

Jumper menambah, berikutan kecekapan mereka beroperasi dalam hutan, kadang-kadang wujud rasa kecewa dalam kalangan mereka kerana diberi had semasa mengadakan operasi bersama. Untuk mengelak perkara ini bertukar menjadi isu serius dan lobi daripada Noone sendiri, Senoi Praaq diberi lampu hijau untuk beroperasi secara bersendirian.

Ada ketikanya, unit ini bekerjasama dengan SB dalam membentuk rangkaian perisikan yang panjang. Dua t3nt3ra akan mengiringi seorang pegawai ke lokasi di mana kawasan petempatan Orang Asli wujud dan berada berhampiran dengan kawasan itu dengan harapan mengumpul maklumat tentang pergerakan k0mvnis.

Untuk mengelak identiti mereka diketahui penduduk, ahli Senoi Praaq menyamar sebagai penduduk kawasan berhampiran. Hasil percampuran mereka menyaksikan lebih banyak maklumat diraih sebelum dihantar kembali kepada markas untuk tindakan seterusnya. Kerjasama ini juga yang menjadi pemangkin kepada kewujudan skuadron ketiga Senoi Praaq.

Yang pasti, terdapat dua figura yang memberi impak besar kepada Senoi Praaq. Pertama, Noone yang mempunyai latar belakang Perisikan Ket3nt3raan (MI) tidak henti-henti melobi unitnya sama ada dalam kalangan ahli politik atau pegawai t3nt3ra.

Selain itu, beliau juga merangka strategi memenangi hati dan minda Orang Asli, membina hubungan baik dengan mereka dan gigih berusaha memastikan mereka mencapai matlamat. Sementara Mohamed Ruslan Iskandar Abdullah pula merupakan komander terakhir British yang mengetuai Senoi Praaq.

Sebelum menyertai unit itu, beliau merupakan pemimpin Pasukan Sukarelawan Operasi Khas (SOVF) dan ingin melihat lebih banyak aksi bersama unit barunya itu. Di samping itu, Ruslan juga seorang yang bermotivasi tinggi, sukakan cabaran dan berinovatif. Sisi ini membolehkan beliau membawa lebih banyak penambahbaikan kepada unit tersebut.

Hari ini, walaupun 4nc4man k0mvnis sudah tiada, khidmat Senoi Praaq terus dikekalkan demi menjaga keselamatan negara terutama di kawasan sempadan selain menyertai misi mencari dan menyelamat orang yang hilang dalam hutan. Salah satu daripadanya ialah misi pencarian remaja Ireland-Perancis yang hilang, Nora Anne Quoirin di Negeri Sembilan pada Ogos tahun lepas.

RUJUKAN:

Bernama. (2020). CIA gelar Senoi Praaq ‘Silent K1ll3r’. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/758691/cia-gelar-senoi-praaq-silent-k1ll3r

Abd Rahman, Shamsul Afkar. (2013). HISTORY OF SPECIAL OPERATIONS FORCES IN MALAYSIA. NAVAL POSTGRADUATE SCHOOL MONTEREY, CALIFORNIA.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.