P3rang Bintang!

Masa Trump cakap nak buat US Space Force, ramai pakat gelakkan dia. Tak kurang jugak samakan idea tu dengan siri filem Star W4rs dan Star Trek.

Rupanya ‘tentera angkasa’ yang dimaksudkannya bukanlah menggunakan aset kapal angkasa seperti Millenium Falcon ataupun USS Enterprise.

Permulaan pertama pasukan langka ni ialah menerima Sistem Lawan Komunikasi – Blok 10.2 sebagai inventori asasnya. Sistem ni terletak di daratan, mampu diatur gerak secara mudah alih mahupun dipasang di kem, dengan satu tujuan.

Mengganggu, menggugat, merendah-taraf dan memusnahkan segala bentuk komunikasi musuh yang menggunakan satelit di angkasa sebagai medium, seterusnya menidakkan segala maklumat yang akan sampai dan menghancurkan pertahanan musuh melalui salah-info.

Disebabkan sistem mudah alih ni boleh dipasang di mana-mana kawasan daratan di bumi ni, kewujudannya sekali lagi memberi US satu langkah di hadapan dalam isu pertahanan dan serangan serantau.

Sistem ni dikelaskan sebagai ‘senjata penyerang’ dengan mensasarkan satelit tentera kepunyaan musuh, menidakkan gelombang komunikasi yang terbina antara mereka, seraya melakukan serangan ketika musuh masih keliru dan buntu untuk menyampaikan maklumat kepada trupnya.

Sehingga hari ni, ada lebih 2000 satelit di angkasa sedang mengorbit bumi, dengan pelbagai fungsi dan tujuan. Untuk satelit tentera, bilangannya tidak pasti tetapi wujud dan berfungsi. Jadi bagaimana Tentera Angkasa US ni nak mengesan dan mensasarkan satelit tentera musuh?

Sefaham penulis, ketika sistem komunikasi melalui satelit terbina dalam rangkaian, satelit yang digunakan akan mengorbit dengan jarak yang lebih dekat dengan medan peperangan. Bukanlah bermaksud mendekati atmosfera bumi, tetapi akan berada di kedudukan berdekatan di mana komunikasi tersebut perlu terjalin.

Pada ketika itulah, Sistem Lawan Komunikasi ni akan mensasarkan satelit tersebut lalu memusnahkan rangkaian komunikasi musuhnya. Dikatakan dengan adanya sistem ni, pihak musuh tidak boleh menerima maklumat langsung jika terdapat lancaran roket yang menyerang mereka!

Apa persediaan kita?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

"Jack of all trades; master of none - but better than master of one." Anggota TDM yang masih mencari irama dalam lirik yang ingin dimelodikan di dalam bentuk tulisan keamanan. Ilmu itu pengaman, dan mengamankan.

Comments are closed.