Senjata Biologi Melayu Ketika Melawan Portugis

0 108

Baca pada ada (97), ditulis dalam terjemahan ‘Portuguese Documents on Malacca from 1509 to 1511’, ilmu racun atau toksikologi Melayu semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka sangat maju, mendepani pengetahuan tentangnya di seluruh Eropah juga di segenap jajahan Portugal di seluruh dunia.

Semasa Portugal menyerang Kota Melaka, selain senjata api, angkatan Melaka juga menggunakan panah, sumpit dan jerangkap samar yang menggunakan elemen racun.

Seperti dinyatakan juga, racun yang digunakan sebagai senjata biologi melawan tentera Portugis itu berasal dari sebuah perkampungan nelayan Sumatera,

Racun ini diletakkan di hujung mata anak panah, peluru sumpit, lembing dan pada jerangkap samar.

Racun yang digunakan itu akan menghasilkan luka kecederaan yang teruk, menyebabkan radang, dan membengkak seakan tumor.

Ia menyebabkan gangguan saraf pada otak mangsa, termasuk menyebabkan halusinasi yang teruk yang memudaratkan.

Kesannya sangat menakutkan dan trauma apabila mangsa yang terkena racun tersebut akan menjadi gila, mencederakan diri hingga menggigit diri sendiri.

Nampaknya, apa yang kita gelar sebagai ‘zombi’, rupanya telah wujud lama di Melaka.

Penawarnya pula tiada di dalam pengetahuan segenap Eropah dan Empayar Portugal, melainkan dengan ehsan dan kemahiran mengubati penduduk Melaka sendiri.

Ia adalah imu toksikologi kelas dunia, teknologi senjata biologi yang maju semasa mempertahankan Melaka dari diragut mudah Portugis.

Jika dibaca pada (98), orang Melayu jugalah dengan segala saki baki ehsan mereka memberi antidot atau penawar kepada racun tersebut. Betapa kelembutan hati orang Melayu, hingga musuh pun diberikan ehsan bagi mengubati kesakitan dan kecederaan mereka semasa menawan Melaka.

Namun sayang sekali, kemakmuran dan kemajuan ilmu ini tetap kalah kepada kerakusan pembelotan dan nafsu tamak merebutkan penguasaan ke atas tanah Melaka. Ia begitu membinasakan hinggakan pada (99) ditulis yang tiada satu rumah di Melaka pun yang tidak menangisi kehilangan adik beradik, anak dan bapa, terkorban syahid semasa mempertahankan Melaka.

 

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.