Dulu masa masih menuntut di Uni saya ada jumpa beberapa dokumen-dokumen laporan pegawai British tentang peristiwa penentangan di Pahang di zaman Tok Bahaman dan Mat Kilau. Oleh sebab masa tu saya baca suka-suki je sebab tengah cari bahan untuk kajian lain so saya hanya baca dua tiga kali imbas je. Tapi apa yang pasti peristiwa penentangan yang dilakukan oleh orang-orang Melayu terhadap penjajah terutama penjajah British, bukanlah hanya dilakukan dengan bersenjatakan keris, tombak, parang, pedang dan sumpit sahaja tetapi mereka sangat banyak menggunakan senjata api.

Persitiwa inilah yang mencetukan minat saya untuk menulis tentang senjata api Melayu pada zaman Uni dulu kalau aokmer nok tahu dan memulakan saya untuk menulis blog tentangnya.

Topik senjata api dalam sejarah orang Melayu ini dah pernah saya sentuh dulu dalam blog dan posting-posing lain di fb ni, tapi saya nak sentuh semula sebab masih ada lagi orang kita yang tertinggal kereta api padahal orang lain dah naik MRT baru dah.

.

Saya masih ingat lagi masa saya sekolah menengah dulu di TV1 ada slot tayangan drama atau mungkin dokumentari (saya tak berapa ingat) pahlawan nasional seperti Dato Bahaman, Mat Kilau, Tokku Paloh, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong dan lain-lain. Saya sempat tengok sampai habis yang episode Mat Kilau dan Dato Bahaman.

Tapi alangkah peliknya saya waktu tu dan rasa doif sangat dengan orang kita zaman dahulu sebab apa yang dipaparkan dalam rancangan tu ialah Dato Bahaman dan orang-orangnya serta Mat Kilau dan Tok Gajah lawan British macam stail Shaka Zulu punya African warrior, teriak-teriak ‘serang!…serang!’ sambil hunus keris pendek dengan tombak dan parang je. Masa tu saya ni tak berapa celik sejarah sangat lagi walaupun minat tu tinggi, so saya anggap memang orang Melayu zaman tu lawan British langsung tak guna senjata api dan kalau ada pun sorang dua je kot. Tapi yang jelas dalam rancangan tu memang tak ada yang bawa senjata api malah Dato Bahaman dan Mat Kilau watak utamanya pon hunus keris je.

So bila saya dah masuk Uni dan sempat selongkor Arkib Negara sikit maka terkentutlah saya bila saya jumpa catatan British yang sebut bahawa angkatan Dato Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah lengkap bersenjata api. Ye, deme gune senjata api pohpaleih aok weeeihhh.

Bukan nye gune kerih, sumpit dan pedang serta tombak semata-mata. Cumanya tidaklah keseluruhan angkatan deme te ande senjata api, sebab senjata api ni zaman itu adalah komoditi yang mahal, jadi jumlahnya mungkin tak sampai beribu-ribu laras tetapi cukup lah untuk memberikan tentangan kepada pihak British selama beberapa tahun. Dan kalau dah Dol Said di Naning yang menentang Britsih berdekad lebih awal dari Dato Bahaman tu pon dah guna senjata api berupa Pemuras dan Istinggar, inikan pulalah di zaman Bahaman dan Mat Kilau, tentulah deme ande sejate api weih aokmer.

Tapi peliknya bile koi dengor orang kita dok cerite tentang kepahlawanan Tok Bahaman dan Mat Kilau serta Tok Gajah, yang banyak kita dengar ialah tentang kehebatan ilmu kebal deme, kehebatan keris deme, kehebatan silat deme tapi hampir tak ada langsung yang sentuh pasal senjata api yang mereka gunakan. Diburukkan lagi hal ini apabila stesen TV milik kerajaan sendiri memaparkan yang pahlawan Melayu zaman British dahulu doif gile sampai pergi perang pakai keris pendek je sambil tujah-tujah angin.

Sebenornya kalau aokme nok tahu, pasukan Tok Bahaman zaman Perang Semantan tu bukan sahaja guna senjata api tempatan seperti Istinggar dan senapang hentak malah mereka juga guna senjata api import antara yang terbaik di zaman itu. Buktinya ialah saya terbaca satu catatan dari sebuah makalah yang menyebut bahawa, selepas British berjaya mengepung dan menyerang Kubu Jeram Ampai, mereka telah berjaya merampas banyak senjata api, dan peluru-peluru dalam guni. Malah pihak British juga telah berjaya merampas perahu yang dipercayai milik Tok Gajah yang ditinggalkan di tebing sungai.

Dalam Perahu itu British telah jumpa satu benda. Anda nak tahu apa yang depa jumpa? Mereka telah jumpa Winchester, bukan adik beradik Sam dan Dean Winchester dari citer Supernatural tu weih tapi Winchester Rifle atau Senapang Winchester! Kalau anda nak tahu pada zaman itu senapang Winchester dianggap sebagai antara senapang terbaik dunia dan di barat ia dikenali dengan gelaran ‘The Gun that Won the West’. Regenya juga bukan murah. Ia juga adalah senjata yang hanya boleh diimport dari negara pak cik Sam, USA. Itu baru satu perahu yang tertinggal, kita tak tahu ada berapa banyak lagi senjata api yang sempat dibawa lari oleh Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan orang-orangnya semasa dalam buruan.

Jadi lepas ni kalau anda bayangkan Tok Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajoh pegi perang lawan Beritih, jangan le aokme dok bayangkan deme te rodok-rodok kerih je memanjang, tapi bayangkan lah yang mereka menyusup di celah-celah hutan Pahang dengan Whincester Rifle di tangan sambil membidik musuh.

Sudoh-sudohle kite memperbodohkan nenek moyang kita dengan menggambarkan mereka doif dan primitif, sedangkan mereka mungkin lebih bijak, pandai, kreatif dan berjaya dari kita sekarang ini. Cukuplah hanya geng Kiasu dan geng Chola je yang kutuk dan memperbodohkan nenek moyang kita, jangan kita pulak tumpang sekaki memperbodoh dan memperlekehkan mereka hanya kerana kita merasa rendah diri terhadap bangsa sendiri atau ada inferiority complex.

Sekian pengakuan koi.

*Gambar menunjukkan Winchester Rifle edisi 1873.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) UKM. Bukan pakar sejarah tetapi peminat seumur hidup.

Leave A Reply