Seni Politik Khalifah Muawiyah R.A

0
691
views
Chapter 6 (parts 3+4 of 5)

Walaupun Khalifah Muawiyah dianggap sebagai pendiri Daulah Bani Umayyah. Namun begitu, harus diketahui bahawa ahli keluarga Bani Umayyah kurang memainkan peranan di dalam pentadbirannya. keutamaan lebih diberikan oleh Khalifah Muawiyah kepada kabilah-kabilah di Syam seperti Bani Qays, Bani Kalb dan Bani al-kindi.

Hal ini kerana kekuatan Khalifah Muawiyah dan kemenangannya sebelum ini berpunca daripada sokongan yang jitu daripada penduduk Syam. selain itu, khalifah Muawiyah ingin mengurangkan ancaman daripada ahli keluarga Bani Umayyah yang mampu menggugat kekuasaan politiknya disebabkan sistem Muawiyah yang memberikn kuasa mutlak kepada para gabenor di bawah pengawasanya. Oleh sebab itu, Kabilah Umaiyyah dilihat kurang menonjol sepanjang 20 tahun pemerintahan Muawiyah baik dari segi politik maupun militer. Namun bergitu khalifah Muawiyah melantik beberapa ahli keluarga di dalam pentadbiran jika:

1. Mereka mampu menjalankan tugas

2. Kurang memberi ancaman dalam menjatuhkan khalifah Muawiyah melalui pengaruh mereka.

Antara ahli kelurga Bani Umaiyyh yang diberi kepercayaan oleh Khalifah Muawiyah ialah:

A. Marwan bin al-Hakam

B. Utbah bin Abu Sufyan

C. Al-Walid bin Utbah

D. Amr bin Said

E. Said bin Al-Ash

F. Anbasa bin Abu Sufyan

Waqaf Saham

Salah satu kebijakkan politik Khalifah Muawiyah di dalam menguji ahli kelurganya adalah sentiasa melantik gabenor Hijjaz dalam kalangan Bani Umayyah. Bahkan boleh dikatakan Hijjaz adalah medan percubaan dalam menguji kepemimpinan keluarganya. Ahli keluarga yang dilantik sering ditempatkan oleh Khalifah Muawiyah di tempat yang berbeza untuk mengelakkan pakatan timbul antara mereka bagi menjatuhkan dirinya.

Seni Politik Khalifah Muawiyah Dan Perpindahan Ibu Kota Negara Ke Damsyik

Sesungguhnya antara perubahan besar yang dilakukan oleh Khalifah Muawiyah ialah memindahkan ibu kota kerajaan islam ke Syam yang berpusat di Dimashq. Muawiyah bukanlah orang yang pertama melakukan perkara ini kerana sebelum ini Amirul Mukminin Khalifah Ali telah memindahkan ibu kota Kerajaan Islam dari Madinah ke Kufah kerana faktor geografinya dekat dengan wilayah Muawiyah di Syam disamping pendokong Ali rata-ratanya berpusat di Iraq. Pemindahan ini dilihat salah satu dari kebijaksanaan politik Khalifah Muawiyah atas beberapa faktor:

1. Syam adalah pusat kekuatan Muawiyah. Sesungguhnya harus diakui rahsia kekuatan Khalifah Muawiyah adalah sokongan yang mantap daripada penduduk Syam. Mereka sangat setia akan kepemimpinan Khalifah Muawiyah. Kekuatan Syam menjadi kelebihan Muawiyah dalam menghadapi Amirul Mukminin Khalifah Ali yang memiliki pendokong Iraq yang berpecah belah.

Bahkan pasca Tahkim apabila Muawiyah berusaha meluaskan Pengaruh ke Mesir, Hijjaz dan Yaman, beliau melakukannnya dengan mudah disebabkan penduduk Iraq yang tidak menyahut seruan khalifah Ali bagi melawan Muawiyah. Kebijakkan Khalifah Muawiyah dalam merangkul penduduk syam berpunca dari sifat santunnya, keadilannya serta auranya yang hebat dalam mempertahankan syam dari serangan Rom Byzantine dengan menubuhkan armada islam perrama pada zaman Khalifah Uthman.

Selain itu khalifah Muawiyah dapat menjalinkan hubungan yang kukuh dengan penduduk Syam melalui perkahwinan. Kabilah yaman merupakan kabilah yang utama di Syam. Maka seawal menjadi gabenor, Muawiyah telah mengahwini wanita utama dalam kabilah Yaman Bani Kalb iaitu Maimun. Hasil daripada perkahwinan ini melahirkan anak yang bernama Yazid.

Hal ini menyebabkan Bani Kalb memberikan kesetiaan penuh kepada Muawiyah kerana budaya Arab anak yang memiliki darah sesebuah kabilah mampu membentuk sebuah persekutuan kabilah.

2. Damsyik adalah sebuah pusat yang strategik. Seseungguhnya semenjak era Rom Byzantine, Damsyik.adalah kota peradaban serta pusat empayar Rom di bahagian Timur. Apabila Muawiyah menjadi Khalifah, beliau melihat Damsyik adalah ibu kota yang sesuai bagi daulah Islam yang semakin luas dari timur ke barat.

Hal ini berbeza berbanding Madinah yang kedudukan geografinya sangat jauh dari negeri yang dibuka oleh empayar islam. Kota ini terletak di tengah-tengah empayar Islam. Di bahagian timur terdiri.daripada Irak dan Parsi manakala di bahagian Barat terdiri dari Mesir dan Afrika.

3. Wilayah syam menghampiri Byzantine. Kedudukan Syam yang berdekatan dengan Rom Byzantine menyebabkan Muawiyah mampu membentuk tentera musim panas dan sejuk yang mengempur wilayah Rom di lautan mahupun daratan sehingga empayar Byzantien tidak mampu menyerang wilayah islam dan terpaksa mengambil posisi bertahan.

Rujukan:

Daulah Umawiyah oleh dr.Yusuf al-isy (edisi terjemahan pustaka al-kauthar 2013)

al-a’lam al-islami fi al-ashr al-umawi oleh Prof Dr Abdussyafi muhammad Abdul Lathif (edisi terjemahan pustaka al-kauthar 2014)

Muawiyah bin Abu Sufyan Sakhsiyatuhu wa asrahu al-dawlah al-Sufyaniyah oleh dr.ali muhammad al-shalabi (edisi terjemahan darul Haq 2012)

Nota Editor: Artikel adalah sumbangan Iqbal Harraz.