Seni Bercakap Yang Semua Harus Tahu

0
1563
views

Seni bercakap yang bakal dikongsi ini juga boleh diaplikasikan dalam penulisan agar penulisan itu seolah-olah sedang berkata-kata dengan pembaca. Hal ini kerana bercakap dan menulis adalah suatu bentuk komunikasi bertujuan menyampaikan maklumat dan komunikasi yang paling terbaik adalah kita mendapat ‘respon’ yang kita mahukan dari pihak lawan bicara.

Maka di sana terdapat satu model komunikasi yang diajar dalam ilmu NLP (Neuro-Linguistic Programming) iaitu Milton Model.

Pengaruh Pola Komunikasi

Jika ditanya, adakah penggunaan pola bercakap mempengaruhi atau memberi kesan kepada emosi, motivasi manusia?

Jawapannya adalah Ya.

Ini dipanggil The Power of Language!

Pola komunikasi yang dituturkan atau ditulis sangat berkuasa. Ia menyampaikan bagaimana bentuk idea, pendapat, kepercayaan, perasaan dan emosi seseorang dan bagaimana pola itu memberi kesan kepada pembaca atau pendengar memberi tindak balas.

Milton Model

Milton Model merupakan model komunikasi yang juga dikenali Hypnotic Language Paterns iaitu suatu pola komunikasi yang bersifat hipnotik. Ia diasaskan oleh bapa Hipnoterapi moden, Milton H Erickson.

Milton Model menggunakan bahasa yang asbtrak atau kabur, walaupun begitu ia mampu membuat seseorang dapat menerima maklumat masuk ke dalam minda bawah sedar sementelah minda bawah sedar memiliki memori jangka masa panjang berbanding minda sedar yang bersifat jangka pendek.  Minda bawah sedar juga sangat berpengaruh dalam sistem manusia kerana manusia menggunakan minda bawah sedar 88% berbanding minda sedar 12%.

Milton Model digunakan bertujuan menyampaikan saranan atau perintah dengan cara tidak langsung tetapi mendapat respon yang diinginkan.

 

Pola Milton Model

Lihat 12 pola Milton Model serta contoh-contohnya :

  1. Simple Deletion

Menyampaikan maklumat yang abstrak.

Contoh: “Semua orang pasti boleh”

Tidak dinyatakan yang boleh.

  1. Comparative Deletion (unspecified comparison)

Suatu perbandingan yang dibuat tanpa merujuk berkenaan perkara apa dan apa yang dibandingkan.

Contoh: “Dia murid terbaik”

Tidak dinyatakan terbaik dalam bidang apa dan terbaik dibandingkan siapa.

  1. Lack Of Referential Index

Menyampaikan maklumat yang mana asal – usul keterangan tidak spesisfik.

Contoh: “Manusia boleh berubah ”

  1. Unspecified Verbs

Menyatakan tindakan tanpa menerangkan secara spesifik bagaimana tindakan itu berlaku (tanpa konteks bagaimana, bila dan dimana).

Contoh: “Dia menyakiti saya”

Tidak dinyatakan siapa yang menyakiti dan menyakiti yang bagaimana.

  1. Nominalization

Kata kerja yang diubah menjadi kata benda.

Contoh: “Pembelajaran itu penting”

Pembelajaran adalah berasal dari kata kerja belajar, lalu ditukar menjadi kata nama.

  1. Lost Performatives

Menyatakan suatu penilaian tanpa menerangkan pelaku yang terlibat.

Contoh: “Membaca adalah amalan terpuji”

Kita memuji amalan membaca tanpa perlu untuk menyatakan pelaku.

  1. Mind Read

Kita membuat suatu dakwaan bahawa kita mengerti atau merasai apa yang difikirkan pihak lawan bicara tanpa memperincikan bagaimana anda mendapat maklumat tersebut. Kita mungkin benar – benar tidak tahu hanya meneka sahaja untuk mengundang dia bercerita selepas dia merasakan kita tahu apa yang difikirkan.

Contoh: “Saya tahu anda sedang lapar….”

Contoh: “Saya tahu kamu berfikir tentang dia”

  1. Cause & Effect

Mengaitkan suatu perkara dengan sesuatu yang akan berlaku atau mengaitkan sebab dan dari perbuatan itu melahirkan suatu akibat.

Formula kenal: Sekiranya / jika…….Maka /akan (atau terbalik)

Contoh: “Sekiranya Arsenal berjaya mengalahkan Manchester United dalam perlawananakhir Liga Inggeris, Arsenal akan bergelar juara”

Contoh: “Saya akan ke Terengganu sekiranya cutinya diluluskan”

  1. Universal Quantifiers

Mengeneralisasi sebuah maklumat tanpa rujukan.

Waqaf Saham

Formula kenal: Penggunaan kata ‘semua’, ‘setiap’, ‘selalu’ dll dan tiada rujukan kajian

Contoh: “Semua orang dapat berkomunikasi dengan baik”

‘Semua orang’ adalah lafaz umum tanpa statistik yang jelas.

  1. Modal operator

Kata-kata yang merujuk kepada kemungkinan atau keperluan atau yang mencerminkan keadaan dalaman seseorang.

Contoh:  “Saya MUNGKIN berjaya”

Contoh: “Saya SEPATUTNYA berjaya”

Contoh: “Saya MESTI berjaya”

Tanyakan dalam diri, apa perbezaan motivasi dalaman kita apabila kita menuturkan, ‘Saya mungkin berjaya’ dengan ‘Saya mesti berjaya’. Sudah pasti, ‘Saya sudah berjaya’ memberi impak kepada suatu tindakan berbanding bermain dengan kemungkinan.

Jika dalam bahasa Inggeris, kata Modal Operator adalah seperti perkataan ‘should’, ‘need to’ ‘have to’, ‘must’, ‘may’, ‘could’, ‘wish’.

Contoh: ‘I should’, ‘I need to’, ‘I have to’.

Manakah pilihan anda antara  ‘You have to be successful’ atau ‘You may be successful’ jika ingin menaikkan motivasi pendengar?.

  1. Complex Equivalent

Memasukkan dua kenyataan pada satu situasi, idea atau objek kemudian mencipta tanggapan bahawa dua kenyataan tersebut adalah sama makna. Complex Equivalent (CE) berlaku dari dua kenyataan yang berturutan:

Contoh: “Dia tidak pernah senyum kepada saya, dia tidak suka kepada saya”

Ingat, fakta yang dia hendak sampaikan ‘Tidak pernah senyum kepada saya beerti tidak suka kepada saya’.

Dalam modul meta program NLP, akan diajar bagaimana memberi jawapan balas kepada kenyataan berpola CE.

  1. Presupposition

Menyampaikan andaian-andaian yang samar.

Contoh, kata seorang wanita: “Jika suami saya mengerti penderitaan saya, maka dia tidak akan melakukan hal itu”

Dia mengandaikan bahawa suaminya tidak memahami penderitaannya.

  1. Causal Modeling/ linkage

Menggunakan kata penghubung (conjunction) seperti dan, tetapi, walaupun dan lain-lain dalam susunan kata. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan           perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat. Dalam       bahasa melayu, kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:

  • kata hubung gabungan – Kata yang menghubungkan dua ayat atau lebih untuk membentuk ayat majmuk.

Contoh: “Walaupun anda nampak letih, tetapi anda tetap berjaya selesaikan tugasan”

  • kata hubung pancangan – Kata hubung pancangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan kaluasa utama dengan klausa yang menjadi keterangan.

Contoh: “Saya berkawan dengannya semenjak kecil”

  • kata hubung berpasangan – Kata hubung berpasangan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan.

Contoh: “Baik peserta lelaki mahupun perempuan sama-sama bekerjasama menjayakan seminar dengan gemilang”

Contoh : “Jangankan makan, minum air pun belum tentu boleh”

Apabila kita menggunakan pola percakapan atau penulisan begini, kita akan dilihat terpelajar, bijak dan berpengaruh dalam menjelas sesuatu kaitan dengan lebih tepat dan efektif.

Justeru itu, saya mencadangkan kepada pembaca untuk merujuk keterangan lanjut tentang kata hubung dan aplikasinya dalam buku tatabahasa melayu.

 

  1. Double Binds / use of Or

Menawarkan dua atau lebih pilihan yang boleh dibandingkan kepada pendengar dan pilihan-pilihan tersebut sebenarnya menuju matlamat yang sama.  Pendengar  merasa dilema dalam membuat pilihan. Mereka akan fokus kepada alternatif yang kurang memberi kesan negatif (pada pandangannya) dari mencari penyelesaian.

Contoh: “Anda ingin membayar menggunakan duit tunai atau kad kredit?”

Matlamat yang sama: pembayaran

Pilihan: antara duit tunai atau kad kredit

Setelah berfikir, dia memutuskan membayar guna duit tunai kerana berpendapat kurang kesan negatif berbanding bayaran guna kad kredit yang akan berhutang. Hal ini subjektif berdasarkan penilaian masing-masing. Walaubagaimanapun, dengan penawaran pilihan-pilihan, kita dapat mengenal pasti apakah perkara yang difikirkan baik dan tidak baik oleh orang hadapan kita.

  1. Conversational Postulates

Bentuk pertanyaan yang hanya ada jawapan ‘Ya atau tidak’

Contoh: “Adakah anda pergi ke luar negara pada tarikh 24hb Januari lepas?”

Pola bentuk begini akan meransang orang dihadapan menjawab sama ada Ya atau Tidak. Ahli penyiasat atau peguam suka menggunakan pola ini bertanya kepada pihak lawan mereka untuk mensahihkan maklumat dari laporan (double check) tanpa perlu bercerita panjang.

  1. Analogical / Analogue Marking

Menggunakan perubahan intonasi dan bahasa tubuh.

Contohnya, intonasi suaranya menjadi tinggi dan mata serta tubuhnya tidak lagi menghadap kepada kita, maka itu bermakna dia sedang menyampaikan pesan bahawa dia tidak suka kepada atau tidak bersetuju dengan kita.

  1. Embedded Command

Kalimah perintah yang disampaikan secara tidak langsung.

Contoh, seorang Ayah berkata depan anak-anakny: “Ayah terasa haus, alangkah baik jika ada minuman sejuk yang boleh diminum”

Sebenarnya seolah-olah kata perintahnya begini, “Ayah haus, ayah nak minum air sejuk, tolong buatkan !”

Seorang pemimpin berkarisma atau ahli diplomasi yang hebat cenderung mengunakan pola ini supaya mereka tidak dilihat ‘bos’ yang suka mengarah (bossy).

  1. Embedded Question

Pertanyaan yang memungkinkan pihak lawan bicara merespon secara tidak langsung

Contoh: “Saya betul-betul ingin tahu kenapa dia sangat penting untuk anda”

Sebenarnya seolah-solah soalannya begini, “Saya ingin tahu tentang dia, tolong ceritakan kepada saya !”

Orang yang sedang mencari maklumat menggunakan pola ini untuk mendapatkan maklumat tanpa menonjolkan ‘excited’ atau gopoh mahukan maklumat itu.

  1. Question Taq

Meninggalkan pertanyaan pada akhir perbualan dan distrukturkan bentuk pertanyaannya agar tidak terjadi penolakan dari pendengar. Ia digunakan untuk mengesahkan bahawa pendengar akan melakukan tindakan.

Contoh: “Persepsi kehidupan anda sudah berubah. Betul bukan?

  1. Quote

Menyampaikan maklumat dengan mengutip ayat-ayat tokoh. Jika dalam seminar, ungkapkan ‘quote’ tokoh yang dikenali oleh audiens dan kita akan melihat bagaimana sambutan dan tarikan minat apabila kita menghargai tokoh mereka dengan mengulang perkataan tokoh kegemaran mereka.

Sebagai contoh ketika menyampaiakn ucapan, kita memulakan ucapan kita dengan memetik quote,

“Albert Einstein berkata: Hanya orang gila yang inginkan hasil berbeza dari tindakan yang sama

  1. Selectional Restrictional Violation

Perumpamaan seakan-akan benda mati memiliki respon seperti manusia.

Contoh: “Hati-hati, tembok pon boleh mendengar”

Contoh: “Diari anda telah memberitahu segala-galanya”

  1. Metaphor

Maklumat yang disampaikan dalam bentuk cerita. Perhatikan pemidato-pemidato terkenal, mereka banyak  koleksi cerita – cerita yang ‘rare’ setiap topik yang dibahaskan. Teknik bercerita tetapi bermakna.

  1. Dan lain-lain yang saya tidak tulis kesemuanya di sini.

Tidak semua perkara yang kita tahu, kita ungkapkan (dan) tidak semua perkara yang kita tahu dan ungkapkan sesuai dengan orangnya (dan) tidak semua perkara yang kita tahu, ungkapkan dan sesuai dengan orangnya sesuai pula dengan masanya. (dan) tidak semua perkara yang kita tahu, ungkapkan, sesuai dengan orangnya dan sesuai dengan waktunya sesuai pula dengan kaedah (pola)nya. Maka ungkapan atau perbicaraan terbaik apabila hadir maklumat, orang, waktu dan kaedah yang tepat.

Sekian,

Angah Sunan, CM NNLP