Sepanjang tahun 2016, Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) telah banyak melakar pelbagai kejayaan yang bukan saja mengharumkan nama syarikat. Malah pada masa sama, ia turut meletakkan WANCorp sebagai peneraju transformasi wakaf di Malaysia. Berikut beberapa pencapaian yang dilakar WANCorp sepanjang tahun tersebut:

1. SEMARAK JAWI

Semarak Jawi adalah antara inovasi program tanggungjawab korporat Johor Corporation melalui WANCorp yang dilaksanakan oleh Jabatan Bisnes Amal (JBA). Susulan kepada visi program itu, Johor Corporation pada7 September 2016, meneruskan penajaan bagi tahun ke dua penerbitan akhbar Utusan Jawi selama setahun sebagai usaha mempertahankan khazanah dan membudayakan penggunaan tulisan Jawi terutama di kalangan generasi muda.

Dengan menaja penerbitan 5,000 naskhah Utusan Jawi seminggu , akhbar tersebut diedarkan ke sekolah terpilih di Johor pada setiap hari Isnin selama 52 minggu. Penajaan bagi tahun ke-2 ini ditambah baik dengan pengwujudan Portal Berita Jawi pertama di Malaysia yang boleh di layari dengan melayari www.utusanmelayu.com.my. Selain itu juga bagi menarik minat lebih ramai masyarakat terutama dikalangan generasi muda untuk membaca dan menulis jawi, Peraduan Semarak Jawi telah diadakan di akhbar Utusan Melayu Mingguan.

2. PROGRAM MUTAWWIF OLEH AKADEMI MUTAWWIF SDN BHD (AMSB)

Seramai 457 mutawif lahir daripada program mutawwif anjuran AMSB dan telah mendapat tauliah. Berdasarkan peratusan, 76% mutawwif dari kalangan lelaki sementara bakinya merupakan mutawwif wanita. Sejak awal penubuhannya, 61 Kursus Mutawwif telah dilaksanakan dan membabitkan lebih 1,500 orang peserta. Untuk tahun 2016, tujuh siri kursus telah dilaksanakan. Ia melibatkan 229 peserta di mana 157 peserta adalah lelaki sementara 72 peserta lagi adalah wanita.

3. WAQAF DANA NIAGA

Menerusi program Waqaf Dana Niaga WANCorp, seramai 344 peserta mendapat bantuan program tersebut. 83% daripadanya merupakan peserta wanita dengan penyertaan seramai 289 orang. Sementara 55 peserta lelaki lagi turut mendapat bantuan sama. Waqaf Dana Niaga WANCorp turut mengagihkan RM93,000 kepada 25 peserta program. Pada tahun 2016 juga, Program Dana Niaga didaftarkan di bawah MyIPO di mana ia diklasifikasikan sebagai harta intelek.

4. JALINAN UKHWAH

Satu program yang dibuat bagi mendekati pemimpin dan masyarakat tempatan. Sepanjang tahun 2016, sebanyak 10 program telah dianjurkan.

5. BRIGED WAQAF

Briged Waqaf merupakan pasukan sukarelawan yang terdiri daripada anggota pekerja Johor Corporation dan Syarikat Dalam Kumpulan. Briged Waqaf bergiat aktif dalam memberikan bantuan kemanusiaan dan program khidmat masyarakat. Ia ditubuhkan selepas Johor Corporation berjaya menghulurkan bantuan semasa berlakunya bencana banjir besar yang melanda negeri Johor pada penghujung 2006 dan awal 2007. Ia ditubuhkan pada 28 Jun 2007 dan diiktiraf oleh Majlis Keselamatan Negara pada 19 Oktober 2009. Sepanjang tahun 2016, WANCorp menyumbang sebanyak RM206,703 untuk program Briged Waqaf.

6. HOSPITAL DAN RANGKAIAN KLINIK WAQAF

Rangkaian Klinik Waqaf An-Nur (KWAN) ditubuhkan oleh Johor Corporation melalui Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp). Operasi klinik ini disokong sepenuhnya oleh hospital-hospital pakar KPJ Healthcare Berhad. Ia juga dibina dengan kerjasama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri. Peranannya dalam memberi rawatan dengan caj minimum RM5 telah menarik perhatian serta kepercayaan pelbagai pihak termasuk institusi masjid-masjid untuk berkerjasama melancarkan operasi klinik berkonsepkan wakaf ini. Sejak ditubuhkan pada tahun 1998 hingga tahun 2016, KWAN sudah menerima lebih sejuta pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan. KWAN menerima 1,398,524 kes rawatan di semua klinik rangkaiannya. Sesuatu yang menarik di sini ialah 111,881 pesakit bukan beragama Islam turut mendapatkan rawatan di rangkaian KWAN.

7. PEMBELIAN HARTANAH

Sehingga Disember 2016, nilai semua aset hartanah yang dibeli bertambah kepada  RM51 juta berbanding RM9.92 juta pada tahun sebelumnya. Kini WANCorp memiliki sebanyak 41 unit aset hartanah yang berbentuk kedai pejabat, rumah dan tanah berbanding 17 unit sahaja pada tahun 2015. Sehingga 31 Disember 2016, jumlah unit hartanah yang telah dibeli oleh WANCorp adalah sebanyak 24 unit lot kedai pejabat yang terletak di sekitar Johor Bahru.

8. RANGKAIAN MASJID AN-NUR

WANCorp menguruskan lima masjid iaitu Masjid An-Nur Kotaraya, Larkin Sentral, Bandar Pasir Gudang, Pasir Gudang dan Taman Cendana. Terbaharu, WANCorp juga menguruskan masjid keenam Johor Corporation iaitu Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn. Masjid ini merupakan masjid terbesar dalam Rangkaian Masjid An-Nur dan boleh memuatkan lebih 4,600 jemaah pada satu masa. Pada tahun 2016 turut menyaksikan Rangkaian Masjid An-Nur mempunyai laman sesawangnya sendiri iaitu www.masjidwancorp.com.

9. PUSAT WAQAF KOMUNITI JAHITAN

Waqaf Komuniti ialah satu program yang dibangunkan dengan objektif tersendiri dan mengambil faedah dari pembelian hartanah yang dibuat WANCorp. Terdapat dua buah kedai pejabat yang dijadikan premis untuk program ini. Inisiatif pertama yang lahir dari program ini ialah Pusat Jahitan Waqaf Komuniti. Melalui program ini, golongan wanita terutama kaum ibu yang berdikari mendapat latihan kemahiran menjahit sehingga mampu menerima tempahan pelanggan.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.