Nama amat penting dan menjadi perkara asas untuk memanggil individu, tempat, flora dan fauna, dan benda-benda yang hadir di sekeliling kita. Tanpa nama, tidak ada gunanya nenek moyang kita mencipta abjad tanpa tujuan.

Pernah jumpa tak nama orang sekeliling kita, macam ahli keluarga, saudara-mara, sahabat karib, atau orang asing yang mempunyai nama yang panjang? Kalau jumpa dan pembaca rasa dialah mempunyai nama terpanjang, pembaca masih ‘amatur’ dalam meneroka nama-nama terpanjang di dunia.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Masing-masing bahasa di seluruh dunia mempunyai nama atau kata terpanjang mereka. Untuk artikel ini mari kita meneroka nama-nama terpanjang dalam Bahasa Inggeris.

Nama Terpanjang Dicatat Dalam Kamus Inggeris

Kebanyakan kamus-kamus Bahasa Inggeris seluruh dunia mencatatkan nama ini adalah terpanjang, iaitu:

Pneumonoultramicroscopicsilicovolcanoconiosis (45 abjad)

Maksud nama ini ialah sejenis penyakit paru-paru akibat dari sedutan silika dari letusan gunung berapi. Namun kamus Oxford English mencatatkan nama ini sebagai nama terpanjang: Pseudopseudohypoparathyroidism (30 abjad). Ia sejenis penyakit genetik.

Terdapat juga kata terpanjang dicatat dalam majoriti kamus Inggeris iaitu flocci­nauci­nihili­pili­fication (29 abjad). Kata yang berasal dari bahasa Latin ini bermaksud tiada atau perbuatan sia-sia.

Namun kata dan nama di atas ini tidak pernah disebut oleh masyarakat secara kerap, melainkan untuk tujuan tertentu seperti perubatan. Jadi mengikut statistik penggunaan kata terpanjang oleh ahli statistik bernama Ross Eckler, kata terpanjang yang biasa digunakan oleh rakyat bertutur Inggeris adalah ‘deinstitutionalization’, ‘counterrevolutionaries’, dan ‘uncharacteristically’.

Nama Orang Terpanjang

Pada 1975 hingga 1985, Guinness Book Records mengisytiharkan warga lelaki AS kelahiran Jerman bernama Hubert Wolfstern sebagai pemilik nama terpanjang di dunia. Hubert Wolfstern hanya nama yang dipendekkan. Ini adalah nama panjang beliau:

Adolph Blaine Charles David Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero Oliver Paul Quincy Randolph Sherman Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus Wolfeschlegel­steinhausen­bergerdorffwelche­vor­altern­waren­gewissenhaft­schafers­wessen­schafe­warenwohl­gepflege­und­sorgfaltigkeit­beschutzen­vor­angreifen­durch­ihrraubgierig­feinde­welche­vor­altern­zwolfhundert­tausend­jahres­voran­dieerscheinen­von­der­erste­erdemensch­der­raumschiff­genacht­mit­tungsteinund­sieben­iridium­elektrisch­motors­gebrauch­licht­als­sein­ursprungvon­kraft­gestart­sein­lange­fahrt­hinzwischen­sternartig­raum­auf­dersuchen­nachbarschaft­der­stern­welche­gehabt­bewohnbar­planeten­kreisedrehen­sich­und­wohin­der­neue­rasse­von­verstandig­menschlichkeitkonnte­fortpflanzen­und­sich­erfreuen­an­lebenslanglich­freudeund­ruhe­mit­nicht­ein­furcht­vor­angreifen­vor­anderer­intelligent­geschopfsvon­hinzwischen­sternartig­raum, Senior. (746 abjad)

Apabila ditanya asal-usul nama keluarga terpanjang ini (merujuk nama Wolfesch…) Hubert menyatakan bahawa moyangnya telah lama memegang nama keluarga terpanjang ini. Terdapat maksud juga disebalik nama keluarga ini. Hubert menjelaskan:

“Kisah seorang pemburu serigala, penghuni rumah batu di sesebuah kampung, di mana disitulah tempat moyangnya bekerja sebagai pengembala kambing biru-biri yang menjaga makan minumnya dengan baik dan mengawasi kambing-kambing dari diserang oleh musuh yang menakutkan dan juga merupakan moyang berusia 1,200,000 tahun dulu sebelum ketibaan manusia pertama, di dalam kapal angkasa diperbuat dari elemen tungsten dan tujuh buah motor iridium dan menggunakan cahaya sebagai sumber kuasa, memulakan perjalanan jauh melintasi ruang angkasa, mencari bintang di sekeliling yang mempunyai planet berhabitat yang mana mereka mampu melahirkan bangsa baru dengan kebijaksanaan manusia dan mereka tinggal lebih lama, hidup bahagia dan bebas dari serangan oleh makhluk bijaksana dari angkasa lepas di mana mereka tinggal dahulu.”

Sehingga kini, tiada lagi sebarang individu mampu memecahkan rekod nama panjang Hubert ini.

Nama Lokasi Terpanjang

Lokasi yang mempunyai nama terpanjang adalah sebuah bukit yang terletak di New Zealand. Nama bukit itu ialah:

Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu (85 abjad).

Nama pendek bukit ini adalah Taumata. Sebenarnya nama bukit ini berasal dari Bahasa Maori dan papan tanda dengan nama bukit terpacak di kawasan bukit tersebut. Guinness Book Records juga mengisytiharkan nama bukit ini sebagai nama lokasi terpanjang dunia.

Terdapat juga nama-nama lokasi terpanjang lain seperti:
a. Dysart, Dudley, Harcourt, Guilford, Harburn, Bruton, Havelock, Eyre and Clyde (61 abjad). Kota yang terletak di Ontario, Kanada.
b. Llan­fair­pwll­gwyn­gyll­gogery­chwyrn­drob­wlll­lanty­silio­gogo­goch (58 abjad). Kota yang terletak di Pulau Anglesey, Kepulauan Wales.
c. Cottonshopeburnfoot (19 abjad) dan Sutton-under-Whitestonecliffe (29 abjad termasuk tanda penghubung). Kedua-dua nama ini adalah nama kampung terdapat di United Kingdom (UK).

AS mempunyai 3 lokasi dengan nama terpanjang iaitu Tasik Char­gogga­gogg­man­chau­ggagogg­chau­buna­gunga­maugg (45 abjad) di kota Webster, Massachusetts; kota Winchester-on-the-Severn di Maryland; dan kota Washington-on-the-Brazos di Texas.

Nama Terpanjang Dalam Dunia Hiburan

Pada 391 SM, seorang penulis drama bernama Aristophanes menciptakan nama makanan yang aneh dalam teater lawak Assemblywomen. Nama makanan tersebut adalah:

Lopado­temacho­selacho­galeo­kranio­leipsano­drim­hypo­trimmato­silphio­karabo­melito­katakechy­meno­kichl­epi­kossypho­phatto­perister­alektryon­opte­kephallio­kigklo­peleio­lagoio­siraio­baphe­tragano­pterygon (171 abjad).

Novelis satira Inggeris bernama Thomas Love Peacock pernah meletakkan 2 nama bahagian tubuh dalam novel pertama berjudul Headlong Hall. Dua nama ini agak aneh untuk dirujuk sebagai bahagian tubuh walaupun ia fiksyen saja. 2 nama tersebut adalah:

Osteosarchaematosplanchnochondroneuromuelous (44 abjad) dan Osseocarnisanguineoviscericartilaginonervomedullary (51 abjad).

Dalam wayang Mary Poppins keluaran Disney pada 1964, mereka mempunyai lagu tema dan utama bertajuk ‘Supercalifragilisticexpialidocious’ (34 abjad), hasil karya adik-beradik Sherman.

Dalam industri nyanyian terutamanya kumpulan band, band nyanyian genre Rock Metal mempunyai nama kumpulan yang agak tidak menyenangkan. Ada beberapa kumpulan band ini juga mempunyai nama terpanjang. Yang memiliki nama terpanjang setakat ini adalah band 55 Gore. Ini adalah nama panjangnya:

Intracerebrally Consuming Cephalalgia Through The Cranium Macerating Debrisf**ked Manure Ingested Remains Of The Mindf**ked Cataplexic Wicked Mankind Whom Fistf**ked The Progenies From The Deepest Depths Of The Analmaggot Raped Human Pieces Of Erotic S**tmasses Which Gave Birth To Worthless Eunuchs As Travesty For C**stained Whorefaced Sluts Enslaved By This Stupid Society Full Of Fetal Garbages (344 abjad).

Nama Terpanjang Dalam Dunia Sains

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Dalam dunia sains, terutamanya kajian terhadap flora dan fauna serta biokimia, nama saintifik yang serba panjang menjadi sinomin dalam penamaan sesuatu hidupan atau elemen biokimia.

Nama saintifik terpanjang pertama kali dimiliki oleh spesis amphipod dengan nama Gammaracanthuskytodermogammarus loricatobaicalensis (50 abjad). Namun nama saintifik yang dikemukakan oleh pengkaji alam sekitar Poland bernama B. Dybowski ini tidak diiktiraf oleh Kod Penamaan Zoologi Antarabangsa pada 1929 atas sebab-sebab tertentu.

Hanya dua nama saintifik terpanjang saja yang diiktiraf oleh kod penamaan tersebut, iaitu:

  1. Myxococcus llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogochensis (73 abjad), nama saintifik untuk spesis bakteria yang ditemui di kota Llan­fair­pwll­gwyn­gyll, Wales.
  2. Parastratiosphecomyia stratiosphecomyioides (42 abjad), nama saintifik untuk spesis lalat yang ditemui di Thailand.

Walau bagaimanapun, nama-nama terpanjang yang says senaraikan tidak mampu melawan nama ini, sekaligus diiktiraf sebagai kata paling panjang di dunia. Pemilik nama dan kata paling panjang ialah protein bernama Titin.

Titin adalah sejenis protein yang terlibat dalam penghasilan gene DNA. Titin biasanya ditemui dalam sel-sel otot. Nama panjang atau nama IUPAC (nama sistematik bagi kimia organik) merangkumi 189,819 abjad yang bermula dari ‘methionyl…’ hingga ‘…isoleucine’ dan memerlukan 2 atau 3 jam untuk menyebut seluruh nama Titin ini. Gambar rajah di bawah ini adalah nama panjang Titin.

Pembaca boleh rujuk laman web ini untuk melihat nama panjang Titin:
https://www.digitalspy.com/fun/a444700/longest-word-has-189819-letters-takes-three-hours-to-pronounce/

RUJUKAN:

Donald McFarlan; Norris Dewar McWhirter; David A. Boeh (1989). Guinness book of world records: 1990. Sterling. p. 129

Dybowski’s (1926) Names of Crustacea Suppressed”. Opinions Rendered by the International Commission on Zoological Nomenclature: Opinions 105 to 114. Smithsonian Miscellaneous Collections. 73. 1929. pp. 1–3.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.