Semut Pekerja Dan Semut Tentera

346

Sedang aku makan pau, dapat aku perhatikan tiga spesies semut yang berbeza sedang berkeliaran mencari makanan.

– Berwarna hitam dan besar saiznya.
– Berwarna hitam, bersaiz kecil (halus)
– Berwarna merah, bersaiz sederhana.
*
Aku pasti ni bukan semut api, semut api bersaiz kecil dan bentuknya bulat, manakala semut ni, warna merahnya lebih cerah, dan agak ramping. Mungkin orang sangka ia kerengga (weaver ants), tapi bukan juga, sebab saiznya lebih kecil berbanding kerengga.

Kemudian aku ambil sedikit dari pau yang aku sedang makan, dan meletakkannya ke atas permukaan konkrit tersebut.

Semut-semut yang pada mulanya berkeliaran seperti biasa, seakan masuk mod “overdrive”, bermakna pergerakannya menjadi semakin laju. (Mungkin dapat mengesan makanan berhampiran).

Semut pertama yang tiba di kawasan aku letakkan makanan, adalah semut berwarna hitam yang bersaiz besar itu tadi. Diperhatikan fizikalnya, ia memiliki kepala kecil dan mandibel kecil, bermakna ia adalah semut pekerja.

Ini yang istimewanya semut, depa tak terus makan makanan yang aku letakkan tadi. Semut tadi keliling makanan, kemudian dia pergi kembali ke sarang.

Macam mana aku tahu?

Ni kelakuan biasa semut. Semut pekerja yang bertugas sebagai “scout” (peninjau), akan kembali ke sarang untuk memberitahu ahli koloni (adik-beradiknya) yang lain lokasi atau tempat di mana ia jumpa makanan.

Macam mana dia beritahu lokasi?

Semut mempunyai kelenjar yang menghasilkan feromon (bau-bauan), pada bahagian abdomen (bontot yang besar tu)

Justeru dengan meninggalkan “trail” (jejak) dengan menggunakan feromon itu tadi, semut pekerja lain yang berada di sarang dapat mengikuti jejak feromon tersebut, seterusnya membawa ia ke lokasi makanan.

Dah sampai ke bahagian paling menarik.

Dah jumpa makanan, tapi bagaimana nak jaga makanan dari semut-semut spesies lain?

Di sini tugas semut tentera (major) bermula. Semut tentera ini mempunyai saiz, kepala dan mandibel yang lebih besar daripada semut pekerja.

Dapat aku saksikan sendiri bagaimana seekor semut tentera sedang “escort” 3 ekor semut pekerja ke lokasi makanan.

Menarik kan?

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.