Pasti ramai tidak tahu antara semua semut yang wujud dimuka bumi ini ada satu spesies semut yang boleh melompat. Mari kita selami sejauh mana semut ini boleh melompat.

Digelar Jack Jumper Ant atau Hopper Ant kerana keupayaan mereka yang boleh melompat. Mereka antara salah satu semut yang paling berbisa selepas Bullet Ant. Nama saintifik mereka ialah Myrmecia pilosula dan sebahagian daripada keluarga Myrmecia. Kebanyakan populasi Jack Jumper Ant sering ditemui di hutan simpan Australia. Mereka gemar hidup di habitat yang terbuka seperti hutan simpan, kawasan lembab, dan juga taman bunga. Dilaporkan hampir 90% kes berkaitan jangkitan dan alahan kepada manusia disebakan oleh semut ini.

Tahukah anda?

Jack Jumper Ant mempunyai rahang yang panjangnya tidak seperti semua biasa. Rahangnya juga mampu mengeluarkan bisa yang sangat menyakitkan. Bisa mereka pada mulanya akan berlaku iritasi, selepas iritasi tersebut, ia mampu menjadikan sebagai alahan kepada manusia. Jika alahan ini tidak dapat dirawat lebih awal, ia mampu membunuh!

Bagi seekor pekerja Jack Jumper Ant, kaki mereka hanya sepanjang 11 hingga 12 milimeter. Berbeza dengan ratu mereka yang sepanjang 14-16 milimeter. Untuk mencari sumber makanan, mereka lebih gemar mencari di waktu siang sehingga waktu senja. Mereka akan aktif ketika musim panas tetapi tidak pada musim sejuk. Mereka tidak akan keluar mencari makanan oleh kerana mereka telah menyimpan terlebih dahulu makanan yang mereka peroleh.

Mereka dikenali kerana aggresif terhadap manusia atau hidupan yang lebih besar. Mereka juga mempunyai penglihatan yang baik berbanding semut biasa kerana mereka mampu mengekori ancaman mereka sejauh 10 meter. Oleh kerana mereka tubuh badan mereka yang 2 kali ganda besar dari semut api dan mempunyai kaki yang panjang, mereka mampu melompat sejauh 2 hingga 3 inchi yang bersamaan dengan 51 hingga 76 milimeter.

Bagi seseorang yang tidak mengenakan apa-apa perlindungan pada anggota badan, berjaga-jaga dengan Jack Jumper Ant. Mereka akan sasar dikawasan yang terdedah kepada kulit manusia malah dengan kasut yang berlitup juga mereka mampu mencari kawasan yang terdedah.

Antara simptom yang berlaku. Gambar: dreapadior/imgsum.

Antara simptom-simptom yang berpunca dari bisa mereka adalah hampir sama seperti semut api. Pening kepala, mula rasa terlalu bimbang, kemerahan pada kulit, mata dan hidung berair dan muka akan mula membengkak bagi mereka yang mudah terkena pada alahan. Bagi mereka yang sangat mudah terkena pada alergik atau apa-apa alahan, mereka akan mula sukar untuk bernafas dan juga bercakap, dada mula terasa mampat, mula rasa sakit perut yang keterlaluan dan muntah-muntah. Ada sesetengah orang akan pengsan dan ada juga mula kebingungan dengan keadaan sekeliling.

Jadi, bagi sesiapa yang melancong ke Australia, berhati-hati ketika berada di sana. Hubungi pihak kecemasan dengan jika anda terkena pada sengatan Jack Jumper Ant.

Rujukan

  1. https://www.revolvy.com/main/index.php?s=Jack%20jumper%20ant&item_type=topic.
  2. http://www.abc.net.au/health/yourstories/stories/2007/11/15/2080163.htm.
  3. Gerald Lattocha Jr. (2014) The Genesis Beast II: Attack of the Hybrids, AuthorHouse.

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nama penuh : Muhd Ammerul Faizal, Nama pena : MAF, Negeri kelahiran : Johor, Sedang menuntut di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Mengambil jurusan IT dalam bidang Pembangunan perisian, Minat ke arah Zoologist (Haiwan purba dan Haiwan Istimewa).

Leave A Reply