Moving Forward As One

Semenanjung Arab Sudah Ada Manusia Sejak 400,000 Tahun Lalu

1,092

Bidang arkeologi ada satu ironi yang menarik untuk diperhalusi. Setiap masa ada saja penemuan manusia tertua dunia. Ibaratkan hari ini ada rangka manusia 100,000 tahun lalu di England. Manusia ini dianggap manusia tertua dunia.

Kemudian jumpa pula rangka manusia 105,000 tahun lalu di Jerman. Maka Jerman menjadi juara pula. Ulanglah berkali-kali sampai sekarang ada penemuan manusia tertua dunia di Semenanjung Arab pula.

 

Ayuh dapatkan buku terbaru keluaran The Patriots, Rahsia Empayar Melayu Srivijaya dan The Malaccan Odssey di Shopee kami. Beli Srivijaya: http://t.ly/9z3K dan Melaka: http://t.ly/kn3A

 

Sejak kebelakangan ini, Arab Saudi semakin aktif membµrµ ilmu arkeologi di buminya. Pihak kerajaan berpakat dengan Institut Max Planck untuk Sains Sejarah Manusia daripada Jerman. Dan mereka berjaya membuat penemuan yang mengejutkan.

Semasa mengkaji di Tapak Khall Amayshan 4, yang pernah ada sebuah tasik antara 400,000 hingga 55,000 tahun dahulu. Apa yang pelik sangat, bukan? Tasik daripada Zaman Paleolitik yang wujud lagi nyata memang logiklah.

Namun ada satu benda menarik ditemui daripada zaman 400,000 tahun dahulu (Groucutt, 2021). Tersembunyi di sebalik timbunan debu dan pasir adalah sebilαh kαραk tangan (hαηdαxe) yang diperbuat daripada serpihan batu.

Alat ini membuktikan beberapa perkara sebenarnya. Dengan jelas, ia membuktikan manusia sudah wujud pada zaman itu. Walau bagaimanapun, cuba tanya pada diri sendiri: apa kegunaan kαραk di tengah padang pasir sekalipun ada tasik?

Pertanyaan ini boleh merangsangkan kreativiti masing-masing. Ulang balik: kαραk dan gurun berpadang pasir adalah dua perkara yang tidak masuk akal.

Jadi sama ada kαραk ini dibawa ke Tapak Khall Amayshan 4 daripada rantau lain….. ataupun kawasan di sekeliling tapak ini penuh dengan tumbuh-tumbuhan nan hijau yakni pokok tinggi. Boleh jadi kedua-dua sekali. Tiga “kesamaadaan” ini menghantui hipotesis saintis Jerman yang mendalami maklumat melalui penyelidikan khusus.

Khall Amayshan 4.

Dan pihak Jerman mampu memberi jawapan yakin sekarang: Tapak Khall Amayshan 4 pernah menghijau dulu… dan bukan sekali.

Perubahan Iklim Berkali-Kali

Semenanjung Arab tidak pernah berubah sebenarnya. Cuma ia sentiasa berada dalam perubahan. Bagi manusia, 1,000 tahun adalah satu tempoh sangat lama. Macam-macam boleh berlaku.

Dalam masa satu alaf, manusia telah mencapai tahap ketamadunan yang takkan mungkin terjangkau akal nenek moyang.

Tetapi alam sekitar mempunyai “ruangan masa” yang lebih lama. Satu alaf bagi alam sekitar adalah sama seperti sebulan untuk manusia.

Untuk menyaksikan perubahan ketara, alam sekitar perlu mengambil masa selama puluhan hingga ratusan ribu tahun.

Pihak Jerman mengenal pasti bahawa Semenanjung Arab ada jadual persekitaran. Setiap 100,000+ tahun, lembah ini akan masuk dalam satu “jendela hijau” (Science Daily, 2021). Pernah berlaku dulu… dan sedang berlaku sekarang.

Dulu 400,000+ tahun. Semenanjung Arab menghijau dan kembali “menggurun”. Kemudian 300,000+ tahun dulu pula. Dan 200,000+ tahun. Berulang-ulang kali sampai hari ini. Kali terakhir Semenanjung Arab menghijau adalah 55,000 tahun dahulu… entah kenapa tidak lagi ikut kitaran 100,000+ tahun.

Daripada Khall Amayshan Ke Jabal Umm Sanman

Untuk membuktikan kewujudan manusia prasejarah, Arab Saudi perlu menunjukkan trend kehidupan berpindah-randah dalam kumpulan kecil sekurang-kurangnya. Itu yang membezakan manusia dengan haiwan.

Bayangkan kewujudan tasik di sini.

Tidak mungkin haiwan boleh berpindah-randah dalam kumpulan melainkan migrasi yang ibaratkan bermusim. Manusia ada niat dan keputusan sendiri, terikat dengan tujuan bukan naluri.

Saintis berjaya menemui bukti alatan batu daripada zaman Paleolitik di tempat selain Tapak Khall Amayshan 4. Kali ini, alatan tersebut berasal daripada 75,000 tahun dahulu di Jabal Umm Sanman yang terletak 1,000 kilometer daripada kota Mekah. Jarak antara Khall Amayshan dan Jabal Umm Sanman hanyalah “sekangkang kera” pada peta Arab Saudi.

 

Ayuh dapatkan buku terbaru keluaran The Patriots, Rahsia Empayar Melayu Srivijaya dan The Malaccan Odssey di Shopee kami. Beli Srivijaya: http://t.ly/9z3K dan Melaka: http://t.ly/kn3A

 

Ini membuktikan bahawa manusia prasejarah di Zaman Paleolitik yang wujud lagi nyata menetap di kawasan ini… kemudian berpindah keluar sebelum kembali balik.

RUJUKAN:

Groucutt, H., et al. (2021). Multiple hominin dispersals into Southwest Asia over the past 400,000 years. Nature.

Science Daily. (2021, September 1). Prehistoric climate change repeatedly channelled human migrations across Arabia.

Ruangan komen telah ditutup.