Arus kebebasan dan harapan demokrasi mengunjungi Libya pada 20 Oktober 2011. Itulah tarikh apabila Libya akhirnya mempunyai pemimpin selain Muammar Gaddafi.

Selama 42 tahun Gaddafi memerintah, dengan pemacuan ekonomi dikhabarkan menguntungkan elitis. Jika seorang pemimpin jahat jatuh, tentu sekali politik dapat disuburkan semula untuk membina ekonomi lebih mesra rakyat.

Tetapi teori tersebut tidak menjadi realiti di Libya.

Sembilan tahun selepas ketiadaan Gaddafi, rakyat Libya masih mencari harapan demokrasi.Kebangkitan rakyat menjadi sia-sia. Entahnya jika rakyat Libya menunggu beberapa tahun, Gaddafi mungkin dimakan usia yang sudahpun 69 tahun ketika itu. Krisis yang meruncing pada hari ini pula bermula pada saat Gaddafi dibvnvh.

Gaddafi tidak mampu menundukkan kuasa rakyat yang disokong pihak antarabangsa. Tetapi pihak asing ini terbukti tiada perancangan bernas untuk Libya pasca-Gaddafi

Sudahlah pihak antarabangsa gagal, kelompok kepimpinan tempatan pun dua kali lima.

Sesiapa yang setia pada Gaddafi menghadapi bencana mahkamah, sedangkan pejuang-pejuang pihak yang menang pula diberikan ganjaran besar. Ada yang mendapat kuasa pun.

Dalam masa berbulan ketika rakyat bangkit, ramai mendapat s3nj4ta dan membentukkan kumpulan tersendiri.

Selepas kejatuhan kerajaan Gaddafi, kumpulan-kumpulan inilah yang berfungsi sebagai pasukan keselamatan tanpa hierarki ket3nt3raan yang diiktiraf apatah lagi terlatih demi negara.

Kerajaan pasca-Gaddafi menggalas tanggungjawab besar tetapi tidak berupaya untuk menghentam kumpulan-kumpulan ini. Jadi kerajaan pun membiayai mereka.

Jadi lebih banyak kumpulan bers3nj4ta terbentuk untuk memanfaatkan dana kerajaan sebegini. Yang benar-benar menjatuhkan kerajaan Gaddafi tidak lebih 300 kumpulan pun.

Tetapi tiga tahun kemudian, Libya digelumangi 1,600 kumpulan bers3nj4ta (Shelton, 2019). S3nj4ta dimiliki mereka dibenarkan secara berleluasa. Jadi kerajaan pasca-Gaddafi sebenarnya sebuah badan berautoriti yang tiada autoriti pun (Ezyadi, 2020).

S3r4ngan antarabangsa telah meninggalkan sekurang-kurangnya 40 ruangan bawah tanah Gaddafi untuk dis3rbu kumpulan bers3nj4ta. Ruangan-ruangan ini penuh dengan s3nj4ta yang diambil entah siapa pun.

Ratusan orang keluar daripada tempat ini dengan lori, van dan kereta – semuanya penuh dengan s3nj4ta maju. Mungkin setiap rumah di Misrata, Libya menyimpan sebuah s3nj4ta – ada yang memiliki roket dan kereta kebal pun.

Memang benar NATO berjaya. Tetapi kerajaan Libya dibawah Mustafa Abdul Jalil dan kemudiannya Mohamed Magariaf yang m4t1 akal dan pucuk. Magariaf tidak lama mengetuai Libya, kerana kemelut perundangan.

Beliau digantikan Nouri Abusahmain dalam sebuah negara yang rakyatnya lebih bers3nj4ta daripada anggota keselamatannya sendiri. Libya gagal meminta rakyat pulangkan apa yang sepatutnya dimiliki anggota keselamatan.

Apabila rakyat meneguk kuasa sebegini rupa, kadar j3n4yah pula semakin rancak. Kes pencvlikan dan pembvnvhan menjadi biasa. Malah pilihan raya pun bergelumangan dengan kes-kes sebegini rupa yang membantutkan pencapaian majoriti pada tahun 2012.

Demokrasi tidak dilahirkan di Libya, yang menjulang kakistokrasi, kleptokrasi dan oklokrasi. Senang kata, gilakrasi.

Keputusan pilihan raya bagi Dewan Perwakilan ditolak kerajaan Tripoli yang sudah dipilih melalui pilihan raya (dan juga disokong kumpulan berkuasa).

Jadi Libya bermula tahun itu berpecah dua, antara barat dan timur yang bergelut kuasa.

Bahagian timur dikuasai Jeneral Khalifa Haftar yang merupakan bekas pegawai Gaddafi, dibawah kepimpinan Aguila Saleh Issa di Tobruk.

Libya yang mengidamkan haruman demokrasi telah mencium bau busuk krisis identiti. Ekonomi Libya terjejas, dengan kerosakan infrastruktur yang tidak terhitung dari segi nilai.

Ternyata keindahan angan-angan tidak terkunjung jika dilaksanakan dengan cara yang salah. Bagaikan dua jahil cuba membuntingkan lembu; keluar pula anak berupa babi.

RUJUKAN:

Ezyadi, S. (2020, September 29). What exactly is happening in Libya? Open Democracy.

Shelton, T. (2019, Oktober 20). Moamar Gaddafi has been (ditapiskan) eight years yet Libya is still at (ditapiskan) with itself. What went wrong? ABC News


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.