Selepas Lee Hsien Loong meluluskan Amaran Jingga dalam sistem DORSCON, ramai dalam kalangan rakyat Singapura membanjiri pasaraya.

Mereka mencari pelbagai barangan, seperti makanan dalam tin, tisu tandas, syampu (dan sabun) serta kondom.

Persepsi paling awal mempersoalkan keperluan kondom pada masa darurat (seolah-olah tidak tahu pula kegunaanya).

Tetapi perkara yang sama turut berlaku di Australia. Pasaraya-pasaraya besar digeledah habis segala stok produk kawalan kehamilan. Cuma yang pelik, perempuan pun membelinya.

Rupa-rupanya ramai sangka bahawa kondom ialah alat yang baik untuk menekan butang. Perkara ini berlaku angkara teknik pemasaran strategik untuk melariskan jualan kondom:

Kondom perlu dipakai di jari untuk menekan butang tertentu seperti di lif (McCleery, 2020).

Dari Singapura ke Itali Hingga Amerika Utara

Apabila COVID-19 diisytiharkan menular, banyak negara bergiat untuk mengelak penularannya dengan topeng muka dan pembersih tangan.

Persepsi asalnya menyatakan bahawa COVID-19 tidak mampu bertahan lama di permukaan luar.

Tetapi pemahaman saintifik meyakinkan pengkaji bahawa COVID-19 sebenarnya boleh hidup di luar badan selama tiga hari (Vinayak & Salzman, 2020).

Sekarang ini semua benda di pasaraya dibeli secara berleluasa. Surat khabar dicetak dengan lapan mukasurat lebih untuk kegunaan tandas jika kecemasan (Noor, 2020). Rak-rak di pasaraya pun kekosongan.

Tisu tandas dihadkan di Amerika Syarikat, Canada dan United Kingdom. Warga emaslah paling terkesan kerana sabun diborong habis, sedangkan mereka ialah golongan berisiko tinggi untuk terkena COVID-19.

Alam maya mengatakan bahawa fenomena kepanikan ini ialah #ToiletPaperApocalypse oleh kerana histeria yang berleluasa. Harga tisu tandas di pasaran atas talian pun melambung gila-gila.

Bila Berdua-Duaan Jangan Tenung Lama-Lama

Perdana Menteri Itali telah mengisytiharkan perintah berkurung selepas COVID-19 menular pada kadar tidak terkawal. Sekelip mata Itali yang tiada kes mungkin bakal menandingi China sebagai pusat virus (viral epicenter). Sehingga 15 Mac 2020, seramai 21,157 orang telah disahkan positif.

Jadi bagi Giuseppe Conte, hanya perintah berkurung sahaja boleh menebatkan kedahsyatan virus ini. Hanya perniagaan penting seperti farmasi dan pasaraya sahaja dibenarkan buka.

Maka 34.3 juta dewasa diwajibkan berada di rumah sepanjang masa. Tempat kerja mereka diarahkan tutup.

Dan kerajaan Conte juga telah menggantungkan hutang rumah dan bil utiliti – bermakna rakyat Itali perlu berdepan dengan krisis ini dengan cara bukan berdepan.

Berdasarkan laporan pasaran atas talian, beberapa industri meraih keuntungan luar jangka angkara COVID-19. Sehingga 3 April 2020, Pornhub memberikan akses percuma kepada semua rakyat Itali (Spary, 2020).

Ia merupakan suatu unsur solidariti yang tentu sekali tidak bermoral. Tetapi kalau diteliti secara mendalam, Pornhub sebenarnya sedang menyelam sambil meminum air – kerana ramai dalam kalangan rakyat Itali mungkin terbuai dengan sentimen peribadi.

Kecenderungan sedemikian hanya akan menyebabkan mereka langgan sebagai tanda terima kasih. Bererti Pornhub hanya rugi secara peluang, sambil mengharapkan kenaikan langganan selepas 3 April.

Selain itu permainan sy4hw4t juga sedang tumbuh bagai kulat selepas hujan. Permintaan daripada Itali, Hong Kong, Amerika Syarikat, Canada dan Jepun terutamanya telah memberikan sedikit sebanyak keuntungan kepada sebuah syarikat Jerman yang membuat alat tersebut.

Menurut jurucakap syarikat, “prospek duduk rumah keseorangan atau bersama pasangan lama-lama (membuatkan) orang ramai mencari cara terbaik untuk memanfaatkan masa.”

Jika perkara sebegini berterusan, tidak pelik pun kalau Itali mencatatkan kadar kelahiran luar biasa hujung tahun ini.

RUJUKAN:

McCleery, A. (2020, March 4). A different kind of protection! Condoms sell out after viral social media post encouraged people to put them on their FINGERS to avoid getting coronavirus. Daily Mail. Retrieved from https://www.dailymail.co.uk/news/article-8072299/Condoms-sell-people-encouraged-FINGERS-avoid-coronavirus.html

Noor, E. (2020, March 13). Toilet paper, canned food: What explains coronavirus panic buying. Al Jazeera. Retrieved from https://www.aljazeera.com/news/2020/03/toilet-paper-canned-food-explains-coronavirus-panic-buying-200313083341035.html

Spary, S. (2020, March 13). With Italians in lockdown, sex toy company sees sales surge and Pornhub spots an opportunity. CNN World. Retrieved from https://edition.cnn.com/2020/03/13/europe/pornhub-italy-coronavirus-lockdown-scli-intl/index.html

Vinayak, K., & Salzman, S. (2020, March 14). COVID-19 can last a few days on surfaces, according to new experiment findings. ABC News. Retrieved from https://abcnews.go.com/Health/covid19-days-surfaces-experiment-findings/story?id=69569397


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.