Hiroshima dan Nagasaki. Dua nama bandar Jepun ini amat sinonim dengan babak akhir Perang Dunia Kedua (WWII): serangan bom atom. Serangan bom atom pada 6 dan 9 Ogos 1945 itu memperlihatkan keupayaan manusia mencetuskan kemusnahan pada skala yang tidak pernah berlaku dalam sejarah. Tetapi perubahan masa menunjukkan bagaimana dua kota ini bangkit semula sebagai simbol keamanan dan penolakan terhadap senjata nuklear.

Bagi memahami skala pembinaan semula dua kota ini, kita perlu melihat kembali bagaimana Hiroshima dan Nagasaki diserang dengan bom atom. Pada pagi 6 Ogos 1945, ia merupakan satu lagi hari normal buat para penduduk Hiroshima. Para penduduk tahu bandar mereka seperti bandar-bandar lain di Jepun kini menjadi sasaran unit-unit pengebom udara pihak Bersekutu. Ini selepas mereka berjaya menakluk Saipan (Jun 1944) dan Okinawa (Jun 1945).

Tetapi pengeboman di Hiroshima pada hari itu berbeza. Seminggu sebelumnya, pihak Bersekutu mengeluarkan Deklarasi Potsdam yang menggesa Jepun agar menyerah kalah atau berdepan kemusnahan sepenuhnya. Tetapi Jepun memberi maklum balas bercampur-campur terhadap deklarasi tersebut. Akibatnya, pihak Bersekutu – lebih tepat Amerika Syarikat memilih menggunakan pendekatan drastik bagi memaksa Negara Matahari Terbit itu menyerah kalah.

Sebelum itu, kami cadangkan korang dapatkan MALAYA 1941. Sebelum serangan bom atom pada 1945, beberapa tahun sebelumnya, Jepun mula mengatur langkah untuk menyerang Tanah Melayu. Tetapi rancangan untuk menyerang harus dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan sebelum ia diterjemah sebagai operasi sebenar. Nak tau macam mana Jepun jayakan pelan ini, dapatkan MALAYA 1941 sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Malaya-1941-i.238336777.4643942913

Pada jam 8.15 pagi, 6 Ogos 1945, bom atom pertama di dunia yang diberi nama Little Boy digugurkan di Hiroshima. Sebaik meletup pada ketinggian 2,000 kaki, ia menghasilkan kekuatan letupan bersamaan 15,000 tan TNT dan memusnahkan Hiroshima dan kawasan sekitarnya seluas lima batu. 70,000 hingga 135,000 orang dilaporkan terbunuh di Hiroshima termasuk dua warga Tanah Melayu (kini Malaysia), Nik Yusof Nik Ali dan Syed Omar Syed Mohammad Alsagoff.

Keadaan Hiroshima selepas terkena serangan bom atom.

Tetapi para pemimpin Jepun ketika itu seakan masih gagal memutuskan untuk menyerah kalah atau tidak. Kegagalan mereka mengakibatkan Nagasaki pula diserang dengan bom atom kedua yang diberi nama Fat Joe pada 11.02 pagi, 9 Ogos 1945. Namun begitu, tidak seperti Hiroshima, kedudukan muka buminya yang terletak di lembah sempit yang diapit kawasan pergunungan menyelamatkan Nagasaki daripada menjadi padang jarak, padang tekukur. Tetapi ia masih mengakibatkan 60,000 hingga 80,000 orang terbunuh pada hari itu.

Beberapa hari selepas itu, Jepun mengangkat bendera putih sekaligus menamatkan perang paling berdarah dalam sejarah manusia. Tetapi jika pihak Bersekutu menyangka semua ini berakhir buat para penduduk Hiroshima dan Nagasaki, hakikatnya pengeboman tersebut merupakan permulaan derita mereka.

Perkhidmatan-perkhidmatan awam dipulihkan semula di Hiroshima hasil tindakan pantas pentadbir-pentadbir dari bandar-bandar berdekatan seperti Fuchu dan Yamaguchi. Ini membolehkan bantuan dapat diberi segera kepada penduduk yang terjejas termasuk yang mengalami masalah kesihatan akibat radiasi. Tetapi lebih ramai mati berbulan-bulan selepas itu sekaligus menjelaskan mengapa angka kematian akibat bom atom amat tinggi.

Bagi penduduk yang terselamat, apa gunanya mereka hidup? Ini kerana kelompok ini yang dipanggil hibakusha didakwa membawa penyakit radiasi yang boleh berjangkit terhadap orang lain. Walaupun fakta ini merupakan fakta salah, ini mengakibatkan mereka disisihkan dan tidak mendapat bantuan sewajarnya daripada kerajaan termasuk rawatan kesihatan.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Menyedari apa yang dilakukan itu satu kesilapan, Tokyo mengumumkan bantuan kewangan dan rawatan kesihatan percuma kepada hibakusha pada 1950-an. Tetapi apa yang diumumkan itu sudah terlewat. Ramai hibakusha mati bukan saja akibat penyakit radiasi mereka seperti leukemia tetapi akibat tekanan mental. Keadaan ini berlanjutan selama bertahun-tahun lamanya sehinggalah lebih banyak pengetahuan ditimba daripada peristiwa pahit itu. Hari ini, hibakusha diberi layanan lebih baik daripada apa yang dialami mereka bertahun-tahun sebelumnya.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Hiroshima dibadai pula ribut taufan sebulan selepas itu. Bencana alam itu menyaksikan 3,000 orang terbunuh dan hospital-hospital medan yang menjadi talian hayat bandar tersebut terpaksa digantung operasi. Satu-satunya hikmah musibah itu ialah ia menurunkan paras radioaktif kota berkenaan ke paras rendah sekaligus menyelamatkan lebih ramai penduduk untuk jangka masa panjang.

Jepun kemudiannya membangunkan semula Hiroshima dan Nagasaki dengan pengelasan berbeza. Hiroshima diisytiharkan sebagai kota keamanan antarabangsa dengan tanah yang dimiliki kerajaan dan tentera didermakan untuk tujuan pembangunan. Menjelang 1958, pembangunan kembali rancak di situ dengan populasinya kembali mencecah bilangan pra-WWII, 410,000 orang.

Sementara Nagasaki pula diisytiharkan sebagai kota kebudayaan antarabangsa. Usaha membina semula kota tersebut turut dibantu dengan penarikan semula pengharaman membina kapal oleh pihak Bersekutu pada 1952. Hari ini, Muzium Bom Atom wujud di situ dan ia terletak bersebelahan sebuah memorial yang didedikasikan kepada semua mangsa bom atom. Memorial tersebut siap dibina pada 2003.

Di Hiroshima pula, tarikan utamanya ialah Taman Memorial Keamanan Hiroshima. Direka oleh arkitek Kenzo Tange, ia siap dibina sekitar 1950-an. Ia bukan saja sebagai memorial mangsa bom atom tetapi sebagai tempat untuk mempromosikan keamanan dan dunia tanpa senjata nuklear. Di taman ini juga menempatkan A-Bomb Dome, sisa kubah bangunan yang menjadi tempat paling hampir meletupnya Little Boy.

A-Bomb Dome. Sumber: Jesse Wilson/CC BY-SA 2.0

Ironinya, tiada presiden AS yang menjejakkan kaki di situ kecuali Barack Obama pada 2016. Obama berharap menerusi lawatannya di situ, ia dapat menyemarakkan keamanan dunia dan kewujudan dunia tanpa senjata nuklear. Kelakar dengar coretan sebegini sebenarnya. Yalah, yang lagi ganas ialah blok Barat tetapi yang dituduh gengster, pembuli, diktator dan pengganas asyik orang Islam. Takut dengan bayang-bayang sendiri ke sampai tuduh orang lain?

RUJUKAN

BBC News. (2020, 9 Ogos). Hiroshima and Nagasaki: 75th anniversary of atomic bombings.

History. HIROSHIMA AND NAGASAKI: THE AFTERMATH.

McCurry, J. (2016, 18 April). Story of cities #24: how Hiroshima rose from the ashes of nuclear destruction. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply