Dalam lipatan sejarah manusia, kejayaan atau kegagalan sesebuah peperangan ditentukan oleh kebijaksanaan perancangan yang dilakar. Kalau dibuat secara terburu-buru, maka ia boleh saja menjadi petaka. Dan itu yang dialami pihak Kesatuan Soviet semasa melancarkan kempen terhadap Finland pada 1939 yang dikenali sebagai Perang Musim Sejuk (Winter War). Simbol kegagalan mereka: kereta kebal ski!

Kereta kebal ski atau lebih tepat lapisan besi tebal yang dipasang ski dianggap salah satu contoh perancangan terburu-buru Soviet semasa mendepani Finland. Atas kertas, kononnya dengan memasang ski pada lapisan besi tebal ini, ia akan memberi kelebihan besar kepada pihak Soviet untuk memburu tentera Finland. Tetapi hakikatnya, kereta kebal ini merupakan mangsa mudah pihak musuh sejak dari awal lagi.

Tetapi bagaimana semua ini boleh berlaku? Sehingga tahun 1917, Finland merupakan sebahagian daripada jajahan Rusia. Namun begitu, semuanya berubah akibat kejatuhan Dinasti Romanov dan kemunculan gerakan Bolshevik di Rusia. Dengan Finland muncul sebagai sebuah negara merdeka tidak lama selepas itu, ia merupakan sesuatu yang memalukan buat pihak Soviet.

Stalin menyifatkan kehilangan Finland yang sebelum ini merupakan jajahan takluk Rusia sebagai sesuatu yang memalukan dan mahu ia diperbetulkan.

Sebaik saja Joseph Stalin berkuasa menggantikan Vladimir Lenin, beliau tahu Finland harus kembali berada di bawah kawalan Rusia. Dengan berbuat demikian, ia dapat mengembalikan sebahagian wilayah yang hilang akibat Revolusi Rusia 1917. Selain itu, Finland dianggap lemah dan boleh dikalahkan dengan mudah. Anggapan sebegini yang kemudiannya membuatkan Stalin gigit jari berbulan-bulan kemudian.

Pada November 1939, Perang Musim Sejuk (Winter War) bermula. Di atas kertas, pihak Soviet mempunyai tentera seramai 1.6 juta orang – cukup untuk membuatkan pihak musuh terketar-ketar dan meminta belas kasihan. Tetapi 337,000 tentera Finland memberi tentangan sengit kepada pihak musuh dengan pergerakan pantas melalui ski dan sokongan meriam artileri dari Garisan Mannerheim, rangkaian kubu pertahanan Finland yang berhampiran dengan sempadan Finland-Kesatuan Soviet.

Atas kertas, 1.6 juta tentera memang ramai dan menakutkan. Tetapi tidak semua yang menerima latihan peperangan dalam musim sejuk. Paling penting, mereka tidak mempunyai kelengkapan sesuai untuk kempen peperangan pada musim sejuk. Senang cerita, kegelojohan Stalin mahu mendapatkan Finland menukar negara itu sebagai neraka sejuk buat tentera-tentera Soviet!

Untuk dapatkan info lanjut tentang Kesatuan Soviet, boleh dapatkan melalui pautan: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Sebelum ini, para pemikir dan perancang strategi Soviet melihat kunci kejayaan sesebuah kempen perang moden ialah menggabungkan pergerakan pelbagai unit ketenteraan termasuk unit mekanikal agar ia bergerak pantas semasa di medan. Kepantasan sebegini mampu membuatkan pihak musuh terkejut beruk dan tidak sempat mengatur tindak balas sekaligus membawa kepada kekalahan mereka. Strategi ini kita kenali hari ini sebagai Blitzkrieg atau perang kilat.

Tetapi itu tidak dapat direalisasikan oleh pihak Soviet dalam Perang Musim Sejuk disebabkan oleh Stalin sendiri. Dari 1937 hingga tamat Perang Dunia Kedua (WWII), tempoh ini dikenali sebagai The Great Purge. Tempoh ini menyaksikan mana-mana individu yang dianggap tidak setia kepada Soviet – lebih tepat memusuhi Stalin – ditahan atau dihukum mati. Berdasarkan rekod sejarah, lebih tiga juta ahli Parti Komunis Rusia dari pelbagai latar belakang mati dibunuh atas arahan Stalin.

Disebabkan The Great Purge, bukan sedikit pegawai tentera termasuk yang berstatus perancang strategi yang mati. Dan ini meninggalkan kelompangan dalam struktur tentera termasuk operasi di medan perang. Akibatnya, kelompok yang tinggal ini kembali berpaling kepada strategi lama: penggunaan tentera dalam jumlah yang besar dengan sokongan artileri dan pesawat. Sementara kereta kebal hanya berperanan sebagai kubu bergerak – anggapan yang memakan diri di kemudian hari.

Bentuk muka bumi dan hutan tebal terutama di sebelah sempadan Finland-Soviet menyukarkan unit mekanikal membawa artileri ke tempat dan masa yang dimahukan pihak tentera Soviet.

Di sini, pihak Soviet mula sedar artileri dan kereta kebal mereka tidak sesuai dengan bentuk muka bumi Finland. Dengan unit mekanikal terperangkap dalam kesesakan di mana ia boleh saja mencecah puluhan kilometer, agak sukar untuk artileri sampai di tempat dan masa yang dimahukan. Sementara kereta kebal T-26 yang digunakan tidak akan sampai kerana sentiasa berdepan masalah kehabisan minyak.

Walaupun berguna semasa Perang Musim Sejuk, pihak Soviet mendapati kereta kebal T-26 sentiasa berhadapan masalah kehabisan minyak.

Jadi, alternatifnya ialah pengenalan kereta perisai tentera yang dipanggil kereta kebal ski. Ia dipanggil kereta kebal kerana ia diperbuat daripada lapisan besi setebal 12 mm, lubang menembak untuk raifal dan lubang untuk mereka melihat. Dan ia dipasang pada sepasang ski bagi membolehkan ia bergerak. Kononnya dengan kereta kebal ski ini, ia dapat mengatasi Garisan Mannerheim dan membantu mereka mara lebih jauh. Malangnya, ia satu tanggapan mengarut yang membunuh ramai tentera Soviet.

Tentera Finland yang melihat kenderaan aneh ini melihatnya sebagai mangsa mudah di medan perang. Ini kerana kereta kebal ski boleh terperangkap dalam salji yang tebal sekaligus menjadikan ia sebagai bebanan kepada pihak Soviet. Tambahan pula, ia boleh saja dimusnahkan sama ada dengan bom tangan atau bom api (membakar krew yang berada di dalamnya).

Pada akhirnya, reformasi dalam tentera Soviet (walaupun dalam keadaan terburu-buru) dan bilangan tentera yang dimiliki perlahan-lahan membantu mereka mengatasi pihak Finland. Menjelang 13 Mac 1940, satu perjanjian dimeterai bagi menamatkan persengketaan kedua-dua pihak.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Sebagai tukaran kepada penamatan perang, 9% wilayah Finland diserahkan kepada Kesatuan Soviet. Tetapi harga yang dibayar mereka terlalu besar. Kehilangan 200,000 orang tentera jika dibandingkan 50,000 tentera musuh yang terkorban hanya untuk mendapatkan 9% wilayah? Bagi Stalin, ia bukan satu kemenangan tetapi kekalahan yang merobek egonya.

Di sebalik impak The Great Purge, diktator itu langsung tidak berminat menghentikannya walaupun ia mengorbankan ramai bijak pandai Soviet. Ironinya, salah satu arkitek kemenangan mereka pada WWII iaitu Georgy Zhukov juga tersenarai dalam kempen berkenaan. Agaknya kalau Zhukov dibunuh, ia bukan sekadar mengubah haluan WWII sekitar 1941. Tetapi menjadikan idea kereta kebal ski ini sebagai satu simbol kegagalan tentera Soviet yang disebabkan oleh pemimpinnya sendiri.


Dasar pemerintahan Joseph Stalin benar-benar memberi kesan kepada Vladimir Putin. Kerana pada zaman itulah, ibu bapa beliau hidup dalam keadaan serba sengsara. Pengalaman ini mengeraskan hati keluarga Putin untuk sentiasa ke hadapan dalam apa-apa jua perkara. Jika kalian baca sejarah Putin daripada kecil sampai sekarang, kalian pasti dapat lihat impak Stalinisme ini.  Link pembelian: https://shopee.com.my/The-Patriots-Putin-Tsar-Moden-Rusia-i.238336777.17912981320?

 

RUJUKAN

Axe, D. (2021, 3 Ogos). Soviet Russia’s Ski Armor Was a Catastrophically Bad Idea. National Interest.

Swenson, M. (2013, 24 Disember). How a Small Force of Finnish Ski Troops Fought Off a Massive Soviet Army. War Is Boring.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply