Gunung Everest bukan sekadar puncak tertinggi di dunia yang menjadi idaman para pendaki gunung. Tetapi ia juga merupakan perkuburan terbuka terbesar di dunia – simbol bahaya yang menanti para pendaki yang cuba merealisasikan impian mereka itu. Terdapat 200 mαyat di Gunung Everest dengan sesetengah mαyat digunakan sebagai penanda ketinggian semasa pendakian.

Kawasan paling merbahaya semasa pendakian ialah bahagian yang menuju ke puncak. Bahagian ini dipanggil sebagai zon kemαtian yang terletak melebihi 26,000 kaki di atas paras laut. Di sini, tahap oksigen hanya satu pertiga daripada tahap oksigen biasa di paras laut. Sementara tekanan barometer pula boleh menyebabkan pendaki mengangkat beban lebih 10 kali ganda.

Gabungan dua faktor ini menyebabkan pendaki merasa lemah, keliru, letih dan memberi tekanan kepada organ. Atas sebab itu, para pendaki dinasihatkan agar tidak berada di zon kemαtian tidak kurang daripada 48 jam. Bagi yang keluar sebelum tempoh itu, kesannya akan terus dirasai walaupun selepas pendakian ditamatkan. Tetapi jika tidak, pengakhirannya ialah kemαtian.

Mengikut protokol biasa, mαyat pendaki akan dibiarkan di tempat mereka jatuh. Ia bukan sekadar amaran kepada para pendaki agar lebih berhati-hati semasa pendakian. Tetapi ia juga berperanan sebagai penanda ketinggian terutama bila pendaki semakin menghampiri zon kemαtian.

Antara mαyat yang digunakan sebagai penanda ketinggian ialah mαyat But Hijau. Walaupun identitinya tidak diketahui, ramai percaya But Hijau ialah seorang pendaki India bernama Tsewang Paljor yang mαti semasa mendaki pada 1996. Mαyat But Hijau terletak di satu kawasan gua berhampiran laluan pendaki sebelum menuju ke puncak. Ia turut berperanan sebagai penanda ketinggian – betapa hampirnya mereka dengan puncak Everest.

Mαyat But Hijau yang menjadi penanda betapa hampirnya pendaki menghampiri puncak Everest.

Pada 2006, seorang lagi pendaki mαti di tempat sama But Hijau bersemadi. Pendaki bernama David Sharp cuba menakluk puncak Gunung Everest secara bersendirian – satu perkara yang ditegah sekeras-kerasnya oleh para pendaki berpengalaman. Sebaik tiba di gua tempat But Hijau, dia berharap dapat berehat sebentar sebelum menuju ke puncak. Tetapi dalam tempoh beberapa jam, Sharp mαti akibat kesejukan melampau.

Tidak seperti But Hijau, kelibatnya disedari oleh 40 orang pendaki semasa dalam perjalanan ke puncak. Bagaimanapun, tiada siapa yang tampil membantu. Bagi pendaki pertama yang berjaya menakluk Everest Sir Edmund Hillary, ia merupakan sesuatu yang memalukan. Ini kerana dengan mementingkan pendakian daripada membantu pendaki yang bermasalah, ini menunjukkan pendaki sebegini sebagai tidak bertanggungjawab dan tiada nilai kemanusiaan.

Media menggelar fenomena ini sebagai demam puncak (obses mendaki ke puncak) dan ini bukan perkara baru. Pada tahun 1999, mαyat pendaki tertua di Everest ditemui dan dikenalpasti sebagai George Mallory. Mallory dikatakan mαti pada 1924 selepas cuba mencipta rekod sebagai pendaki pertama Gunung Everest.

Mαyat George Mallory yang mαti pada 1924 semasa cuba menjadi orang pertama menakluk Gunung Everest. Sumber: Dave Hahn/Getty Images

Semasa ditemui pada musim bunga 1999, bahagian atas torso, separuh kedua-dua kakinya dan lengan kirinya masih dalam keadaan baik. Pada saat kemαtiannya, Mallory memakai sut tweed dan membawa peralatan mendaki lama dan botol-botol oksigen. Pihak berkuasa yang memeriksa mαyatnya mendapati beliau mengalami ada kesan lebam pada pinggangnya – ini menunjukkan Mallory diikat dengan pendaki lain semasa pendakian sebelum terjatuh dan mαti.

Semasa hayatnya, Mallory merupakan seorang pendaki gunung yang terkenal dan pernah menyatakan keinginan untuk mendaki Everest. Tidak diketahui sama ada beliau berjaya atau tidak tetapi khabar angin tentang kejayaannya itu bertiup kencang sejak mαyatnya ditemui pada 1999.

Jadi, mengapa mαyat-mαyat ini dibiarkan saja di Gunung Everest? Sebabnya mudah, usaha membawa keluar merupakan satu tugas sukar dan mengancam nyawa pasukan penyelamat. Keadaan muka bumi, cuaca dan suhu sejuk turut menyukarkan usaha membawa mαyat keluar. Contoh paling mudah, kisah pendaki wanita Jerman Hannelore Schmatz.

Pada tahun 1979, wanita itu mencipta rekod sebagai pendaki wanita Jerman pertama yang berjaya menakluk Gunung Everest. Walaupun dalam keadaan penat, Schmatz tetap meneruskan perjalanan turun dari puncak walaupun diminta tidak berbuat demikian oleh Sherpanya, Sungdare Sherpa. Dia berkhemah di zon kemαtian di mana pada waktu malam, kemnya dilanda ribut salji yang teruk.

Di sebalik pelbagai cubaan, Schmatz terus mendaki turun untuk cuba sampai ke markas pendakian. Bagaimanapun, cuaca sejuk dan keletihan menjadi punca kemαtiannya. Semasa ditemui oleh para pendaki lain, dia hanya dipisahkan jarak 330 meter dari markas pendakian. Cubaan pihak berkuasa Nepal membawa mαyat Schmatz sebanyak dua kali pada 80-an menyaksikan dua penyelamat terbunuh semasa usaha tersebut dilakukan.

Jasad Hannelore Schmatz.

Sejak itu, mana-mana pendaki yang cuba menakluk Gunung Everest dari laluan pendakian di sebelah selatan dapat melihat mαyatnya dengan jelas. Dengan matanya terbuka luas dan rambutnya ditiup angin, ia merupakan satu pemandangan ngeri yang bikin para pendaki berfikir dua kali. Pada tahun 1996, mαyatnya ditiup oleh angin kuat dan jatuh di bahagian Everest sekitar Tibet. Sehingga hari ini, lokasi mαyat Schmatz masih tidak diketahui.

RUJUKAN

Serena, K. (2021, 16 Jun). The Bodies Of Dead Climbers On Everest Are Serving As Guideposts. All That’s Interesting.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply