Seljuk: Kuasa Yang Merampas Keagungan Rom Timur Byzantine

788

Empayar Seljuk adalah sebuah empayar zaman pertengahan yang berkuasa pada kurun ke-11 hingga kurun ke-12 Masehi. Empayar ini masyhur rentetan serangan-serangan dan pep3rangan mereka dengan Empayar Byzantine, di samping peranan yang mereka mainkan dalam P3rang Salib Pertama. Walaupun wangsa Seljuk pada berasal daripada etnik Turk, mereka berkahwin kacuk dengan kaum Parsi dan menyerap banyak budaya dan bahasa mereka.

Pada zaman kemuncaknya, kekuasaan Empayar Seljuk meliputi Asia Tengah di timur dan Anataolia di barat. Walau bagaimanapun, menjelang kurun ke-12 Masehi, Empayar Seljuk terbahagi kepada wilayah-wilayah kecil yang diperintah oleh dinasti-dinasti lain. Apapun, wangsa Seljuk terus memerintah Anatolia sebagai Kesultanan Rum.

Keluasan Empayar Seljuk

SIAPAKAH SELJUK?

Wangsa Seljuk berasal daripada kaum nomad Turk yang menetap di steppe-steppe Asia Tenagh dan bahagian tenggara Russia. Nama wangsa atau kelompok masyarakat ini diambil daripada nenek-moyang mereka, iaitu Seljuk, seorang pembesar Qinik daripada keluarga Turk Oghuz. Sekitar tahun 950M, Seljuk berhijrah ke Khwarezm semasa beliau berkhidmat dalam pasukan tentera Khazar. Kemudian sekitar tahun 985M, Seljuk mengetuai sebuah konfederasi yang terdiri daripada 9 buah puak Turk dan berangkat ke Parsi, di mana mereka menetap dan menganut agama Sunni-Islam.

Seljuk menjalinkan persekutuan dengan Empayar Samanid dan berkahwin kacuk dengan populasi Parsi tempatan. Susulan daripada itu, banyak aspek kebudayaan dan bahasa Parsi diserap oleh masyarakat pendatang itu. Persekutuan Seljuk dengan Samanid tidak berlangsung panjang memandangkan Samanid ditundukkan oleh Qarakhanid pada tahun 999 Masehi. Kekuasaan Samanid digantikan oleh Ghaznavid, dan Seljuk mengambil sikap permusuhan dengan kuasa baru itu.

Seljuk bersekutu dengan Empayar Samanid dan berkahwin-kacuk dengan penduduk Parsi tempatan

PERMULAAN EMPAYAR SELJUK

Dua orang cucu kepada Seljuk, iaitu Tughril Beg dan Chaghri Beg menjadi individu yang bertanggungjawab memerangi Ghazvanid. Walaupun pada mulanya Ghazvanid meraih keulungan, mereka kemudiannya ditewaskan oleh wangsa Seljuk pada tahun 1039 dalam Pertempuran Dandanagan. Susulan daripada itu, kebanyakan wilayah barat Ghaznavid dikuasai oleh wangsa Seljuk. Keadaan ini menjadi tanda bermulanya penubuhan Empayar Seljuk, dan kedua-dua cucu Seljuk diberikan kredit atas pengasasan empayar berkenaan.

Seljuk menewaskan Ghaznavid dalam Pertempuran Dandanaqan

Tughril mangkat pada tahun 1063 dan kedudukannya diambil-alih oleh anak saudaranya, Alp Arslan yang meneruskan kempen perluasan empayar. Pada masa pemerintahan Alp Arslan dan penggantinya, Malik Shah I, Empayar Seljuk mencapai kemuncak kuasa. Alp Arslan meluaskan sempadan empayar hingga ke Armenia dan Georgia di samping memerangi Empayar Byzantine.

Pada tahun 1071 Masehi, Alp Arslan meraih kemenangan besar ke atas Byzantine dalam Pertempuran Manzikert. Maharaja Byzantine, iaitu Romanos IV diambil sebagai tawanan p3rang oleh Seljuk dan kekuasaan Byzantine ke atas Anatolia melemah. Walau bagaimanapun, Alp Arslan tidak sempat hidup dengan lebih lama untuk menggerakkan kempen penaklukan ke atas Anatolia memandangkan beliau mangkat pada tahun berikutnya.

Kedudukan Alp Arslan digantikan oleh puteranya, Malik Shah I, yang meneruskan kempen-kempen ketenteraan ayahandanya. Semasa pemerintahan beliau, Anatolia dikuasai oleh Empayar Seljuk. Di bahagian timur, Empayar Seljuk melanjutkan pep3rangan dengan Qarakhanid dan berupaya melebarkan kuasa hingga ke Asia Tengah dan malah, mencapai sempadan barat Cina.

Malik Shah I, pemerintah Seljuk, sedang duduk di atas takhtanya

PERGELUTAN DAN KERUNTUHAN EMPAYAR SELJUK

Sebaik sahaja Malik Shah mangkat pada tahun 1092 Masehi, Emapyar Seljuk mula kehilangan kesatuannya memandangkan saudara dan empat orang puteranya berebut kuasa. Walaupun putera Malik Shah yang bernama Mahmud I dilantik sebagai pemerintah baru Empayar Seljuk, beliau tidak berupaya menyatukan empayar.

Kedudukannya sebagai pemerintah disaingi oleh tiga orang saudaranya, iaitu Barkiyaruq, Muhammad I, dan Ahmad Sanjar yang masing-masing menubuhkan kekuasaan sendiri di Iraq, Baghdad dan Khorasan. Tambahan lagi, seorang kerabat jauh Mahmud I, iaitu Kilij Arslan I bertindak menubuhkan Kesultanan Rum di Anatolia manakala Syria pula diserap ke bawah pemerintahan Tutush I, salah seorang saudara Kilij Arslan.

Ketika perpecahan ini terus berlaku, Seljuk terpaksa berhadapan dengan musuh baru di barat yang hadir dalam bentuk P3rang Salib Pertama. Seljuk tidak berupaya bersatu dalam memerangi Tentera Salib dan kebanyakan pemerintah Seljuk mengambil pendirian sama ada bersekutu mahupun berp3rang dengan pihak berkenaan. Walaupun para pemerintah Seljuk berimpian mahu menyatukan semula empayar, cita-cita tersebut sama sekali tidak dapat direalisasikan.

Seljuk berhadapan dengan musuh baru dari timur yang hadir dalam bentuk P3rang Salib Pertama

Empayar Seljuk sempat berkuasa sehingga kurun berikutnya, walaupun ia tidak lagi memikul kuasa yang dahulunya pernah ia nikmati di bawah pemerintahan Alp Arslan dan Malik Shah I. Pada tahun 1194 Masehi, Empayar Seljuk kehilangan banyak wilayah timurnya di tangan Empayar Khwarazmi.

Pemerintah Seljuk dari Iran, iaitu Tughril III pula terkorban dalam pertempuran semasa memerangi mereka. Kuasa wangsa Seljuk terus bertahan di Anatolia dalam bentuk Kesultanan Rum, sehingga ia tunduk menjadi wilayah naungan Monggol berikutan kekalahan dalam Pertempuran Kose Dag pada tahun 1243 Masehi.

TERJEMAHAN DARI:

Wu Mingren. (22 April 2019). The Seljuks: Nomads Who Built an Empire and Took on Byzantine Power. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-important-events/seljuks-0011773

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.