Moving Forward As One

Selimut Berbulu Viking Ditemui!

1,020

Saban tahun, ada saja penemuan menarik yang dibuat pasukan pengkaji arkeologi di Uppsala, Sweden berkenaan artifak Viking. Dan baru-baru ini, dua kubur yang ditemui menarik perhatian mereka kerana lambakan artifak unik yang ditanam bersama mereka. Ini termasuk duvet yang dihias dengan pelbagai jenis bulu burung di mana ia bukan saja menawarkan keselesaan tetapi juga makna simbolik di sebaliknya.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Penemuan ini dibuat di kawasan perkuburan Valsgarde yang disifatkan sebagai kawasan perkuburan elit untuk golongan pemerintah dan bangsawan Viking. Malah, ada yang berspekulasi sesetengah kubur di situ milik pemerintah-pemerintah dinasti Ynglings. Dua kubur yang menjadi tumpuan ialah dua kubur pahlawan Viking yang ditanam bersama dalam dua bot berukuran 10 meter panjang.

Rajah 1: Pelan ekskavasi dua kubur yang dinyatakan termasuk lokasi duvet yang dihias dengan bulu. Sumber: Jurnal Sains Arkeologi, Laporan: 2021

Dua pahlawan ini dikatakan berstatus bangsawan berikutan banyak artifak ditanam bersama mereka. Selain dipakaikan topi perisai, baju besi dan sen.ja.ta, kubur mereka turut dilengkapi dengan peralatan memasak dan memburu dengan kesemuanya diletakkan di atas duvet yang dinyatakan. Selain itu, haiwan-haiwan seperti kuda dan burung hantu turut ditanam bersama mereka. Profesor Emeritus Birgitta Berglund yang menjadi sebahagian daripada pasukan pengkaji memberitahu dua pahlawan ini sudah bersedia menempuh alam barzakh dengan kelengkapan dan haiwan yang ditanam bersama mereka.

Rajah 2: Duvet yang dihias dengan bulu yang ditemui di Valsgarde. Sumber: Muzium Universiti NTNU

Tambah Berglund lagi, duvet yang dihias dengan bulu ini mempunyai simbol tersendiri. Beliau percaya bulu-bulu haiwan tertentu seperti ayam, burung hantu, gagak dan merpati digunakan orang Viking sebagai cara memanjangkan lagi pertarungan dengan kema_tian. Di sesetengah kawasan Scandinavia, bulu angsa dilihat sesuai untuk memudahkan roh keluar dari badan.

Berdasarkan analisis duvet yang dibuat Institut Sejarah Alam Semulajadi Norway (NINA), terdapat beberapa spesies haiwan menarik sebagai bulu hiasan duvet. Antara bulu haiwan yang dikenalpasti ialah burung grouse, itik, gagak dan burung layang-layang. Tambah menarik menurut ahli biologi Jorgen Rosvold, bulu-bulu ini masih dalam keadaan baik walaupun telah ditanam selama lebih sealaf.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Jadi, apa pula perihal haiwan yang dipe.ng.gal kepalanya seperti burung hantu dalam dua kubur tersebut? Berglund percaya semasa mereka ditanam, orang-orang Viking melakukan ritual penyem.be.lihan burung tersebut dengan harapan mencegah mereka daripada hidup semula. Tetapi ada juga percaya menerusi ritual ini atau mema_tahkan sen.ja.ta milik mereka, ia memberi kebebasan kepada mereka berkelana ke alam barzakh.

RUJUKAN:

McDermott, A. (2021). Norse Warrior Took Comfy Duvet (and a DITAPIS Owl) to the Afterlife. Ancient-Origins.

Ruangan komen telah ditutup.