Selepas Konstantinople Jatuh Ke Tangan Al-Fateh, Apa Yang Berlaku Pada Byzantine?

1,477

Kejatuhan Empayar Byzantium berlaku secara dramatik. Melihat bagaimana Konstantinopel semakin tercicir daripada tangan, Maharaja Constantine XI Palaiologos membuang baju dirajanya.

Kemudian baginda menyertai barisan pertahanan kota. Menurut sejarawan Cristobulus, kata-kata akhir Constantine ialah, “kota ini telah jatuh tetapi beta masih hidup!” (Sherrard, 1965).

Riwayat-riwayat sejarah mengesahkan bahawa Constantine m4ngkat dalam usaha mempertahankan Konstantinopel.

Dalam situasi Konstantinopel, amatlah mudah jika usaha Uthmaniyah dirumuskan sebagai “meletakkan paku terakhir di keranda m4yat yang sudahpun reput”.

Pereputan Konstantinopel bermula sekitar 1204, iaitu 228 tahun sebelum Mehmet II dilahirkan. Dalam tahun tersebut pergolakan besar berlaku di Konstantinopel.

Pihak Salib Menj4rah Konstantinopel Dan Juga Menghina Agama Ortodoks Kristian

Pihak Salib dibawah Enrico Dandolo dan Boniface I dari Montferrat ingin menggunakan Konstantinopel sebagai pengkalan utama. Mereka pun mahu mengembalikan Isaac II Angelos sebagai Maharaja Byzantium.

Namun perkembangan politik akhirnya menyebabkan Konstantinopel itu sendiri dij4rah selumat-lumatnya. Kerosakan yang berlaku memustahilkan sebarang pemulihan, lebih-lebih lagi apabila Konstantinopel berada dibawah Imperium Constantinopolitanum (Empayar Latin) selama 57 tahun.

Apabila Konstantinopel jatuh pada tangan Uthmaniyah pula, satu-satunya wilayah dibawah Empayar Byzantium ialah Morea yang dipimpin Thomas Palaiologis dan Demetrios Palaiologos.

Dalam peta kedaulatan Byzantium, Morea telah dikurniakan status kenegerian untuk keluarga diraja yang tiada harapan untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.

Kepimpinan Thomas dan Demetrios yang tidak seberapa telah menarik perhatian Mehmet II terutamanya apabila mereka enggan membayar ufti tahunan bersertakan juga dengan usaha revolusi anti-Uthmaniyah.

Pembahagian Morea di Peloponnese Yang Hanya Seberang Laut Dari Istanbul

Maka pada Mei 1460, Mehmet II menyambung usaha ayahandanya. Pertahanan Morea tidak sekuat Konstantinopel.

Dan kota Morea jatuh dalam masa sekejap, sekaligus meletakkan semua wilayah-wilayah Byzantium dan Yunani dibawah Uthmaniyah.

Secara langsung Mehmet II menjadi Maharaja Rom cuma dibawah panji Uthmaniyah dan yang pertama beragama Islam.

Hanya tanah-tanah pinggiran saja yang enggan menyertai Uthmaniyah. Sebaliknya mereka memilih untuk berada dibawah naungan Vatikan, seperti Monemvasia, Semenanjung Mani dan Salmeniko.

Sementara itu Konstantinopel pula menjadi perhatian utama Mehmet II. Dua orang bangsawan Byzantium telah diterima Mehmet II sebagai orang kanan utama.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Gidos Palaiologos mempunyai dua orang anak, yang dinamakan Mehmet II sebagai Hass Murad dan Mesih Pasha.

Salah seorang daripada dua bangsawan ini sepatutnya menggantikan Constantine XI Palaiologos andainya Konstantinopel tidak jatuh ke tangan Uthmaniyah.

Ini kerana Constantine tidak mempunyai anak untuk mewarisi takhta.

Namun adanya Mehmet II tidak menjadi penghalang untuk Hass Murad berjaya. Hass dipercayai sangat rapat dengan Mehmet II sampai terdapat tuduhan Barat mengatakan mereka mempunyai hubungan sulit.

Tuduhan ini tiada asas pun dalam persuratan sejarah Uthmaniyah. Hass Murad pula diamanahkan banyak kedudukan, yang tidak digunakannya untuk mengkhi4nati Mehmet II.

Mesih Pasha pula berkhidmat sebagai ahli politik Uthmaniyah. Kemuncak kuasanya ialah Ketua Kerajaan Empayar dibawah putera Mehmet II iaiatu Bayezid II.

Beliau memegang tampuk ini selama dua tahun, sebelum meninggalkan Konstantinopel untuk mematahkan pember0nt4kan suku Warsak di Anatolia.

Dikatakan bahawa Bayezid II begitu murka dengan Mesih apabila Perancis dan Venice berpakat untuk meny3r4ng Lesbos.

Mesih khabarnya dip4nah dengan busur Bayezid yang tidak lama kemudian men1ngg4l dunia akibat kec3deraan (Ínalcìk, 1991).

Keagungan Konstantinopel dikembalikan dibawah pemerintahan Sultan Suleiman yang menghiasi kota tersebut dengan senibina dan seni lukisan tidak ternilai.

RUJUKAN:

Ínalcìk, H. (1991). Mesīh Pasha. Encyclopedia of Islam. Leiden.

Sherrard, P. (1965). Constantinople: Iconography of a Sacred City. Oxford University Press. Hlm 139.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.