Selepas Kewafatan Rasulullah S.A.W, Apa Tugas Jibril?

2,679

Agama merupakan warisan paling popular yang pernah diperolehi manusia. Boleh dikatakan semua orang pernah mendengar perkataan “tuhan” dalam bahasa masing-masing, cuma bezanya mereka ada tafsiran dan pemahaman sendiri. Sesetengah pihak pula berpegang yang tuhan ada banyak. Tetapi anutan tauhid senang kata bermaharajalela di dunia ini.

Dalam agama, hierarki paling tinggi mestilah Tuhan. Dan Dia difirmankan mempunyai suruhan-suruhan tersendiri yang tugas mereka tidak lain tidak bukan untuk melaksanakan perintah. Suruhan-suruhan ini terdiri daripada nabi, rasul dan malaikat. Agama Kristian dan Judaisme pun dilihat tidak begitu berbeza, kerana struktur mereka dibina dengan “prophet” (nabi), “patriarch” (ayahanda/rasul) dan “angels” (malaikat).

Persamaan dari segi malaikat itu sangatlah menarik untuk dibincangkan. Sama seperti Islam, semua malaikat dipercayai menggalas peranan dan fungsi berlainan. Malaikat juga dilihat mempunyai sistem sendiri, dimana bilangan yang tidak terhitung kira berada dibawah empat ketua atau panglima malaikat. Mikail (as) memberi rezeki. Israfil (as) meniup sangkakala. Izrail (as) pun mempunyai reputasinya juga, cuma sama ada Illiyin atau Sijjin sahaja.

Seorang panglima yang tidak disebut ialah Jibrail (as). Dia sangatlah popular dalam kalangan masyarakat, sampai dikenali banyak agama. Di sisi Judaisme, Gavri’el (Tuhan ialah Kekuatanku) muncul di hadapan Nabi Daniel. Dia juga dihantar untuk memvsnahkan Jerusalem. Gavri’el juga dipetik Judaisme sebagai malaikat yang memelihara Bani Israil daripada malaikat-malaikat bangsa lain.

Umat Islam pula tidak berpegang kepada kepercayaan sebegitu rupa. Dari Nusantara ke Maghribi, termasuk juga dalam kalangan minoriti bersyahadah di rantau lain, setiap seorang berpegang bahawa malaikat tidak berk0nflik. Atas penglibatan bersama Nabi Muhammad (SAW), Jibril (as) merupakan antara panglima malaikat yang sentiasa disebut. Tugas Jibril (as) dengar saja mudah. Tetapi amanah yang digalas iaitu membawa wahyu-Nya.

Namun memandangkan semua nabi telah wafat (kecuali Isa as), apakah Jibril (as) sudah tiada tugas? Soalan paling berprovokasi, apakah Jibril (as) sedang menganggur? Jawapan yang paling ringkas ialah tidak dan jauh sekali. Walaupun tiada lagi wahyu yang diturunkan, Jibril (as) masih lagi mempunyai tugasan-tugasan lain. Kitab al-Haba’ik fi Akhbaril Mala’ik yang ditulis Jalaluddin as-Suyuthi membahaskan tentang pengelolaan urusan dunia dibawah empat panglima malaikat.

Dalam halaman ke-16, as-Suyuthi menerangkan bahawa: “empat panglima malaikat yang menguruskan dunia dalam riwayat Ibnu Abi Hatin dan Abu-Syaikh (kitab al-‘Uzhmah) dan al-Baihaqi (kitab Syu’abul Iman): Jibril, Mikail, Izrail dan Israfil. Jibril diserahkan tugasan mengatur angin dan para t3nt3ra. Mikail diserahkan urusan hujan dan tumbuh-tumbuhan. Izrail diserahkan tugasan mencabvt ny4w4 dan Israil diserahkan tugas menyampaikan perintah kepada mereka.”

Setiap manusia mempunyai hajat dan keperluan semasa. Dalam konteks inilah as-Suyuthi menjelaskan lagi dalam halaman ke-24:

Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Tsabit bahawa ‘telah disampaikan kepadaku riwayat yang menyatakan bahawa Allah SWT menghantar Jibril (as) untuk menguruskan hajat hidup manusia: ‘Wahai Jibril, Tahan dulu untuk memenuhi hajatnya kerana Aku sungguh senang mendengar lantunan doanya.’ Apabila orang kafir berdoa, Allah pun berkata kepadanya: ‘Wahai Jibril, penuhi apa yang menjadi hajatnya kerana Aku tidak suka mendengar lantunan doanya.”

Berdasarkan pendapat daripada as-Suyuthi ini, Jibril (as) jauh sekali tidak melakukan apa-apa atau sekadar menanam anggur semata-mata di Syurga. Walaupun tiada wahyu perlu diturunkan lagi, kerana al-Qur’an sudahpun dilengkapkan – Jibril (as) tetap menjalankan tugas-tugasan seperti yang diriwayatkan.

Itu yang diketahui. Yang tidak diketahui manusia belum tentu lagi. Mungkin ada, mungkin tiada. Mungkin juga jauh daripada imaginasi manusia yang paling imaginatif sekali.

RUJUKAN:

Jalaluddin as-Suyuthi. (1985) Al-Haba’ik fi Akhbaril Malaik. Darul Kutub al-Ilmiyyah.

Ruangan komen telah ditutup.