Pada tahun 1613 M, anak murid Galileo, Benedetto Castelli pernah dijemput makan oleh pembesar keluarga Medicci. Masa itu dijemput juga para profesor Aristotelian dalam bidang falsafah.

Masa tengah makan, para profesor ini beritahu kepada pembesar ini yang model alam Coppernicus (heliosentrism) bercanggah dengan wahyu.

Castelli balas pandangan itu dengan menyatakan bahawa persoalan saintifik patut dijawab dengan kaedah empirikal dan wahyu terbuka dengan tafsiran.

Kalau terdapat fakta saintifik yang bercanggah dengan wahyu, bukan wahyu yang silap, tetapi tafsiran manusia ke atas wahyu.

Grand Duchess Christina tak puas hati dengan jawapan Castelli. Castelli tulis surat pada Galileo macam mana nak hadapi situasi macam ini. Galileo agak terkejut juga sebab dia tak mahu ada kontroversi dengan para pembesar.

Tapi Galileo tetap tegaskan kepada anak muridnya supaya jangan takut dengan kontroversi dan pertahankan kebenaran.

Surat tersebut menimbulkan kontroversi yang lebih besar. Galileo tulis sendiri surat kepada Grand Duchess Christina untuk menghilangkan percanggahan antara wahyu dan sains empirikal.

Dalam surat tersebut, Galileo kata musuh-musuhnya lebih suka berpegang pada pendapat sendiri daripada kebenaran. Dia menambah lagi yang sistem heliosentrik adalah realiti dan sistem yang sebenar.

Galileo juga cakap kebenaran Bible selalunya samar-samar dan sukar untuk dikorek kebenarannya yang sebenar.

Jadi, ia terbuka dengan kelemahan tafsiran manusia. ‘Kebenaran’ Bible nampak bodoh apabila ia disebut oleh orang bodoh dan tak berpendidikan.

Kemudian, Galileo membuat kenyataan yang menyebabkan dia dicop sebagai pelaku bida’ah (heresy). Dia kata, tafsiran ahli matematik adalah selari dengan wahyu, bukan tafsiran ahli-ahli teologi.

Gereja Katolik belum bersedia menerima ahli matematik sebagai penafsir Bible. Mereka juga belum bersedia menerima sistem heliosentrik.

Ramai para paderi mula mengecam Galileo dan anak-anak muridnya. Ahli matematik masa itu digelar sebagai pengikut syaitan.

Siri-siri perdebatan berlaku antara Galileo dan Gereja. Galileo terus mempertahankan heliosentrism. Akhirnya, Galileo dipaksa menghadap Gereja Vatikan di Rom untuk proses Pasitan (Inquisition).

Inquisition ini semacam seksaan yang dikenakan ke atas seseorang supaya kembali semula ke ajaran Kristian Katolik.

Sampai di sana, Galileo dipaksa untuk tidak berpegang, mempertahankan dan mengajar tentang heliosentrism dengan apa cara sekalipun.

Pada akhirnya dengan keadaan tubuhnya yang sakit, umurnya yang tua dan perasaan takut, Galileo terpaksa membuat pengakuan supaya meninggalkan heliosentrism di hadapan perhimpunan para paderi. Malah, Galileo mengutuk heliosentrism.

Kemudian, Galileo dipenjarakan di rumahnya sendiri seumur hidupnya. Karyanya diharamkan. Akhirnya, Galileo meninggal dunia.

Sewaktu tahun kematian Galileo, Isaac Newton dilahirkan. Kematian saintis agung telah melahirkan saintis agung yang lain.

Selamat Hari Lahir, Galileo (15 Februari)!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.