Selamat Bersara Atuk Undertaker Dari Arena Wrestling

1,792

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

“My time has come to let The Undertaker, Rest In Peace.”

Inilah dialog terakhir ahli gusti lagenda WWE, The Undertaker untuk mematikan karakternya atau dalam erti kata lain, mengisytiharkan persaraannya setelah 30 tahun berkecimpung dalam arena gusti hiburan.

Bagi peminat gusti WWE, keluarnya Undertaker dari arena WWE pasti menyayat hati kepada para peminat yang sekian lama mengikuti perlawanan-perlawanan Undertaker, justeru menjadi sejarah WWE yang paling bermakna.

Bagi bukan peminat gusti WWE, pasti kamu semua tertanya siapakan Undertaker ini? Apakah jasanya sehingga meninggalkan nama yang begitu prolifik dalam dunia gusti WWE. Baik, untuk artikel istimewa ini, saya menceritakan siapakah The Undertaker ini.

AWAL KEHIDUPAN UNDERTAKER

Nama sebenar Undertaker adalah Mark William Calaway. Beliau lahir di Houston, Texas pada 24 Mac 1965, anak bongsu dari keluarga Texas dengan lima orang anak lelaki.

Semasa zaman sekolah, Calaway aktif dalam sukan bola keranjang dan football (ragbi versi Amerika). Sehingga tahun 1985, beliau menyambung pengajian di Texas Wesleyan University di Fort Worth, Texas dengan mengambil kursus pengurusan sukan dan menjadi pemain bola keranjang dalam pasukan Rams.

Melihat kehidupan awal Calaway, beliau mempunyai harapan untuk menjadi pemain bola keranjang terkenal dengan bertubuh besar dan berketinggian 2.08 meter. Tambahan pula, Calaway mendapat tawaran untuk menjadi pemain dalam pasukan Eropah. Walau bagaimanapun, Calaway tidak meneruskan pengajiannya kerana terdapat satu lagi sukan yang lagi beliau minat dan tidak terjangka sukan tersebut menjadikan beliau semakin dikenali ramai, iaitu sukan gusti.

Calaway memulakan karier sebagai ahli gusti pada tahun 1987 di bawah organisasi World Class Championship Wrestling (WCCW). Reputasi beliau agak baik dengan mengungguli dua kejuaraan iaitu USWA Unified World Heavyweight Champion dan WCWA Texas Heavyweight Champion.

Dua tahun kemudian, Calaway bergusti di bawah organisasi baru iaitu World Championship Wrestling (WCW). Dari situ beliau mempunyai gelaran pertama untuk menunjukkan karakter jahat yang bernama “Mean” Mark Callous.

Kemudian, pada bulan Oktober 1990 Calaway menandatangani kontrak baru bersama World Wrestling Federation (WWF). Di sinilah legasi beliau bermula apabila memulakan debut beliau dengan nama Kane The Undertaker.

UNDERTAKER DALAM WWE

Pada tarikh 22 November 1990, The Undertaker muncul di hadapan kamera sebagai pesaing terakhir dalam perlawanan Million Dollar Team Ted DiBiase. Pada ketika itu beliau dipanggil sebagai Mystery Man. Akhirnya pasukan Undertaker menang dalam perlawanan tersebut. Maka, Undertaker mula mendapat perhatian oleh para peminat gusti WWF ketika itu.

Undertaker terkenal dengan karakter berambut panjang, bermuka garang dengan pakaiannya serba hitam dan sentiasa muncul dengan lagu latar menyeramkan. Bersama beliau adalah seorang pengurus bernama Paul Bearer yang sentiasa mendampingi Undertaker dengan mambawa bekas abu mayat.

Pokoknya kehadiran Undertaker sentiasa menaikkan bulu roma sesiapa saja sehingga dikatakan auranya mampu mencabut nyawa bila-bila masa saja.

Tambahan lagi, Undertaker adalah satu-satunya ahli gusti yang ‘berevolusi’ dengan pelbagaikan karakter namun tetap mengekalkan sifat seramnya itu. Sebelum masuk tahun 2000, beliau terkenal dengan gelaran Deadman, berevolusi kepada Lord of Darkness yang memasukkan budaya Gothic, seterusnya masuk ke bentuk Ministry of Darkness yang mempunyai unsur satanik dan ilmu hitam.

Masuk tahun 2000 karakter Undertaker mempunyai perubahan ketara. Undertaker mengambil watak penunggang motorsikal yang membawa bendera AS. Bentuk ini beliau gelarkan sebagai ‘American Bad Ass’. Selama 4 tahun Undertaker berada dalam bentuk tersebut, akhirnya beliau kembali dengan bentuk Deadman semula, bersesuaian dengan drama dibangkitkan semula selepas ‘dikubur’ oleh lawannya, Kane.

BROTHER OF DESTRUCTION

Demi meneruskan gimik dan karakter Undertaker, penceritaan adalah perkara yang wajid dalam dunia WWE. Saat Undertaker berada dalam bentuk Lord of Darkness, Paul Bearer mengorek kisah gelap Undertaker di mana beliau pada waktu kecil pernah membu-nuh ibu-bapanya dengan memba-kar rumahnya dan membakar muka adik lelakinya.

Pada mulanya Undertaker menafikan kisah itu namun Paul telah memanggil adik lelaki itu muncul dengan bertopeng merah dan berpakaian merah berapi. Ahli gusti serba merah itu adalah Kane (Glenn Thomas Jacobs) yang muncul dan ingin membalas dendam kepada Undertaker.

Undertaker kemudian akur yang dialah yang membakar muka Kane dan membu-nuh keluarganya. Dari situ mereka berdua bergusti demi mencapai dendam Kane namun gagal. Akhirnya Kane akur dan mereka berdua menubuhkan pasangan yang menakutkan, iaitu Brother of Destruction pada 1997.

Hasil gabungan dua ‘adik-beradik’ ini, mereka perolehi 3 kejuaraan iaitu WWF World Tag Team Championship sebanyak 2 kali dan WCW Tag Team Championship.

KEJUARAAN UNDERTAKER

Sepanjang Undertaker beraksi dalam WWE (bertukar nama dari Federation ke Entertainment), beliau mengungguli sebanyak 17 kejuaraan. Antara kejuaraan tersebut adalah:

  1. WWF/WWE Championship (4 kali)
  2. World Heavyweight Championship (3 kali)
  3. WWF Hardcore Championship
  4. WWF World Tag Team Championship (6 kali)
  5. WCW Tag Team Championship
  6. Royal Rumble 2007
  7. Tuwaiq Mountain Trophy 2020

Kejuaraan-kejuaraan inilah menjadikan Undertaker bukan calang-calang ahli gusti yang patut dipandang rendah dalam gelangang gusti.

Selain itu, kejuaraan yang menjadi simbolik bermakna dalam dunia WWE adalah kemenangan berturut-turut Undertaker dalam penganjuran sukan tahunan WrestleMania.

Sejak WrestleMania VII, Undertaker pertama kali mengalahkan lawannya iaitu Jimmy Snuka, sehinggalah WrestleMania seterusnya, Undertaker sentiasa menang sehinggalah muncul nama ‘The Streak’ iaitu nama bagi kemenangan berturut-turut Undertaker.

Sebanyak 21 kemenangan Undertaker peroleh sehingga menjadikan beliau sebagai ahli gusti yang mempunyai kemenangan berturut-turut paling banyakm dalam Guiness World Records pada 2016.

Bertahun-tahun para peminat bertanya siapakah ahli gusti mampu menamatkan Yhe Streak milik Undertaker ini? Sepertinya beliau tidak mampu dikalahkan sesiapa. Sehinggalah WrestleMania XXX pada tahun 2014, ahli gusti bernama Brock Lesnar mampu menamatkan The Streak itu dengan mengalahkan Undertaker.

PERLAWANAN UNIK UNDERTAKER

Sepanjang juga Undertaker berada dalam WWE, beberapa konsep gelanggang gusti WWE ditambah dan menjadi perlawanan baru bagi menyesuaikan karakter Deadman beliau, antaranya adalah:

  1. Casket Match pada Survivor Series 1992. Perlawanan dengan menghumban lawan ke dalam keranda dan menutupnya sendiri. Pemenang ditentukan kepada ahli gusti yang berjaya masukkan lawan menutup keranda.
  2. Buried Alive Match pada 1996. Konsep yang sama dengan Casket Match tapi menguburkan lawan. Pemenang ditentukan kepada ahli gusti yang berjaya menguburkan lawannya.
  3. Hell in a Cell Match pada Oktober 1997. Gelanggang dikurung oleh penjara berupa rantai besi dan cara menang adalah membuka kunci pada pintu utama dan keluar sendiri. Apa-apa cara untuk tumbangkan lawan adalah dibenarkan.

Kesemua perlawanan-perlawanan baru ini telah dirasmikan oleh Undertaker sendiri sebagai cara keunikan cara berlawan Undertaker.

UNDERTAKER PADA AKHIR KARIER

Pada tahun-tahun sebelum 2020, Undertaker mengalami masalah kesihatan yang teruk akibat karier berbahaya beliau. Banyak kali beliau menjalani pembedahan dan kemoterapi demi mengekalkan badan sihatnya.

Masuk tahun ini, beliau ingin menamatkan kariernya bagi memberi peluang kepada tubuhnya untuk berehat. Pada bulan Jun-Julai, Undertaker membenarkan kisah hidupnya didokumentari dan beliau sendiri mengisahkan kisah hidup sebagai ahli gusti WWE.

Sepanjang perjalanan Undertaker menuju persaraan, ramai bintang gusti terkenal mengenangkan kenangan bersamanya, terutamanya pesaing-pesaing yang pernah Undertaker lawan seperti Triple H, Shawn Micheals, Big Show, Bert Hart, Steve Austin, dan pengurus WWE sendiri iaitu Vince McMahon yang merupakan kawan baik Undertaker.

Malah, Dwayne ‘The Rock’ Johnson yang kita kenal pun tabik dan berterima kasih kepada Undertaker kerana diberi peluang kepada dirinya untuk berlawan bersama!

Pada 22 November 2020 dalam Survivor Series, Undertaker mengisytiharkan persaraannya dari arena gusti WWE. Jasamu dalam arena gusti WWE pasti dikenang semua, The Phenom

#ThankYouTaker

RUJUKAN:

Biography of Undertaker. WWE Network. https://www.wwe.com/superstars/undertaker

Segalov, M. (23 November 2020). WWE’s the Undertaker: ‘The human body isn’t made to take what we do to it’. The Guardian. Retrieved from 24 November 2020. https://www.theguardian.com/culture/2020/nov/23/wwe-the-undertaker-the-human-body-isnt-made-to-take-what-we-do

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.