Hiroo Onoda baru berusia 18 tahun ketika dia didaftarkan untuk menyertai pasukan Infantri Tentera Imperialis Jepun. Pada waktu itu, dia adalah salah seorang dari kebanyakan pemuda yang dikerahkan untuk menyokong agenda pera.ng Jepun. Tetapi Onoda telah membezakan dirinya sendiri sehingga dia hampir menjadi watak mitos.

Penulis pasti semua orang tentu sudah pernah mendengar sesuatu tentang dia, tetapi tidak ramai yang mengetahui kisah sebenar askar yang telah menghabiskan puluhan tahun usianya berjuang dalam ‘pera.ng’ yang telah berakhir tahun-tahun sebelumnya, atau apa yang telah dilakukan askar ini untuk meneruskan kelangsungan hidupnya.

Dilahirkan pada tahun 1922, Onoda dengan mudah terpilih untuk latihan kecerdasan khas.  Dia mempelajari taktik pera.ng ge.rila, falsafah, sejarah, seni mempertahankan diri, propaganda, dan operasi sulit. Pada tahun 1944, dia telah bergelar sebagai seorang pegawai, dia dikirim ke Pulau Lubang, 150km di barat daya Manila di Filipina, semasa bahang Pera.ng Dunia Kedua semakin berkurangan.

Perintah yang diterima Onoda adalah jelas: untuk menghentikan sera.ngan mu.suh di pulau itu (termasuk memus.nahkan landasan udara yang dia jejaki), dan jangan sesekali menyerah kalah atau mencabut nyawanya sendiri.

Onoda menganggap kedudukannya sebagai pegawai dan arahan yang diterimanya itu sebagai satu amanah besar. Sekiranya dia tidak berjaya melaksanakannya, dia akan merasa malu. Tambahan pula dia adalah seorang yang sangat kompetitif.

Satu-satunya arahan tersebut menjadi sumber kekuatan yang mendorong semangat Onoda. Dia terlibat dalam pera.ng ge.rila, dan pada tahun 1945, ketika Jepun menyerah kalah tanpa syarat, Onoda menganggap semua itu tipu sebagai propaganda dan tipu muslihat, maka dia meneruskan hidup dengan berpegang kepada arahan yang sama – jangan sesekali menyerah kalah.

Hiroo Onoda dibawa keluar dari hutan.

Untuk berkomunikasi dengan seorang tentera seperti Onoda, yang bersembunyi di tengah hutan, bahawa mereka kini sudah boleh pulang ke kampung halaman, pihak Jepun menyebarkan kertas risalah dari udara. Tetapi Onoda masih tidak mempercayai berita itu.

Onoda beranggapan bahawa risalah yang disebarkan itu dipenuhi dengan kesalahan, jadi dia menilai semua itu sebagai plot oleh Amerika. Onoda yakin bahawa risalah itu adalah propaganda Sekutu, yang bertujuan untuk menangkap tentera Jepun yang masih berjuang.

Bersama dengan tiga lagi askar yang lain, Onoda terus berjuang secara ge.rila.  Mereka meneruskan hidup dengan memakan buah pisang dan kelapa, adakalanya mereka mencuri hasil tuaian padi dari para petani tempatan. Mereka membu.nuh 30 penduduk pulau selama bertahun-tahun dan mengelak dari berbalas tem.bakan dengan pihak polis.

Pada tahun 1950, salah seorang askar pelarian yang lain bersamanya, Yuichi Akatsu, bertindak menyerah diri kepada pihak berkuasa Filipina. Onoda berpendapat bahawa tindakan itu boleh menimbulkan bahaya yang lebih besar baginya dan dia lebih berhati-hati selepas itu.

Seorang lagi tentera, Shoichi Shimada, telah ditem.bak ma.ti pada tahun 1954 oleh pegawai polis pulau. Kemudian, Prebet Kelas Pertama, Kinshichi Kozuka, sekutu terakhir Onoda, juga ditem.bak oleh polis tempatan pada tahun 1972. Setiap kejadian tem.bak menem.bak ini tidak membantu langsung, bahkan semakin mengukuhkan idea Onoda bahawa pera.ng masih berlanjutan.

Onoda semasa upacara penyerahan peda.ng

Selama 29 tahun, Onoda tinggal di tengah hutan, yang kebanyakannya menjadikan gua bawah tanah sebagai lokasi penempatannya. Dia menghabiskan waktunya untuk mengumpulkan maklumat tentang pergerakan mu.suh, kerana tugasnya mengharuskan dia melakukannya. Untuk dua tahun yang terakhir, tinggallah dia bersendirian.

Onoda mempamerkan ciri-ciri yang jarang dilihat oleh dunia moden, iaitu ciri-ciri seorang anggota tentera yang terbaik, tekad berdikari, kemahuan yang tidak berbelah bagi, ketaatan, kesetiaan, dan pengor.banan. Ternyata, kemahiran yang dia pelajari dalam latihan awal kariernya akhirnya terbukti menjadi sangat penting untuk kelangsungan hidupnya.

Kebiasaannya, setiap pegawai tentera Jepun akan bersedia untuk ma.ti sekiranya menemui jalan buntu sebagai kaedah untuk terus memastikan maruah mereka tidak tercalar dengan ditangkap pihak mu.suh. Tetapi, sebagai seorang pegawai perisik, Onoda agak berbeza, dia diperintahkan untuk melaksanakan misi pera.ng ge.rilanya dan bahkan dia ‘tidak diizinkan’ ma.ti.

Onoda secara rasmi pernah diisytiharkan telah terkor.ban pada tahun 1959, tetapi seorang pelajar Jepun, Norio Suzuki, menolak untuk mempercayainya. Pada tahun 1974 iaitu hampir 30 tahun setelah Pera.ng Dunia Kedua berakhir, Suzuki memulakan perjalanannya untuk menjejaki tentera yang hilang itu. Apa yang menakjubkan, dia berjaya mengesan Onoda hanya dalam masa empat hari sahaja selepas memulakan pencariannya.

Hiroo Onoda semasa muda

Pasangan itu dengan mudah menjadi kawan rapat, tetapi Onoda memberitahu Suzuki bahawa dia hanya akan menyerah setelah menerima perintah rasmi. Suzuki kemudian kembali ke Jepun membawa bersama dengannya beberapa keping gambar untuk membuktikan pertemuan dia dengan Onoda, dan dia segera mencari bekas pegawai pemerintah skuad Onoda yang masih hidup, Mejar Yoshimi Taniguchi, yang telah bersara semenjak pera.ng telah lama berakhir.

Musim bunga berikutnya, Suzuki kembali ke pulau tersebut bersama Taniguchi, yang secara rasmi telah melepaskan Onoda dari tugasannya, setelah itu barulah Onoda dengan airmata yang mengalir menyerahkan dirinya secara rasmi.

Dia membawa bersama-sama sebilah pe.dang, sepucuk sena.pang Arisaka Type 99 yang masih berfungsi, 500 butir pel.uru, beberapa b.om tangan, dan sebilah pisau yang diberikan ibunya pada tahun 1944 untuk membu.nuh diri jika dia tertangkap.

Hiroo Onoda semasa keluar dari hutan pada tahun 1974

“Walau memakan masa selama tiga tahun, mungkin lima tahun, tetapi apa pun yang berlaku kami akan kembali untuk kamu,” Mejar Yoshimi Taniguchi telah berjanji kepada Hiroo Onoda yang masih muda pada awal perkhidmatannya.  Sesuai dengan janji-janjinya, Taniguchi akhirnya kembali jua untuk Onoda.

Ketika Onoda kembali ke Jepun pada tahun 1974 pada usia 52 tahun, dia masih menyarungkan pakaian seragam Imperialis Jepun yang lama. Dia menerima pengampunan oleh Presiden Marcos dari Filipina atas jena.yah terhadap penduduk kampung yang dilakukan semasa dia masih percaya bahawa dia sedang berpera.ng. Keluarganya, yang menyangkakan dia sudah ma.ti, melihatnya buat pertama kalinya sejak dia berusia 22 tahun.

Hiroo Onoda semasa usia tua

Dengan Jepun kini sebagai sebuah negara moden yang tidak dikenali, Onoda berjuang untuk menyesuaikan dirinya sendiri. Setahun setelah kepulangannya, dia berpindah ke São Paulo, Brazil, antara wilayah komuniti Jepun terbesar di negara asing untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang. Bahkan dia bertemu dengan seorang wanita Jepun di sana, yang menjadi pasangan hidupnya. Sehinggalah tahun kema.tiannya pada tahun 2014, pasangan itu telah tinggal di antara kedua-dua negara tersebut.

Ketika ditanya pada tahun 1974 apa yang terlintas di benak fikirannya selama 29 tahun berada di dalam hutan itu, Onoda hanya mengatakan, “tidak ada yang perkara lain yang aku fikirkan melainkan mahu melaksanakan tugasku.”

RUJUKAN:

Alex, Myall. (February 2021). Great Survival Stories: The Japanese Soldier Who Refused to Believe the W.ar was Over. Explorersweb.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.