Selama 10 Tahun, Tiada Bayi Lelaki Lahir Di Kampung Ini

485

Sebuah kampung kecil di Poland, kampung Miejsce Odrzanskie telah menjadi tarikan di seluruh dunia kerana tiada bayi lelaki yang lahir di kampung ini selama 10 tahun. New York Times menggelar keadaan ini sebagai “strange population anomaly”.

Datuk bandar menyatakan kampung ini mempunyai tarikan saintifik – mungkin dalam kalangan ahli genetik untuk mengkaji fenomena pelik yang berlaku di kampung ini ketika mengulas artikel yang diterbitkan oleh New York Times itu. Penduduk kampung pun tidak tahu mengapa anomali ini boleh berlaku tetapi ramai merasakan hal ini hanyalah kebetulan yang begitu ekstrim.

Anomali ini sama seperti melempar syiling. Apabila perempuan mengandung, dia akan melahirkan dua saja jantina – lelaki ataupun perempuan. Maka lelaki dan perempuan masing-masing mempunyai ½ kebarangkalian.

Kita juga boleh anggap setiap kelahiran tidak dipengaruhi dengan kelahiran sebelumnya – ini bermaksud, seorang ibu yang melahirkan bayi perempuan bukanlah bermakna ibu lain akan dipengaruhi melahirkan bayi perempuan juga.

Kebarangkalian melahirkan bayi dua bayi perempuan tanpa diselangi bayi lelaki mempunyai kebarangkalian sebamnyak ½ x ½ = ¼ . Maka, kalau kita kira kelahiran 12 bayi perempuan yang baru lahir baru-baru ini di kampung tersebut, maka kebarangkalian hal itu berlaku adalah sebanyak 1/4096. Hal ini sangat sukar dan ekstrim untuk berlaku.

Menurut pangkalan data daripada GeoNames, terdapat 200,000 kampung yang mempunyai fenomena seperti yang berlaku di kampung Miejsce Odrzanskie. Berdasarkan data ini, kita boleh jangka sebanyak 50 buah bandar yang mempunyai kelahiran 12 bayi perempuan secara berturut-turut.

Antara sebab kampung Miejsce Odrzanskie menjadi popular ialah jangka masa 10 tahun itu. Satu dekad tiada bayi lelaki yang lahir. Ia tempoh yang cukup lama. Tambah lagi, kampung itu kecil – didiami hanya seramai 272 orang yang mempunyai kadar kelahiran tidak lebih dari seorang setahun. Sebab itulah ia menjadi perhatian antarabangsa.

Rujukan.

  1. https://www.sciencealert.com/only-girls-have-been-born-in-this-polish-village-for-the-10-years-what-s-going-on?perpetual=yes&limitstart=1
  2. https://www.nytimes.com/2019/08/06/world/europe/poland-village-girls-no-boys.html

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.