Sekeping Gambar, 1000 Persepsi

0
975
views

Gambar yang paling banyak dishare dalam media sosial hari ini.

Gambar yang boleh ditafsirkan dengan seribu satu tafsiran. Tak tau jurugambar mana yang genius sangat, tapi gambar ini berjaya memuatkan hubungan tegang dan retak negara-negara G7 (US, Kanada, UK, Perancis, Jerman, Itali, Jepun) dalam satu gambar.

Isunya baru-baru ini US teruskan pengenaan tarif perdagangan ke atas barangan Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada. EU dan Kanada mengancam untuk membalas tarif US. Trump tak kisah, katanya tindakan US adalah munasabah kerana selama ini EU dan Kanada mengamalkan “unfair trade practices”. Bingung G6 dibuatnya.

Dari perspektif Jerman (selaku pemimpin EU), gambar ini menonjolkan kedudukan Jerman sebagai “leader of the free world” dalam menghadapi US yang kini merupakan ancaman kepada globalisasi. Gambar yang dimuatnaik pada akaun Instagram Angela Merkel siap pakai filter lagi untuk menampakkan lebih banyak cahaya dekat Merkel.

Dari perspektif US pula, nampak macam US ditekan oleh G6. Maka benarlah apa yang Donald Trump kata, US dieksploit oleh EU dan sekarang tugas Trump adalah untuk mempertahankan kepentingan negara US, “unapologetically”.

Kedudukan Emmanuel Macron (Perancis) dan Theresa May (UK) pula seolah-olah menggambarkan kedudukan Perancis dan UK yang semakin merosot dan “insignificant”, nampak side profile saja. Justin Trudeau lagilah, tak tau mana pergi. Patut kena bambu dengan Trump dekat Twitter.

Dan ada yang sengeh dan gelak sorang-sorang melihat gambar ni. Namanya Vladimir Putin. Tuhan bayar cash atas tindakan G7 halau Rusia keluar daripada G8 waktu 2014 dahulu.

Ni kalau dapat kat orang Malaysia, boleh buat cerpen Samarinda:

“Dia terdiam…”