Ucapan Donald Trump yang dilaporkan bahawa beliau mahu menutup pintu Amerika Syarikat terhadap Muslim “sehingga wakil-wakil negara kita dapat menentukan apa yang sedang berlaku” pernah mengejutkan dunia. Stigma Islamofobia semakin meletus susulan serangan Paris dan San Bernardino, dan dasar sebegini tidaklah mengejut apabila datang daripada Parti Republikan.

Lalu CNN yang dinaungi Parti Demokrat mendedahkan satu perkara yang relatif. Seketika Donald Trump membiarkan api terbakar antara golongan liberal dan konservatif, CNN menceritakan kebenaran mengenai orang Islam di Amerika Syarikat.

Bermula dengan paranoia bahawa Hukum Syariah akan menguasai Amerika Syarikat: perkara ini sangatlah jahil daripada golongan haluan kanan Amerika. Orang Islam sebenarnya 1% daripada populasi dewasa Amerika Syarikat [1]. Dalam masa 40 tahun, angka mereka dijangka berkembang menjadi 2.1% dan 63% daripada golongan ini adalah imigran.

Orang-orang Islam memiliki pencapaian akademik kedua terbaik di Amerika Syarikat [2]! 40% daripada mereka berjaya mendapat ijazah pun [3]. Ini bermakna mereka lebih berakademik daripada rakyat lain, hanya dibelakangi minoriti Yahudi.

Fitnah bahawa orang-orang Islam tidak adil dari segi jantina pun ditemui dangkal. Memang benar ada negara Islam yang membuat diskriminasi terhadap wanita, satu kejahilan apabila wanita tidak dibenarkan memandu, bekerja mahupun menunggang motosikal. Namun status kelas kedua ini tidak wujud dalam minoriti Amerika. Wanita pula lebih berakademik daripada lelaki dalam kumpulan agama Islam sana sehinggakan ada yang memiliki ijazah postgraduate pun. GCMS mendedahkan bahawa minoriti Islamlah yang paling berpelbagaian di Amerika [4].

Dan ya, orang Islam telah ada di Amerika Syarikat sejak kelahiran negara tersebut. Hampir ¼ hamba-hamba Afrika yang dihantar ke Amerika didapati beragama Islam [5]. Mohammed Alexander Russell Webb adalah salah satu daripada ramai yang memeluk Islam di Amerika. Mu’alaf ini membina masjid dan misi dakwah di Bandaraya New York pada 1893. Masjid pertama yang dibina untuk perkhidmatan komuniti pula berdiri di Ross, Dakota Utara pada 1929. Dan masjid tertua Amerika (yang masih wujud) bermegah dengan cahaya Allah di Cedar Rapids, Iowa, dibina pada 1934.

Maka kenyataan kontroversi Barack Obama memang benar: “Islam telah dijahit dalam fabrik masyarakat kita sejak negara kita lahir lagi [6].” Meskipun dihina, beliau benar memiliki ilmu tinggi tentang asal usul masyarakat di Amerika Syarikat.

Ramai juga berpendapat bahawa umat Islam mempunyai mentaliti tumpul. Tetapi ditemui 57% rakyat Islam Amerika berpendapat ada banyak cara untuk tafsirkan ajaran Islam, tidak semestinya terikat kepada satu abstrak semata-mata [7].

Dari sini tibanya kepada tuduhan utama iaitu keganasan. Daripada 11 September 2001 sehingga 2014, seramai 109 rakyat Islam membuat sasaran keganasan di Amerika Syarikat. Mangsa mereka adalah 50 orang. Tetapi kes tembakan dalam garisan masa yang sama mencatatkan pembunuhan sebanyak 136 orang [8], iaitu lebih daripada dua kali ganda daripada kes keganasan orang Islam. Begitu juga dengan penemuan daripada data Biro Penyiasatan Persekutuan AS, bahawa 94% daripada keganasan di Amerika Syarikat dibuat oleh golongan bukan Islam [9] dalam suatu garisan masa 30 tahun!

Jadi dimana suara umat Islam Amerika yang diam ibaratkan ular apabila “saudara seagama” mereka membuat kejahatan sedemikian?

Ada sebenarnya.

Universiti Duke mendapati bahawa suspek dan pelaku keganasan sebenarnya banyak didedah oleh golongan minoriti Islam di AS [10]. Malah minoriti Islam lebih banyak membuat aduan sebenarnya! Data kerajaan tidak menipu. Malah kajian Pew Research membongkarkan lebih daripada setengah minoriti ini berpendapat ulama’ dan khutbah Islam tidak begitu keras menentang keganasan atas nama Islam.

Kompilasi ini disediakan pihak CNN demi mempertahankan penubuhan Amerika Syarikat sebagai salah satu negara imigran paling berjaya di dunia.

Terima kasih, Ted Turner.

[1] http://www.pewresearch.org/fact-tank/2017/08/09/muslims-and-islam-key-findings-in-the-u-s-and-around-the-world/

[2] https://www.cfr.org/backgrounder/muslims-united-states

[3] https://www.pbs.org/wgbh/frontline/article/america-and-muslims-by-the-numbers/#readings

[4] https://www.dallasnews.com/opinion/commentary/2018/01/23/think-terrorist-muslim-americans-starting-fight-back-feds-watch-list

[5] https://www.tolerance.org/magazine/publications/what-is-the-truth-about-american-muslims/american-muslims-in-the-united

[6] https://www.cnsnews.com/news/article/susan-jones/obama-islam-has-been-woven-fabric-our-country-its-founding

[7] http://www.pewforum.org/2015/05/12/americas-changing-religious-landscape/?utm_expid=53098246-2.Lly4CFSVQG2lphsg-KopIg.0&utm_referrer=http%3A%2F%2Fwww.people-press.org%2F2011%2F08%2F30%2Fmuslim-americans-no-signs-of-growth-in-alienation-or-support-for-extremism%2F%3Fbeta%3Dtrue

[8] [9] https://sites.duke.edu/tcths/files/2013/06/Kurzman_Terrorism_Cases_Involving_Muslim-Americans_2014.pdf

[10] http://www.globalresearch.ca/non-muslims-carried-out-more-than-90-of-all-terrorist-attacks-in-america/5333619


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.