Kota Seville yang agung adalah ibu kota pilihan pada awal zaman kebangkitan pemerintahan Islam di Sepanyol. Selain kemakmurannya, dengan kekayaan sejarahnya sejak zaman Rom, ia terletak hampir 100km dari garis pantai.

Hasilnya, meskipun tidak memiliki tembok kota, kota itu nampaknya terlindung dari ancaman ser.angan laut, dan ia menjadikannya lokasi yang cukup ideal untuk menyimpan begitu banyak harta kekayaan Emiriah al-Andalus.

Kekebalan ini bagaimanapun diha.ncurkan tanpa dijangka pada tahun 844 apabila pada suatu pagi di bulan Oktober, 54 buah perahu panjang mendayung menyusuri Sungai Guadalquivir dan mendarat di tebing berumput di pinggir Seville.

Dalam masa beberapa minit, beratus-ratus pejuang Viking turun dari sampan dan bergegas ke kota yang tiada benteng pertahanan itu. Dengan memegang kapak tradisi mereka dan jeritan ‘warcry’,  para pejuang Viking meluangkan masa pada hari itu dengan menimbulkan kekacauan. Mereka mengambil harta rampasan dan taw.anan dalam jumlah besar, sebelum kembali ke kem mereka di Muara Doñana.

Reaksi Al-Andalus

Pada hari-hari berikutnya semakin ramai penyer.ang Viking tiba dan mereka terus menja.rah dan memus.nahkan Seville dalam tempoh seminggu lagi, sementara warga kota melarikan diri ke kota Carmona yang berdekatan.

Sungai Guadalquivir

Sementara itu, orang-orang Islam, yang dibawah perintah Abd al-Rahman II mengirim bala bantuan dan pada awal November, mereka melancarkan ser.angan balas.

Dengan sokongan pasukan tentera berkuda Umayyah yang terbaik, tentera Islam mengakibatkan kor.ban yang besar terhadap tentera Viking, ramai di antara mereka yang dihu.kum ma.ti seiring dengan rakan seperjuangan mereka yang berundur pada skala penuh.

Walaupun berjaya menghentikan pencero.bohan, episod itu meninggalkan trauma terhadap para penguasa dan warga kota Seville, ini menyebabkan mereka menghabiskan banyak dekad berikutnya untuk meningkatkan kualiti pertahanan dalam persediaan sebarang kemungkinan ser.angan baru di masa depan.

Yang paling penting, ini antara faktor utama pembentukan angkatan tentera laut yang berdiri buat pertama kalinya di al-Andalus, satu keputusan yang berperanan mengubah sebuah emiriah Islam menjadi kuasa besar Eropah pada abad ke-9.

Perahu panjang Viking

Tentera laut yang baru dibentuk membolehkan al-Andalus mengawal selat antara Eropah dan Afrika, serta sebahagian besar Mediterranean. Mereka mendirikan kubu-kubu kuat di selatan Perancis (Frejus), yang berfungsi sebagai pangkalan untuk melancarkan ser.buan di sepanjang Sungai Rhone, dan mereka juga menguasai perairan di sekitar Mallorca dan Pantai Catalan.

Penguasaan maritim ini memungkinkan al-Andalus menguasai perdagangan di rantau ini, baik dari segi memperdagangkan barangan mereka sendiri atau dengan merampas aset dan kepentingan pesaing mereka.

Kembalinya Viking

Tempoh selama 14 tahun diperlukan sebelum Viking berusaha untuk kembali ke al-Andalus. Kali ini, umat Islam sudah ada persediaan yang rapi. Pada tahun 858, angkatan laut yang baru terbentuk memintas perahu panjang Viking di luar pantai Lisbon, memaksa Viking untuk meninggalkan perancangan mereka yang mahu menyer.ang lembah di sekitar Seville.

Namun, Viking tidak berhenti dan mereka dengan cepat mengubah rancangan dengan meneruskan perjalanan di sepanjang pantai selatan Sepanyol. Mereka menja.rah kota pelabuhan Algeciras, membakar masjid-masjid dan merampas sejumlah besar harta.

Setelah dihambat oleh angkatan tentera laut, mereka berkeliaran di sekitar pantai Sepanyol dan mendirikan pangkalan untuk musim sejuk di selatan Perancis, di Delta Camargue.

Perdagangan Islam-Viking

Pada musim bunga 859, Viking berlayar kembali ke arah al-Andalus, menyer.ang Mallorca dalam perjalanan ke Atlantik dan perjalanan pulang ke Scandinavia. Namun, emir yang baru – Muhammad I – telah menjangkakan langkah itu dan mengejar armada Viking sejurus mereka meninggalkan Mallorca.

Tentera Viking berada dalam situasi yang berbahaya, dengan perahu panjang mereka yang tak dapat menandingi keupayaan kapal-kapal lasak yang memang tujuan pembinaannya adalah untuk memperkuatkan tentera laut al-Andalus.

Namun, tanpa disangka-sangka, pejuang Viking mengejutkan tentera Islam dengan menghala terus ke daratan Sepanyol dan memasuki Sungai Ebro, di selatan Barcelona.

Mereka terus menyusuri Sungai Ebro, yang jauh lebih mudah dilalui oleh perahu panjang mereka berbanding kapal laut besar Angkatan Laut al-Andalus, dan terus mendayung ke hulu. Mereka melintasi jambatan zaman Rom yang mengagumkan di Zaragoza – kota Andalusia terbesar di utara Sepanyol.

Mereka akhirnya turun berhampiran kota Pamplona dan, demikianlah sifat Viking, mereka menja.rah kota itu dan menawan Raja Kristian tempatan bernama Garsea.

Bersama dengan harta rampasan, tahanan dan perahu panjang, mereka mara ke bukit-bukit desa Basque ke Teluk Biscay. Di sini mereka sekali lagi menja.rah dan akhirnya ber.angkat kembali ke tanah air mereka, membawa muatan yang penuh dengan harta rampasan dan taw.anan untuk dijual sebagai hamba.

Legasi Viking di Sepanyol & Eropah

Pengembaraan Viking yang epik ini dipimpin oleh Bjorn Ironsides dan Hastein – anak lelaki kepada tokoh legenda Ragnar Lodbrok.  Puak Viking tidak lagi kembali ke Al-Andalus sehingga tahun 960-an dalam usaha mereka menyer.ang Lisbon.

Namun, pada waktu ini, kerajaan Islam al-Andalus sudah pun menjadi sebuah kekhalifahan yang sangat kaya dan kuat, maka al-Andalus mampu menewaskan para pencero.boh dengan amat mudah.

Hubungan antara Viking dan Al-Andalus tak berakhir di situ saja. Menjelang abad ke-10, kebanyakan orang Viking telah meninggalkan kepercayaan asal mereka dan telah memeluk agama Islam atau Kristian.

Emir Córdoba dan pegawainya, menurut teks abad keenam belas.

Termasuk di antaranya adalah seorant tokoh bernama Rollo yang sebagai sebahagian dari perjanjian untuk menamatkan permusuhan dengan raja-raja Frank, telah diberi gelaran ‘Duke of Normandy’.

Ya, istilah ‘Normandy’ berasal dari perkataan ‘Northmen’ dalam bahasa Scandinavia yang bermaksud orang utara, dan ia dinamakan sebagai penghormatan kepada Rollo selaku pemimpin pertama yang memerintah Normandy. Ramai orang Viking mengikuti ketua-ketua mereka dan menjadi kaum paling dominan di wilayah Normandy.

Peneroka Norman kemudiannya menjadi antara kumpulan yang paling aktif dalam Per.ang Salib pada abad pertengahan. Mereka aktif di Jerusalem, Konstantinopel dan di semenanjung Iberia, di mana mereka memimpin dan menyokong tentera Kristian dalam ser.angan terhadap umat Islam al-Andalus.

Benar, cicit kepada Rollo adalah William the Conq.uerer – atau William I dari England. Pembaharuannya di England membantu membina haluan yang akan menghasilkan banyak pertembungan dan pertem.puran dengan Sepanyol dalam 950 tahun berikutnya.

Viking, Islam dan Abbasiyyah

Dari abad kelapan hingga kesebelas, orang Viking terkenal kerana mereka berkeliaran di seluruh dunia dan menempuh jarak yang jauh, yang sebelum itu sebilangan ahli sejarah mendapati ia adalah suatu prestasi yang tidak pernah ditemui sebelumnya.

Ekspedisi mereka dikatakan telah meluas dari Eropah Barat ke Asia Tengah, dari sinilah sumber-sumber menunjukkan sejauh mana orang Viking berhubung dengan Dunia Islam di masa silam.

Walaupun Viking telah menja.rah beberapa kota di Eropah Barat dan Timur, sejarawan menggariskan bahawa di negara-negara pemerintahan Islam seperti yang diperintah oleh Abbasiyah, Viking menemui “emporium di luar impian terliar mereka”

Wilayah-wilayah Abbasiyah, terutamanya ketika di bawah kekuasaan Harun al-Rashid, biasa berinteraksi dengan orang dari berbagai etnik dan kepercayaan. Ini terbukti dari para sarjana yang berasal dari pelbagai latar belakang dan juga sumber-sumber yang diperolehi dan diterjemahkan di institusi seperti Baitul Hikmah.

Harun al-Rashid menerima kunjungan delegasi yang dihantar oleh Charlemagne di istananya.

Bukti hubungan antara Raja Charlemagne dan Harun al-Rashid menunjukkan mungkin mereka mempunyai hubungan baik. Beberapa sumber berpendapat hubungan antara Harun al-Rashid dan Raja Charlemagne amat progresif sehingga Harun al-Rashid menghadiahkan pelbagai barang termasuk beberapa jenis minyak wangi bersama dengan jam air yang diperibadikannya sendiri.

Ini kelihatan bertentangan dengan hubungan Raja Charlemagne dan Viking yang diyakini telah memandang mereka sebagai menjiji.kkan sehingga dia menangis semahu-mahunya memikirkan keja.hatan apakah yang akan mereka lakukan terhadap keturunan dan rakyatnya.

Bagaimanapun, pihak Abbasiyyah telah mengambil kesempatan ini untuk membangunkan hubungan yang kuat dengan Viking, membangun ikatan bersama antara pedagang dan peniaga sebagai hasilnya.

Lebih-lebih lagi, sama seperti para pedagang dari dunia Muslim, pedagang Viking juga mempraktikkan sistem barter untuk memperdagangkan barang terutamamya melalui komoditi seperti bulu, madu, kulit, gading, ikan dan komoditi lain. Ini sebagai ganti perak yang berharga dan mahal pada masa itu.

“Pedagang Viking membawa duit syiling perak Abbasiyah dalam jumlah besar ke Scandinavia;  ribuan telah dijumpai di Rusia dan Baltik,” menurut laporan oleh Timothy F. H. Allen, Joseph A. Tainter dan Thomas W. Hoekstra dalam buku mereka,“Supply-Side Sustainability”.

Benar, penggalian di kebanyakan tapak di negara-negara Scandinavia pada waktu ini boleh dikatakan kerana terjemahan dari catatan tersebut yang dibuat oleh pelayaran dan cendekiawan dari negara-negara Muslim ke dalam bahasa Eropah. Profesor Thomas S. Noonan juga menekankan bahawa ia adalah stok dirham (syiling Arab) yang membantu mendorong Zaman Viking.

Lebih-lebih lagi, dirham dikatakan dianggap sebagai sumber kekuasaan sehingga ketika era Viking York dan Dublin antara abad ke-10 dan ke-12 ia digunakan sebagai mata wang bersama.

Dalam pencarian dirham perak ini, orang Scandinavia terpaksa menjelajah ke timur pada awalnya. Begitu juga dalam catatan al-Mas’udi, para pedagang dari Dunia Islam sangat teruja untuk memiliki topi dan mantel yang dihasilkan dari musang hitam, salah satu bahan yang paling bernilai di antara semua bulu.

Walaupun mereka mungkin dianggap tidak menghormati Al-Andalus, ser.angan mereka mempamerkan kuasa ketenteraan mereka dan strategi yang berkesan. Ahli arkeologi Bjørn Myhre berpendapat bahawa, “Mereka [kaum Viking] bukan kaum barbar yang jahil. Mereka amat sedar jenis tekanan tentera dan ideologi yang sedang mereka hadapi ”. 

Syiling Islam, Inggeris, dan Jerman, bertarikh bermula dari 1006-1029

Ditambah dengan kejatuhan negara Samani, kehabisan sumber di lombong perak hingga nilai perak merosot, dan juga mereka dikalahkan pada tahun 971 M oleh Count of Aragón, Gonzalo Sanchez, Zaman Pelaut Viking telah berakhir di Mediterranean.

Harus diingat bahawa Viking merupakan tentera upahan yang berper.ang untuk negara yang berbeza. Contohnya terdapat dua prasasti runik di Hagia Sophia di Istanbul (Konstantinopel) sejak abad kesembilan, yang dipercayai milik seorang Viking bernama Halvdan.

Walaupun ada yang berpendapat bahawa dia mungkin hanya seorang pengunjung, namun diyakini bahawa dia adalah seorang pejuang Varangian Guards, unit elit Viking dari Tentera Byzantium.

Sekiranya Viking pernah melakukan perjalanan jauh ke arah timur, mereka mungkin telah diupah oleh tentera Islam juga, terutama oleh Andalusia atau Muslim dari wilayah Kaukasus. Pada tahun 1041, ekspedisi Viking yang dipimpin oleh Ingvar the Widefarer ke Kaukasus menentang negara-negara Muslim mengakibatkan mereka menghadapi kekalahan yang besar.

Ini menyebabkan para sejarawan seperti Jonathan Clements menyatakan: “Viking tidak lagi mengganggu dunia Islam, atau lebih rela menjadi tentera upahan untuk bala tentera Muslim atau berdagang dengan komoditi yang berharga seperti hamba – mereka mungkin menjadi pencero.boh di peghujung jalan perdagangan Eropah, tetapi di hujung Timur Tengah mereka adalah pedagang. Sekali lagi, menunjukkan hubungan dan evolusi antara Viking dan Muslim dari masa ke masa.

Selain dari Andalusia dan Abbasiyyah, sejarawan Jonsson Hraundal menekankan bahawa Viking juga menghadapi orang Turki, terutamanya Khazar dan Bulgar yang merupakan kuasa dominan di wilayah ini ketika Rus tiba. Teks-teksnya menunjukkan betapa kuatnya orang Turki. Orang-orang Rus tidak mungkin akan tiba, menghayun ped.ang, dan tiba-tiba memerintah begitu saja.

 

Oleg of Novgorod.

Cincin Misteri

Di kalangan kita mungkin tertanya-tanya bagaimana wanita Viking dengan cincin Arab ada kaitan dalam perbincangan ini. Seperti yang dijelaskan di atas, dengan gabungan sumber Eropah dan bukan Eropah, ahli arkeologi dan sejarawan telah melaburkan banyak masa untuk mengambil maklumat yang berkaitan dengan Zaman Viking di pulau-pulau Sweden. Wanita Viking diketahui memakai pelbagai perhiasan, Ibnu Fadlan dikatakan melihat wanita Rus yang memakai cincin leher dari emas dan perak.

Yang paling terkini, dalam majalah penyelidikan yang diterbitkan pada 23 Februari 2015, ahli arkeologi melihat bahawa penemuan rangka seorang wanita yang sepertinya telah dikuburkan pada abad kesembilan memakai cincin perak dengan hiasan batu ungu. Harus diingat cincin itu sendiri ditemui pada akhir abad kesembilan belas, namun hanya baru-baru ini prasasti Kufi Arab dikenal pasti.

Pada waktu ini cincin ini berada di Muzium Sejarah Sweden di Stockholm.

Prasasti pada cincin itu ditulis dalam tulisan Arab yang disebut sebagai Kufi, bentuk awal abjad Arab yang banyak ditemui terutamanya dalam prasasti hiasan, yang terkenal pada abad kelapan hingga kesepuluh.

Perkataan itu berbunyi sebagai “ilallah” yang bererti “kepada Tuhan”. Walaupun pakaian rangka wanita yang ditemui itu kelihatan seperti pakaian tradisional Scandinavia, tubuhnya yang mereput menyukarkan para penyelidik dan ahli arkeologi untuk menentukan pegangan agama dan etniknya.

Ini menimbulkan semakin banyak persoalan. Adakah cincin itu harta rampasan per.ang? Hadiah? Sebahagian daripada pakaian tradisionalnya? Atau, adakah wanita ini memeluk Islam? Tiada sesiapa yang boleh mengesahkannya.

Cincin itu, digabungkan dengan penemuan syiling dirham serta apa yang tokoh astronomi Muslim temui pada Jam Astronomi di Katedral Lund di bahagian Eropah menunjukkan bahawa lebih banyak kajian dan penyelidikan harus dilakukan untuk merungkai artifak yang menandakan hubungan ketara antara orang Eropah, Viking dan Tamadun Islam.

Selain penemuan cincin, fakta tambahan yang patut disebutkan mengenai wanita Viking ini adalah ma.yatnya dikebumikan dengan ditanam di dalam tanah, dan bukannya dibakar. Ini menunjukkan wanita itu ada kemungkinan merupakan salah seorang di antara orang-orang Viking yang memeluk Islam setelah berinteraksi dengan Dunia Islam.

Oleh itu, bukti ini dapat menunjukkan bahawa Islam bukan hanya agama yang popular pada zaman silam di timur, tetapi Islam juga pernah berakar di Eropah.

Bukti-bukti berkaitan dengan Viking memeluk Islam termasuk memoir yang dicatat oleh ahli geografi Muslim abad keenam belas, Amin Razi dari Parsi yang dilaporkan telah memetik bahawa:

“… Mereka [Viking] amat menyukai daging babi. Bahkan mereka yang telah memeluk Islam masih menginginkannya dan sangat menggemari daging babi.”

Seperti yang disebutkan dalam topik berkenaan pedagang di atas, satu komuniti penduduk Viking yang memeluk Islam di tenggara Seville, akan terkenal kerana membekalkan keju untuk Cordoba dan Seville.

Pencerob.ohan Muslim (Saracen), Magyar, dan Viking di Eropah pada Abad Kesepuluh

Majoriti Viking bagaimanapun tetap mengamalkan kepercayaan tradisi mereka, memetik kenyataan dari kisah Ibn Rustah sendiri, penghormatan yang besar diberikan kepada ‘dukun’ (attibah),  yang memiliki autoriti ke atas penguasa seolah-olah mereka sendiri adalah tuan, dan boleh memerintahkan ritual kor.ban manusia atau binatang. Inilah penguasa yang pada dasarnya adalah boneka seperti yang disarankan oleh ibn Fadlanm

Walaupun banyak teori yang ditawarkan mengenai wanita dan cincin Viking Scandinavia, kisah sebenar yang mendasari misteri ini masih belum terungkap.

RUJUKAN:

Ibn Fadlan’s Journey to Russia: A Tenth-Century Traveller from Baghdad to the Volga. By Richard N. Frye.

Analysis and Interpretation of a Unique Arabic Finger Ring from the Viking Age Town of Birka, Sweden” © Wiley Periodicals, Inc., SCANNING VOL. 37, 131–137 (2015).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.