Filem Titanic yang diterbitkan pada tahun 1997 merupakan antara salah satu masterpiece buat pengarah prolifik Hollywood, James Cameron. Penceritaannya yang romantis yang mengambil latar kejadian Titanic membuatkan lelaki pun boleh bercucuran air mata apabila menonton filem ini.  Sepanjang pembikinan filem Titanic, James Cameron telah turun ke lokasi ban.kai kapal Titanic sebanyak 12 ekspedisi ke lokasi berkenaan dan beliau berada “di” Titanic lebih lama dari penumpangnya sendiri.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

James Cameron amat mementingkan ketelitian di dalam filem dan beliau sedaya upaya untuk mengekalkan filem Titanic itu berdasarkan naratif sejarah yang sebenar. Namun, begitu, terdapat beberapa fakta yang sedikit lari dari apa sebenarnya yang telah terjadi.

KEDUDUKAN TITANIC KETIKA TENGGELAM

Kedudukan Titanic yang digambarkan di dalam filem.

Di dalam filem Titanic, James Cameron memaparkan bagaimana keadaan Titanic ketika tenggelam ke dasar Lautan Atlantik. Tidak seperti filem-filem Titanic yang lain, James Cameron juga memaparkan Titanic telah terbelah dua dan berada di dalam kedudukan 90 darjah.

Teori kapal ini terbelah dua mula diketahui selepas penemuannya buat kali pertama pada 1985 yang mana bahagian hadapan dan belakang kapal terpisah sejauh 800 meter.

Lakaran gambar Titanic sedang tenggelam oleh seorang penumpang, Jack Thayer

Namun teori James yang mengatakan kapal ini menegak 90 darjah sedikit salah. Ini kerana, menurut kajian terbaharu beliau yang diceritakan di dalam dokumentari terbaharunya, kapal Titanic hanya menegak sebanyak 23 hingga 26 darjah sahaja apabila paras air mula mencecah separuh kapal.

Kemungkinan, apa yang dipaparkan menerusi filem berkenaan adalah untuk menambah unsur dramatik, tetapi ianya bukan menceritakan keadaan yang sebenar.

PEGAWAI PERTAMA TITANIC YANG MENEM.BAK DIRINYA SENDIRI

WIlliam McMaster Murdoch yang dilakonkan oleh Ewan Stewart

Terdapat sebuah babak yang kemudiannya menjadi kontroversi apabila Pegawai Pertama Titanic, William Wcmaster Murdoch men.e.mbak dua orang penumpang ketika keadaan menjadi panik. Kejadian itu membuatkan pegawai itu menjadi panik dan mengambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya sendiri.

Cara beliau mengambil nyawanya sendiri itu pun sudah salah kerana beliau melalukan tabik hormat Amerika sebelum menarik picu, sedangkan Pegawai Murdoch merupakan berbangsa Scotland dan berkhidmat di bawah syarikat Britain dan merupakan a.skar diraja Britain.

William McMaster Murdoch (kiri sekali) bersama barisan pegawai Titanic.

Di dalam peristiwa sebenar, memang ada penumpang yang mengatakan bahawa mereka terdengar bunyi t.embakan pistol semasa malam kejadian. Namun, seorang penumpang sahaja yang mengatakan itu ialah Murdoch dan te.mb.akan itu tidak terkena pada mana-mana penumpang pun dan Murdoch hanya men.embak sebagai tanda amaran.  Sebuah lagi testimoni mengatakan terdapat seorang pegawai yang m.e.ne.mb.a.k dirinya sendiri dan ianya bukan Murdoch.

Babak tersebut ternyata memburukkan reputasi Murdoch yang yang dijulang sebagai hero ketika malam kejadian. Selain itu juga, babak itu juga turut mengundang kemarahan waris Murdoch di Scotland. James Cameron sendiri mengakui kesilapan beliau selepas mendapat reaksi berkenaan.

Beliau berkata, beliau terlalu ingin menyiapkan filem itu tanpa mengambil kira perasaan waris-waris man.gsa yang masih ada. Pihak penerbit kemudiannya telah terbang ke Dalbeattie, Scotland bagi menyumbang 5000 cek peringatan kepada waris Murdoch sebagai tanda minta maaf mereka.

LALUAN PENUMPANG KETIGA YANG DIKUNCI

Babak penumpang kelas ketiga yang dipaparkan di dalam Titanic.

Ketika babak Jack dan Rose tersekat di ruang penumpang ketiga kerana laluannya dikunci. Sebenarnya, ini tidak sebetulnya berlaku. Menurut Undang-Undang Amerika Syarikat pada ketika itu, penumpang kelas ketiga memang perlu dipisahkan sehingga mereka melepasi ujian kesihatan di Kepulauan Ellis bagi mengelakkan penyebaran pen.yakit.

Setiap kelas di kapal Titanic sebenar mempunyai ruang akses mereka yang tersendiri untuk menuju ke bot keselamatan. Malangnya, tiada bot keselamatan diletakkan di ruangan kelas ketiga dan mereka perlu menaiki dari satu dek ke satu dek untuk menyelamatkan diri.

Sebelum kejadian berlaku, memang pintu itu dikunci bagi mengelakkan penumpang kelas ketiga memasuki kawasan penumpas kelas lain.Di setiap pintu penghalang, terdapat seorang penjaga pintu yang menjaganya. Ketika malam kejadian, selepas sahaja arahan untuk menaiki bot keselamatan dikeluarkan, barulah pintu itu dibuka dan pintu itu tidaklah dibuka langsung sebagaimana yang dapat dilihat di dalam filem.

KISAH PENUMPANG YANG MENCURI MASUK UNTUK MENYELAMATKAN DIRI

Babak di mana J Bruce Ismay menaiki bot keselamatan.

Sebahagian watak di dalam filem Titanic merupakan watak-watak sebenar dan salah satunya ialah John Bruce Ismay, pemilik syarikat White Star Line. Filem tersebut memaparkan Bruce sebagai watak yang antagonis. Beliau mendesak kapten supaya kapal dapat berjalan dengan laju dan mementingkan diri.

Babak J Bruce Ismay mendesak Kapten Smith untuk menambah kelajuan pada kapal.

Beliau juga digambarkan mencuri masuk ke dalam bot keselamatan semasa Titanic sedang tenggelam. Bruce kemudian dianggap pengecut dan perasaan bersalahnya itu terus menghantui sehinggalah beliau pulang ke negeri abadi.

Di dalam keadaan sebenar, Siasatan Kerajaan British mendapati bahawa Bruce membantu ramai penumpang untuk menaiki bot keselamatan. Beliau kemudian menyelamatkan dirinya setelah mendapati tiada penumpang lagi di situ.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa teori oleh para penumpang bagaimana Bruce boleh terselamat Ada yang mengatakan beliau antara orang terawal menaiki bot keselamatan. ( Fakta yang sebenar, beliau antara orang terakhir yang menyelamatkan diri) dan ada yang mengatakan Ketua Pegawai menyuruhnya untuk menaiki bot keselamatan tersebut.

Imej Bruce yang selalu dianggap watak jahat di dalam Titanic ini sebenarnya datang dari seorang taikun surat khabar, William Randolph Heast. Beliau mempunyai hubungan dingin bersama Bruce setahun sebelum kejadian.

J Bruce Ismay  (tengah)  ketika siasatan oleh Kerajaan Amerika Syarikat dijalankan.

Setelah mengetahui Bruce terselamat, beliau memburuk-burukkan Bruce di akhbar miliknya dan sering mengutuk Bruce ketika Bruce tiba di Amerika Syarikat bagi tujuan siasatan.  Itulah yang menyebabkan Ismay dianggap sebagai penumpang kontroversi dan peristiwa tersebut telah menghancurkan imejnya sebagai pemilik syarikat perkapalan terbesar di United Kingdom.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Kesimpulannya, walaupun terdapat beberapa kesalahan dari segi fakta di dalam Titanic arahan James Cameron. Ianya tidak mencacatkan naratif filem berkenaan sehingga menjadi salah sebuah filem yang berjaya di dunia. Tapi, apa yang pasti, Jack dan Rose tidak wujud dan babak kereta itu juga hanya fiksyen semata-mata.

RUJUKAN:

Aiman Hakim, Moustapha Abbas (2020), Titanic Di Hujung Jari. Patriots Publishing, Kuala Lumpur.

Parisi, P. (2011). Titanic and the Making of James Cameron: the inside Story of the Three-Year Adventure That

Rewrote Motion Picture History. Newmarket Press.

Mayo, J. (2016). Titanic: minute by minute. Short Books.

Encyclopedia Titanica. (n.d.). https://www.encyclopedia-titanica.org/.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.