Dari filem, novel dan permainan video bergenre seram dan apokalips seperti World W.ar Z, The Walking Dea.d, Train of Busan, Resident Evil, dan pelbagai lagi jenama variasi media telau memfokuskan makhluk yang asalnya adalah ma.yat manusia yang telah meninggal dunia tetapi hidup kembali tanpa akal fikiran dan menjadikan manusia hidup yang lain sebagai sasaran utama kewujudan mereka.

Zombi, makhluk g.anas dengan selera yang menakutkan dan hanya mahu memakan dagi.ng manusia hidup, terutamanya bahagian otak – telah mula mendapat tempatnya yang tersendiri dalam budaya pop. Sebagai makhluk ga.nas yang bergerak perlahan secara berkumpulan, zombi mula menjadi salah satu elemen kuasa yang penting dalam industri hiburan sejak sedekad yang lalu.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Walaupun filem nukilan George Romero pada tahun 1968 (Night of the Living De.ad) sering dianggap sebagai filem zombi moden yang terawal, filem zombi yang pertama sebenarnya telah muncul seawal 40 tahun sebelum itu melalui filem White Zombie, yang dibintangi oleh Béla Lugosi sebagai ahli sihir voodoo jahat di Haiti yang mengubah wanita-wanita muda yang cantik bertukar menjadi zombi. Selepas bertahun-tahun semenjak filem itu ditayangkan, hanya segelintir kecil sahaja filem bertemakan zombi yang kembali kepada penceritaannya yang berasal dari Haiti, terutamanya The Serpent and the Rainbow.

Istilah “zombie” (zombi) kali pertama muncul dalam sejarah adalah pada tahun 1819 di dalam History of Brazil yang ditulis oleh penyair dan sejarawan, Robert Southey. Oxford English Dictionary pula mencadangkan perkataan ini berasal dari Afrika Barat melalui perbandingan dengan istilah dari Bahasa Kongo nzambi (dewa) dan zumbi atau nzumbi (kesaktian). Beberapa pengarang juga membandingkannya dengan istilah vumbi (mvumbi) atau (nvumbi) dalam bahasa sama yang bermaksud “badan tanpa roh”

Sedutan dari filem Train to Busan

Tetapi istilah zombi yang asal ini bukanlah merujuk kepada ma.yat hidup yang memakan otak manusia seperti yang kita selalu lihat di dalam filem, tetapi zombi dianggap sebagai satu kepercayaan mistik di Afrika Barat. Istilah itu kemudian mencadangkan satu titik yang penting, di mana kuasa sakti meninggalkan badan manusia, hingga akhirnya manusia menjadi sejenis makhluk yang secara fizikalnya dalam bentuk manusia tetapi tiada kemahiran untuk menjaga diri, tiada akal yang waras, dan tiada roh. Kepercayaan ini diimport ke Haiti dan di tempat lain dari Afrika melalui perdagangan hamba.

Semua orang tahu tentang zombi yang fiksyen, tetapi tak ramai yang mengetahui fakta mengenai zombi. Namun bagi kebanyakan orang lain terutamanya sama ada di Haiti dan di tempat lain, zombi adalah wujud dalam dunia nyata. Mereka bukan bahan gurauan,  mereka percaya ia adalah perkara yang harus dipandang serius. Kepercayaan terhadap ilmu sihir dan bomoh tersebar luas di seluruh Haiti dan Caribbean, selalunya dalam bentuk keagamaan seperti voodoo dan santeria.

Zombi di Haiti dikatakan sebagai manusia yang dihidupkan semula dari alam kem.atian (kadang-kala dikawal) melalui kaedah ghaib oleh penyihir voodoo yang dikenali sebagai bokor atau houngan. Adakalanya zombifikasi dilakukan sebagai huku.ma.n walaupun sebenarnya ia hanya untuk menimbulkan rasa ketakutan yang tinggi terhadap mereka yang percaya bahawa jasad mereka boleh disalahgunakan walaupun setelah m.ati.

Tetapi zombi ini juga sering diperkatakan telah digunakan sebagai buruh hamba di ladang dan kebun tebu. Pada tahun 1980, seorang lelaki yang bermasalah mental mendakwa telah dijadikan sebagai seorang tahanan yang diberikan bahan hingga dia berkelakuan seperti zombi yang membuat kerja ladang selama dua dekad, tetapi oleh kerana dia gagal membantu untuk membawa siasatan terhadap tempat dia bekerja itu, kisahnya tidak pernah dianggap sah. Lelaki itu adalah Clairvius Narcisse, seorang warga Haiti yang dikatakan telah berubah menjadi zombi melalui penggunaan pelbagai bahan ubat-ubatan. Kesnya menarik minat dan beberapa penyelidik saintifik pada masa itu.

Seorang ahli sihir voodoo dari Haiti

Menurut laporan, Clairvius dira.cun dengan campuran pelbagai ra.cun semula jadi untuk mensimulasikan kemat.ian. Orang yang bertanggungjawab meracu.ni Clairvius dipercayai sebagai adik-beradiknya sendiri akibat tidak berpuas hati tentang soal tanah. Setelah “kem.atian” nya, dia dikebumikan pada 2 Mei 1962, ma.yatnya dipulihkan dan dia diberikan sejenis bahan yang terbuat dari bunga datura bera.cun pada dos tertentu yang memberikan kesan halusinogenik dan boleh menyebabkan kehilangan ingatan.

‘Pemilik’ barunya, seorang ahli sihir bokor kemudian memaksanya bersama dengan beberapa lagi hamba zombi yang lain untuk dikerah bekerja di kebun tebu sehinggalah kema.tian tuannya itu pada tahun 1964. Setelah bokor m.ati, pengambilan dos halusinogen seperti biasa pun terhenti, dia akhirnya  kembali sihat (tidak seperti kebanyakan orang lain yang mengalami kerosakan otak akibat dikuburkan hidup-hidup) dan kembali kepada keluarganya setelah beberapa waktu, itu pun hanya selepas dia mendapat tahu bahawa adiknya telah meninggal dunia.

Kisah Narcisse dipopularkan dalam buku The Serpent and the Rainbow karya Wade Davis, Selama beberapa dekad juga, orang-orang barat menganggap zombi tidak lebih dari sekadar salah satu makhluk ga.nas dalam filem fiksyen, tetapi tanggapan tersebut dipersoalkan pada tahun 1980-an apabila seorang saintis dan fotografer yang pernah bekerjasama dengan National Geographic iaitu Wade Davis sendiri mengaku telah menemui sejenis serbuk yang boleh mencipta zombie, jadi ia memberikan asas sainstifik terhadap kisah zombi. Davis tidak mempercayai sihir voodoo.

Clairvius Narcisse di atas ‘kubur’nya sendiri

Tetapi dia percaya bahawa dia telah menemui suatu bahan yang boleh mera.cuni m.angsa dan membuatkan dia berada dalam keadaan seperti zombi. Bahan tersebut ialah neurotoksin yang kuat dikenali sebagai tetrodotoxin, yang boleh ditemui pada beberapa jenis haiwan termasuklah ikan buntal.  Dia mendakwa telah menyusup masuk ke dalam organisasi rahsia bokor dan memperoleh beberapa sampel serbuk untuk mencipta zombi, yang kemudian dianalisis secara kimia.

Davis menulis sebuah buku berkaitan topik tersebut yang berjudul The Serpent and the Rainbow yang kemudiannya diadaptasi ke dalam bentuk filem seram. Untuk sementara waktu Davis dianggap sebagai individu yang secara saintifik telah merungkai misteri zombi. Namun dakwaan Davis kemudian mendapat tentangan oleh saintis yang skeptikal kerana menganggap kaedahnya tidak saintifik, dia berpendapat bahawa sampel serbuk zombi yang dicadangkan adalah tidak konsisten, dan jumlah neurotoksin yang terkandung di dalam sampel tersebut tidak cukup tinggi untuk membuat seseorang menjadi zombi.

Tambahan pula, dos yang digunakan oleh kelompok bokor perlu tepat, kerana ia mengandungi terlalu banyak rac.un yang boleh membun.uh seseorang dengan mudah. Faktor yang lain menunjukkan bahawa tidak ada sesiapa pun yang pernah menemui mana-mana kebun dan ladang yang kononnya dipenuhi dengan pekerja zombi di negara pulau kecil itu.

Dalam bukunya yang kedua, Passage of Darkness: The Ethnobiology of the Haitian Zombie, Davis mengakui terdapat masalah dengan teorinya dan menyangkal beberapa dakwaan yang lebih sensasi dikenakan terhadapnya. Namun, dia menegaskan, kepercayaan warga Haiti terhadap zombi boleh didasarkan pada kes (tetapi diakui agak jarang berlaku) di mana seseorang diracu.ni oleh tetrodotoxin dan kemudian dihidupkan kembali di dalam keranda dan dibawa kembali dari kubur.

Wade Davis

Selain itu, terdapat banyak lagi fenomena zombi selain daripada sekadar serbuk, ia hanyalah sebahagian daripada kepercayaan sosiobudaya yang mendalam mengenai kuasa ghaib dan ilmu sihir. Dalam budaya Haiti, ahli sihir voodoo melakukan lebih banyak perkara lain berbanding menjadikan seseorang sebagai zombi, mereka dikatakan membawa rahmat tetapi turut membawa sumpahan dan bala melalui sihir.

Jadi, begitulah kisah-kisah zombi Haiti yang wujud dalam dunia nyata melalui ‘kebangkitan’ semula ma.yat dari kubur, dan akhirnya rebah ke tanah sebagai mana zombi di dalam filem yang perlu ditem.bak di kepalanya. Walaupun begitu, zombi yang dalam bentuk ma.yat yang dihidupkan semula tetap sekadar mitos dalam kehidupan sebenar, filem-filem dan novel-novel fiksyen yang ada sudah mencukupi untuk memuaskan hati peminat genre seram dan penggemar zombi sepanjang zaman.

Penulis jarang menonton filem-filem bertemakan zombi kecuali Resident Evil, tetapi penulis amat meminati lagu Zombie yang didendangkan oleh kumpulan The Cranberries. Oleh itu, jangan biarkan hidup anda diselebungi misteri zombi……..

 

“Otak!! Otak!!”

RUJUKAN:

Hurston, Zora Neale (2009) Tell My Horse: Voodoo and Life in Haiti and Jamaica, Harper Perennial.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.