Sejarah Tsar B0mba – B0m Paling Kuat Di Dunia

1,833

https://bit.ky/kombowww

RDS220 Vanya atau Tsar B0mba semasa ia diled4kkan di Test Site C,Novaya Zemlya. Bebola api dan sinaran led4kan dilaporkan dapat dilihat sehingga 1000km. B0m hirdogen paling kuat pernah diletupkan Soviet dengan kekuatan 50 Megaton TNT itu mencatatkan bacaan 5 skala Richter.

Itu adalah kali pertama dan kali terakhir ujian senjata hidrogen dengan kekuatan 50 megaton dibuat. Lain semua bawah 25 megaton. B0m ini dibawa oleh pesawat pengeb0m strategik Tupolev Tu-95V yang diubahsuai kerana b0m tersebut terlalu besar.

Era 50an dan 60an memperlihatkan penghantaran senjata atomik dengan menggunakan pesawat pengeb0m strategik. Jadi negara2 kuasa besar berlumba membina pesawat pengeb0m yang boleh capai jarak paling jauh membawa beban bayar atomik masing2.
Soviet waktu tu harapkan pesawat2 Tupolev.

Waktu itu,pembangunan roket dan peluru berpandu balistik baru sahaja bermula maka harapan diletakkan pada pesawat-pesawat pengeb0m untuk menghantar b0m atom ke sasaran awam dan tentera yang ditetapkan. B0m yang dibawa pula jenis b0m graviti dan peluru berpandu pula masih belum wujud.

Tulang belakang utama angkatan pesawat pengeb0m Soviet terdiri dari pesawat bebaling kontra Tupolev Tu-95 dan Tu-16 yang memenuhi khidmat angkatan udara dan angkatan penerbangan tentera laut Kesatuan Soviet. Tu-95 adalah jenis pesawat yang membawa Tsar B0mba di Novaya Zemlya.

Kesatuan Soviet memulakan siri ujian senjata atom dan nuklear mereka sebaik mengetahui Amerika dan Britain menjalankan ujian masing-masing. Foto ujian nuklear Soviet tak banyak disiar malah video juga sangat sukar didapati. Tapi idea memiliki senjata super ni wujud sejak 1930an lagi.

Waktu itu kalangan penyelidik Soviet telah membincangkan tentang pembuatan b0m atom, dan telah pun mengusul senjata sedemikian pd 1940. Para saintis Soviet perasan,kertas kajian dan seminar tentang pelakuran nuklear oleh rakan mereka di Amerika, Jerman dan Britain sukar didapati.

Maka terdapat kesangsian bahawa mereka sedang senyap-senyap membangunkan senjata atomik. Tahun 1942 Georgy Flerov menulis surat kepada Joseph Stalin agar memulakan program atom Soviet tapi tak dilayan sbb Stalin sibuk memerangi N4zi Jerman yang sedang mara masuk ke Russia.

Malah ahli fizik, saintis dan penyelidik nuklear Soviet kebanyakannya dihantar ke kilang-kilang senjata sebagai teknisyen yang tiada kena-mengena dengan fizik nuklear. Ini melambatkan lagi program nuklear Kesatuan Soviet.

Georgy Flerov dua kali menulis surat kepada Stalin, mendesak Stalin utk mulakan program nuklear Soviet tetapi sikap Stalin pada waktu itu acuh tak acuh dan memandang enteng keupayaan ahli fizik nuklearnya sendiri.

Surat kedua Flerov yang bernada amaran menyebabkan Stalin cepat-cepat kumpulkan semua penyelidik, ahli fizik nuklear untuk bina b0m atom sendiri. Menggelupur la sekejap Soviet dan akhirnya b0m atom pertama diuji pada 29 Ogos 1949 di tapak ujian Semipalatinsk, Kazakhstan.

RDS-1 adalah hasil tangan Igor Kurchatov dan Andrei Sakharov. Sakharov menemui konsep Sloika,atau kek lapis dalam pembuatan b0m atom tetapi masih skala kiloton. Sakharov juga menemui Idea Pertama, kedua dan ketiga konsep yang membuka jalan penghasilan senjata skala megaton.

Ujian pertama RDS-1 melibatkan radas yang dibina hampir sama dengan radas buatan Amerika bernama Fat Man yang dijatuhkan di Nagasaki sebelum tamat p3rang. RDS-1 atau First Lightning diuji dan berjaya meled4kkan kuasa atomik sejumlah 22 kiloton. Macam mana Soviet boleh bina b0m ni?

Rupanya, ada pensimpati komunis warga Jerman yang bertindak sebagai pengintip telah mengedarkan maklumat kajian atomik Amerika kepada kesatuan Soviet. Klaus Fuchs yang lari dari N4zi Jerman bekerja sebagai penyelidik dalam program nuklear British menjadi teraju utama pengintipan.

Apa yang menyebabkan Klaus mahu bantu Kesatuan Soviet adalah bilamana dia dapat tahu, pihak AS dan British enggan berkongsi rahsia nuklear mereka dengan Kesatuan Soviet walaupun masing-masing adalah sekutu jadi Klaus fikir, pasti mereka mahu hapuskan Kesatuan Soviet.

Klaus menghubungi kedutaan Soviet berkenaan perkara tersebut. Pucuk dicita ulam mendatang, Soviet menghantar Ruth Kuczynski untuk mengendali Klaus. Ruth dihantar ke Amerika untuk kendali seorang lagi pensimpati Komunis, Julius Rosenberg yang merupakan jurutera tentera sebagai pengintip.

Klaus Fuchs sewaktu di Britain, telah bekerja dengan Rudolf Peierls yang berkhidmat dalam suruhanjaya MAUD dimana ia terdiri dari sekumpulan saintis yang mengkaji kebolehlaksanaan membina senjata atomik di UK. Mereka berdua bekerja untuk pihak Berikat, tapi Klaus hantar info ke Moscow.

Rudolf yang merekrut Fuchs sebagai anak didiknya tidak menyangka yang Fuchs merupakan pengintip Soviet. Banyak rahsia besar, khususnya kiraan matematika dan fizika berkenaan pelakuran jisim nuklear terlepas ke pihak Soviet tanpa sengaja melalui Fuchs.

Di Amerika, Ruth mengendali Rosenberg yang ada ipar bernama David Greenglass. Dia terlibat dengan Projek Manhattan dan bekerja makmal Los Alamos. David dilatih untuk kumpul maklumat intipan kemudian disalurkan ke Ruth. Waktu itu Soviet 10 tahun lewat dari segi kemajuan pembuatan b0m atom.

Selepas RDS-1, Kesatuan Soviet menguji beberapa siri dan jenis radas atomik yang berbeza dengan menggunakan idea Sakharov. Menggunakan kebijaksanaan penyelidik dan saintis fizik nuklear dan digabungkan dengan maklumat pengintipan, Kesatuan Soviet mara sebagai negara kuasa nuklear.

RDS-2 merupakan ujian atomik kedua Soviet pada September 1951 menggunakan radas RDS-1 yang diperbaiki dan dipertingkat upaya, menghasilkan 38.3 kiloton kuasa led4kan. Menjelang Oktober 1951, ujian ketiga dilaksanakan menggunakan RDS-3, menghasilkan 41.2 kiloton led4kan.

Kemudian, pada 1953 Kesatuan Soviet melaksanakan ujian termonuklear pertama dikenali RDS-6s yang menghasilkan 400 kiloton led4kan. RDS-6s dibina menggunakan idea Sloika dimana teras radas dilapisi lithium 6-deuteride dan uranium. Sakharov mengusul ujian RDS-6sD tetapi dibatalkan.

Walaubagaimanapun varian RDS-6s yang dikenali RDS-27 tetap dibina walaupun asalnya idea Sloika ini tidak menghasilkan led4kan skala megaton yang dikehendaki. Namun kekuatan sedia ada cukup utk digunakan sebagai kepala peled4k peluru berpandu balistik antara benua R7.

22 November 1955, Kesatuan Soviet meled4kkan buat kali pertama senjata hidrogen yang sebenar. RDS-37 merupakan b0m hidrogen dua peringkat dengan skala led4kan 1.6 megaton menggunakan konsep “Idea Lain-lain” Sakharov. RDS-37 merupakan siri ujian yang ke 24.

Ujian demi ujian dibuat oleh Kesatuan Soviet dan pada kebanyakan masa ia dilaksanakan di tapak ujian Semipalatinsk atau di Novala Zemlya. Kedua tapak ini jauh dari penduduk tapi tetap beri kesan dari segi pencemaran radiasi. 456 ujian senjata dibuat di tapak Polygon ini.

Penduduk sekitar masih lagi menerima akibat dan kesan kesihatan dari bahan cemar hasil ujian-ujian nuklear di tapak tersebut walaupun ujian terakhir dibuat pada tahun 1989. Ramai yang mati akibat kanser, melahirkan anak yang tidak sempurna, alami penyakit radiasi hingga kini.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.