Benteng pertahanan yang dibangunkan daripada paduan ais ini dibina sekitar tahun 8000 SM oleh Brandon the Builder setelah Perang ‘War of the Dawn’ yang bertujuan untuk melindungi tujuh empayar bersekutu daripada serangan puak gasar (Wildlings) dan tentera mitos White Walker.

Mengikut catatan George RR Martin di dalam bukunya ‘A Song of Ice and Fire’, benteng ini berketinggian hampir 213 meter, selebar 91 meter dan berkepanjangan hampir 482 kilometer ini mampu menahan pelbagai serangan daripada musuh yang datang dari luar benteng. Ketinggian benteng ini tidak mampu dicapai oleh sesiapa sahaja, bahkan panahan anak-anak panah musuh tidak mampu untuk melukakan pengawal yang berkawal di atas benteng tersebut.

Benteng ini dilengkapi dengan menara pengawal utama sebanyak tiga buah iaitu:

1. Shadow Tower (benteng barat).
2. Eastwatch-by-the-Sea Tower (benteng utara).
3. Castle Black (benteng tengah).

Menara/pos yang lain adalah, Westwatch-by-the-By-the-Bridge, Sentinel Stand, Greyguard, Stonedoor, Hoarfrost Hill, Icemark, The Nightfort, Deep Lake, Queensgate, Oakenshield, Woodswatch-by-the-Pool, Sable Hall, Rimegate, The Long, Barrow, The Torches dan Greenguard.

Antara ketiga-tiga menara ini, menara Castle Black adalah pusat kekuatan pertahan dan menara ini juga sering diincar oleh pasukan musuh kerana kedudukannya yang terlalu terbuka dalam medan peperangan.

Pasukan pengawal atau tentera yang menjaga benteng ini dikenali sebagai The Nightwatch yang bersumpah untuk taat setia berjuang bermati-matian mempertahankan benteng tersebut. Pemimpinnya pula dikenali sebagai Lord Commander of the Watch.

Benteng ini pernah diserang oleh pasukan bersekutu Wildlings pimpinan King-Beyond-the-Wall iaitu Raja Mance Rayder dalam perang ‘Battle of Castle Black’ pada tahun 301 M. Pasukan bersekutu Wildlings dikalahkan oleh pengawal Nightwatch dengan bantuan angkatan pasukan tentera dari Raja Stannis Baratheon. Tetapi Raja Stannis meninggal dunia dalam pertempuran ini akibat luka yang parah dan dibunuh secara langsung oleh bekas pengawal diraja, Raja Renly Baratheon iaitu Brienne of Tarth.

Benteng ais yang megah ini akhirnya hancur diserang oleh pasukan White Walkers pimpinan Night King dalam pra-perang ‘Winter Is Coming’.

Jadi, begitulah berakhirnya sejarah fiksyen Benteng Ais Utara yang terdapat di dalam drama bersiri ‘Game of Thrones’. Ya, fiksyen sahaja, bukan wujud betul pun benteng ais ini melainkan hanya wujud di dalam imaginasi pengikut fanatik Flat-Earth yang dikatakan Antartika adalah benteng ais mengelilingi Bumi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.