Sejarah Tarian Haka Yang Dipersembahkan All-Black

641


PENGENALAN

This image has an empty alt attribute; its file name is 1-3246.jpg
Para lelaki Maori membuat persembahan haka. Gambar diambil dari lamn loc.gov

‘Haka’, atau ‘Tarian’ dalam bahasa Maori, merupakan sejenis upacara tarian istiadat berkumpulan kaum Maori dari negara New Zealand. Ia mampu berfungsi sebagai sebuah ‘laungan per4ng’ bagi mereka, selain dari tujuan bagi sambutan sesuatu acara.

Tarian mereka melibatkan pergerakan bertenaga dan lasak, nyanyian, dan kadang-kala disertakan sekali dengan jeritan beserta lagak muka ganas seperti mata terbeliak dan jelir lidah.

Pasukan ragbi New Zealand, All Black, sering mempersembahkan haka di depan para penonton dan lawan mereka sebelum permainan bermula.

LATAR BELAKANG

This image has an empty alt attribute; its file name is brother_anthony_1-66.png
Haka is love, haka is live! Gambar diambil dari laman maoritelevision.com

Menurut lagenda Maori, dewa matahari Tama-nui-te-ra dan isterinya, dewi Hine-raumati merangkap jelmaan musim panas, mempunyai anak lelaki yang bernama Tane-rore. Suasana musim panas yang seolah-olah bergetar di pandangan mata menandakan kononnya Tane-rore sedang menari untuk ibunya bagi kaum Maori.

Oleh itu, ‘getaran’ tersebut merupakan asas kepada semua haka, dimana penari melibatkan pergerakan seperti menggetarkan tangan mereka bagi perlambangan tarian dewa Tane-rore.

JENIS HAKA

This image has an empty alt attribute; its file name is 1-3247.jpg
“Bleargh!” Gambar diambil dari laman cryptozoonews.com

Berikut merupakan antara beberapa haka yang terkenal yang sering digunakan oleh orang Maori dalam pelbagai acara, iaitu:-

1) Whakatu Waewae

Tarian ini dilakukan secara berdiri tegak dan menghentakkan kaki mereka, dan tidak melibatkan penggunaan s3njata.

Haka ini biasanya dipersembahkan oleh suku Tuhoe yang menetap di timur Pulau Utara New Zealand, berdekatan dengan Tasik Waikaremoana.

2) Tutu Ngarahu

Melibatkan lompatan ke sisi serta menjadi pendahulu sebelum bertempur, tarian ini melibatkan penggunaan s3njata.

3) Peruperu

Haka ini juga menggunakan senjata, dimana ia merupakan tarian per4ng tulen tradisional yang digunakan bagi menakut-nakutkan dan menjatuhkan semangat pihak musuh.

4) Ngeri

Tarian ini melibatkan penggunaan riak muka yang banyak bagi pernyataan perasaan oleh sang penari, bertujuan untuk menaikkan semangat kepahlawanan mereka.

5) Manawa wera

Haka ini sering digunakan bagi acara kematian dan pengebumian, dimana ia tidak menggunakan senjata.

Tarian ini tidak terikat dengan pergerakan tertentu, seperti haka ngeri.

6) Ka Mate

Tarian ini direka dan dikarang oleh Te Rauparaha,  Māori rangatira atau penghulu dan ketua per4ng bagi kaum Ngāti Toa, sempena kejayaan beliau meloloskan diri dari musuh yang mengejarnya.

Haka ini bermula dengan laungan ‘Ka mate, ka mate! ka ora! ka ora!’, atau bermaksud ‘Aku mungkin akan mat1! Aku mungkin terus hidup!’. Tarian ini telah dipopularkan oleh pasukan ragbi terkenal, All Blacks.

FAKTA RINGKAS BERKENAAN HAKA

This image has an empty alt attribute; its file name is 1-3248.jpg
Haka juga digunakan dalam perkahwinan. Gambar diambil dari newsinlevels.com

Berikut merupakan fakta yang berkenaan dengan tarian tradisi orang Maori:-

  • Penari menggunakan banyak pergerakan badan dan riak muka, seperti hentakan kaki, tepukan badan, mata terbeliak, serta menjelirkan lidah.
  • Haka bukan saja digunakan untuk tarian per4ng, malah jua untuk apa-apa acara seperti hari lahir, pengebumian, perayaan, dan sebagainya.
  • Kebanyakan haka hanya dimainkan oleh lelaki sahaja, dan hanya sebahagian saja melibatkan perempuan yang hanya berperanan sebagai penyanyi.
  • Mitos dan lagenda Maori banyak menyebut berkenaan haka.
  • Pasukan ragbi New Zealand, All Black, sering mempersembahkan haka sebelum permainan mereka.
  • Pada tahun 2014, haka digunakan bagi menyambut lawatan Putera William dari Britain dan Kate Middleton ke New Zealand.
  • Semasa Per4g Dunia Pertama, sewaktu P3rt3mpur4 Galipoli, rejimen New Zealand yang terdiri dari askar Maori melancarkan s3rang4n dan berjaya menghalau musuh, dan kemudian membuat persembahan haka bagi meraikan kejayaan mereka sebelum meneruskan misi mereka.
  • Pada Ogos 2012, sebuah video yang memaparkan askar-askar Maori dari Batalion Pertama dan Kedua bagi Rejimen Infantri Diraja New Zealand mempersembahkan haka bagi memberi penghormatan terakhir untuk rakan-rakan seperjuangan mereka yang gugur di bumi Afghanistan.

HAKA DAN PASUKAN ALL BLACKS

This image has an empty alt attribute; its file name is 1-3249.jpg
Pasukan Ragbi New Zealand, All Blacks. Gambar diambil dari laman foxsport.com

Mula terlibat secara antarabangsa seawal tahun 1903, mereka sering kali menang dalam permainan mereka menentang beberapa negara. Mungkin rahsia kemenangan mereka terletak pada haka yang sering mereka persembahkan sebelum mulanya permainan.

Acap kali mereka gunakan haka Ka Mate dalam persembahan mereka, namun tahukah anda, bahawa mereka juga mempunyai haka versi mereka yang tersendiri yang bernama ‘Kapa O Pango’, yang bermaksud pasukan berbaju hitam dalam lidah Maori?

Lirik tarian ‘Ka O Pango’ yang pertama kali dipersembahkan pada tahun 2005 menghuraikan tentang keindahan negara mereka, New Zealand, kegagahan dan kehebatan pasukan mereka, dan symbol mereka, daun paku-pakis perak.

Berikut merupakan lirik ‘Kapa O Pango’, kepada sesiapa yang ingin melihatnya:-

Bahasa Maori

Kapa O Pango kia whakawhenua au I ahau!

Hi aue ii!

Ko Aotearoa e ngunguru nei!

Au, au aue ha!

Ko Kapa O Pango e ngunguru nei!

Au, au, aue ha!

I ahaha!

Ka tu te ihiihi,

Ka tu te wanawana.

Ki runga ki te rangi e tu iho nei, tu iho nei ihi!

Ponga ra!

Kapa O Pango, aue hi!

Ponga ra!

Bahasa Inggeris

All Blacks, let me become one with the land,

This is our land that rumbles,

It’s my time! It’s my moment!

This defines us as the All Blacks.

It’s my time! It’s my moment!

Our dominance,

Our supremacy will triumph,

And will be properly revered, placed on high.

Silver fern!

All Blacks!

Silver fern!

All Blacks!

RUMUSAN

This image has an empty alt attribute; its file name is 1-3250.jpg
Haka beserta s3nj4t4. Gambar diambil daari nzholidayguide.com

Haka lahir dari kepercayaan animisme mereka, dimana ianya menjadi salah satu daripada warisan budaya kaum Maori di New Zealand. Ianya menjadi salah sebuah simbol kemegahan bagi mereka.

Penggunaan haka tidak hanya terhad terhadap tarian p3r4ng sahaja, malah boleh juga digunakan untuk mana-mana acara yang melibatkan sambutan atau penghormatan di negara bertuah itu.

Kesungguhan pasukan ragbi All Blacks dalam mempromosi haka dalam setiap permainan mereka bukan saja telah memastikan pasukan mereka menang setiap permainan, malah jua mendapat perhatian peminat budaya-budaya tradisional pelbagai bangsa.

Sekiranya kita mahu menaikkan budaya kita ke persada dunia, maka kita perlulah berani mempersembahkannya dari apa-apa media yang tersedia. Ianya pasti akan sekali lagi menaikkan taraf bangsa kita sebagai salah sebuah bangsa teragung di dunia pada abad ke 20.

RUJUKAN

1) Kirkpatrick, N. (2018, Disember 13). What is a haka dance?. Diambil pada 29 Oktober 2019 dari https://www.mnn.com/lifestyle/arts-culture/stories/what-haka-dance

2) Davies, J., Street, S. (2019, Mac 31). WAR DANCE. What are the Haka lyrics, is there more than one song, and why do New Zealand perform it before every rugby match?. The Sun. Diambil pada 29 Oktober 2019 dari https://www.thesun.co.uk

3) Cunningham, J.M. (2019, Ogos 22). Haka. Maori dance. Diambil pada 29 Oktober 2019 dari https://www.britannica.com/art/haka

4) AIG. (2014, Oktober 6). Haka – History. Diambil dari https://youtu.be/AnlFocaA64M

5) History of the Haka – explaining New Zealand’s rugby ritual. (2017, Jun 6), Irish Examiner. Diambil pada 30 Oktober 2019 dari https://www.irishexaminer.com

6) Ri, L. (2016, Mei 24). Kapa O Pango. Diambil pada 2 November 2019 dari https://medium.com/new-zealand-thoughts/kapa-o-pango-af120e0b22ad

7) Maori Haka Dance. (n.d.). Diambil pada 2 November 2019 dari http://maorisource.com/Maori-Haka-Dance.html

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.