Sejarah SUKMA

413

https://bit.ky/kombowww

Sukan Malaysia atau lebih dikenali sebagai SUKMA boleh dikatakan temasya sukan yang wajib ditonton oleh rakyat Malaysia. Cuma tahun ini agak berbeza kerana SUKMA ditunda berikutan oleh p%ndemik Covid-19.

Walaupun segala persiapan telah dilakukan tetapi kerajaan Malaysia telah menetapkan tiada temasya sukan secara besar-besaran pada tahun ini. SUKMA ini adalah hasil cetusan idea Dato Seri Anwar Bin Ibrahim semasa beliau menjawat jawatan Menteri kebudayaan, belia dan sukan pada tahun 1983. Tujuan beliau adalah ingin memberi platfom untuk atlet di Malaysia meningkatkan prestasi masing-masing.

Selain itu, secara tidak lansung, temasya ini akan menggalakkan pembinaan fasiliti sukan oleh kerajaan negeri untuk membantu meningkatkan prestasti bukan sahaja atlet tetapi pegawai-pegawai juga. Temasya SUKMA yang pertama dicadangkan supaya dianjurkan pada tahun 1985 dengan mempertandingkan enam jenis sukan seperti tenis, pingpong, bola tampar, olahraga dan juga lumba basikal.

Namun, Majlis Sukan Negara (MSN) telah menerima idea dari orang awam untuk menambah bilangan sukan bagi memeriahkan temasya sulung ini. Selain itu MSN juga membuat keputusan untuk menganjurkan kejohanan ini dua tahun sekali bagi memberi ruang kepada Sukan SEA.

1986 menjadi tahun bersejarah buat Malaysia kerana pertama kali SUKMA dianjurkan pada tarikh 19-26 April dengan Kuala Lumpur dipilih sebagai tuan rumah pada edisi pertama.

Pada temasya kali pertama ini juga, kesemua negeri dalam Malaysia melibatkan diri termasuk beberapa kontinjen lain dari Majlis Sukan Universiti Malaysia, PDRM dan ATM. Kuala Lumpur juga telah dinobatkan sebagai juara keseluran SUKMA edisi pertama. SUKMA pertama kali diadakan di wilayah borneo adalah pada edisi ke-3 dengan Sarawak dipilih sebagai tuan rumah.

Pada tahun 1990 ini juga melihatkan Sarawak ditabalkan sebagai juara. Kejuaraan ini adalah kali pertama bagi negeri selain Kuala Lumpur dan Selangor. SUKMA edisi ke-6 menjamukan sejarahnya tersendiri apabila kejohanan kali ini membabitkan kontigen dari Brunei, Labuan dan juga Majlis Sekolah Malaysia.

Namun pada tahun yang sama juga ATM menarik diri dari bertanding di dalam temasya SUKMA. Selangor sekali lagi ditabalkan sebagai juara keseluruhan pada edisi ke-6 . Northern Australia juga pernah menyertai temasya ini pada edisi ke-9 sebagai negara jemputan namun tidak dapat membawa pulang kejuaraan.

Selapas ATM menarik diri, PDRM juga mengumumkan keputusan yang sama pada edisi ke-11. Tidak terkecuali pasukan dari majlis-majlis sukan juga menarik diri pada tahun yang sama. Pada tahun 2010, Majlis Sukan Negara mengubah format temasya dengan ingin menganjurkan temasya ini setiap tahun.

Temasya ini dibahagikan mengikut tahun genap dan ganjil. Namun penganjuran bedasarkan tahun ini tidak bertahan lama kerana pada tahun 2015, MSN menarik balik keputusan ini atas faktor kewangan yang tinggi harus ditanggung Majlis Sukan Negeri.

Kini pelbagai jenis sukan telah dipertandingkan pada temasya ini dan juga telah melahirkan banyak pelapis pelapis dari pelbagai sukan. Pada tahun 2020 sepatutnya Johor menjadi tuan rumah dan sukan terbaru dipertandingkan adalah esports.

Sukan esports akan mempertandingkan 6 pingat emas untuk 3 acara. Namun kejohanan SUKMA tahun ini telah ditunda ke tahun depan kerana pandemik yang melanda.

RUJUKAN:
Majlis Sukan Negara Malaysia. (n.d). Sukan Malaysia. Dipetik daripada https://www.nsc.gov.my/kejohanan/sukan-malaysia-sukma/

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.