Graeco-Roman Square telah diperkenalkan sekitar abad ke-18 oleh Leonhard Euler, genius kelahiran Basle, Switzerland. Konsep Graeco-Roman Square menggunakan grid huruf yang terdiri daripada kombinasi empat huruf Greek dan empat huruf Latin. Huruf Greek terdiri daripada Alpha (α), Beta (β), Gamma (γ ) dan Delta (δ) manakala huruf Latin pula terdiri daripada huruf A, B, C dan D.

Graeco-Roman Square

Berdasarkan gambar rajah di atas, nampak macam sama seperti Sudoku, betul tak? Ya, saya setuju. Graeco-Roman Square merupakan asas kepada tercetusnya idea Sudoku yang kita kenali pada hari ini. Memang sama tapi bukan dia.

Evolusi Sudoku

Pada awalnya, Sudoku dikenali sebagai ‘ Number Place ’ di Amerika Syarikat. Howard Garns, pesara arkitek Indianapolis, merupakan indvidu yang mencetuskan idea grid 9 x 9 yang kita kenali pada hari ini. Pertama kali ‘ Number Place ’ diperkenalkan adalah pada tahun 1979 dalam majalah  Dell Pencil Puzzles and Word Games.

Beralih ke timur pula, permainan ini mula diperkenalkan di Jepun dengan nama Sudoku pada tahun 1984, lewat beberapa tahun selepas diperkenalkan di Amerika Syarikat. Mengapa Sudoku? Nama Sudoku merupakan nama singkatan bagi nama panjangnya dalam bahasa Jepun  iaitu  “Suuji wa dokushin ni kagiru” yang bermaksud ‘nombor perlu wujud sekali sahaja’. Nama yang panjang ini kemudiannya disingkatkan menjadi Su Doku, yang membawa maksud ‘satu nombor ’.

Populariti Sudoku di dunia timur pada waktu itu tidaklah semegah di dunia barat. Semasa diambang ‘kepupusan’,  muncullah Wayne Gould sebagai ‘hero’ yang memperkenalkan semula Sudoku pada dunia timur. Kisahnya bermula apabila beliau bercuti di Jepun pada Mac 1997.

Semasa bercuti, beliau ada berkunjung ke sebuah kedai buku di Jepun dan menemukan Sudoku di dalam kedai tersebut. Semenjak dari itu, beliau mula meminati Sudoku dan mengambil masa selama 6 tahun untuk membina sebuah program komputer untuk menghasilkan bentuk – bentuk soalan Sudoku yang rawak dan boleh dimainkan melalui komputer.

Maka, dipenghujung abad ke-19 inilah merupakan tempoh waktu bagi Sudoku berevolusi dan beradaptasi dengan budaya majmuk masyarakat dunia, seterusnya mula membuka mata dan menarik minat mereka terhadap Sudoku.

Sudoku Seharian

Satu kolaborasi kajian saintifik besar-besaran telah dilaksanakan oleh University of Exeter  dan King’s College London mengenai Sudoku. Seramai 19 000 sukarelawan atau responden telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Jurang umur responden adalah dalam lingkungan 50 hingga 93 tahun. Setiap responden diberi 10 soalan lengkap ujian kognitif seperti padankan kata dan teka – teki nombor atau Sudoku, utuk dilaksanakan setiap hari selama seminggu.

Hasil kajian mendapati bahawa, responden yang menyelesaikan masalah Sudoku setiap hari, mempunyai kapasiti mental seperti individu yang berumur 8 tahun lebih muda daripadanya dan mendapatkan skor yang lebih tinggi berbanding responden yang lain. Para saintis percaya bahawa aktiviti penyelesaian masalah seperti Sudoku membantu dalam meningkatkan prestasi otak dan melindungi otak dari sebarang penyakit saraf yang berkaitan di masa akan datang. Jom main Sudoku !

RUJUKAN:


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pena, wadah intelek agama, bangsa dan watan.

Comments are closed.