Silap mata ialah ilmu yang bertujuan ‘menipu’ mata akan persembahan-persembahan yang di luar jangkaan. Bermacam-macam jenis persembahan silap mata bermula dari gimik kad terup hinggalah ke persembahan ekstrem dan pelik, demi hiburan penonton semata-mata.

Apabila melibatkan persembahan menelan pedang, ia adalah antara salah satu persembahan silap mata yang berbahaya namun tetap menghiburkan para penonton yang sukakan persembahan ekstrem.

Tenik menelan pedang sebenarnya bukan gimik silap mata saja. Ia adalah seni persembahan sebenar di mana ahli silap mata akan memastikan pedang yang dia telan menembusi dari mulut hinggalah ke perut.

Seni ini haruslah dilatih selama beberapa tahun oleh ahli silap mata profesional. Walaupun ia mempunyai risiko besar untuk mencederakan organ dalaman namun inilah risiko yang harus dihadapi oleh alih silap mata ini.

Jom beli dua karya terbaru imprint fiksyen Patriots di Shopee kami. Klik https://bit.ly/MK-The-Insect (TI) atau https://bit.ly/MK-Azrahel (ASPK)

Seni menelan pedang telah dipraktikkan beribu-ribu tahun dulu. Menurut rekod sejarah, tamadun Indiaadalah yang pertama melopori seni berbahaya ini. Ramai rakyat percaya bahawa seni menelan pedang telah diamalkan sejak 2,000 SM.

Mereka yang mengamalkan seni menelan pedang adalah pedeta India yang dipanggil sebagai Fakir dan Sadhu. Para pendeta ini biasanya melakukan aksi ini dan senaman Yoga untuk penebusan dosa supaya dapat mendekatkan diri kepada entiti ketuhanan dan peroleh kuasa sakti. Selain menelan pedang, mereka juga melakukan aksi berjalan di atas lantai berpaku, menjinakkan ular, dan berjalan di atas api.

Selain India, tamadun-tamadun lain juga memperoleh seni menelan pedang berkat aktiviti perdagangan darat melalui Jalan Sutera. Tamadun China dan Jepun menerima seni ini kemudian merebak ke seluruh komuniti mereka. Tamadun Yunani Kuno dan Rom juga memperoleh seni menelan pedang sehingga tamadun-tamadun kuno ini mempunyai versi mereka sendiri.

Ilustrasi penghibur China melakukan aksi menelan pedang.

Manakala kaum asal Amerika Utara tidak menerima budaya seni menelan pedang dari India namun mereka melopori seni ini sendirian. Seni menelan pedang mereka sebenarnya bukan menelan pedang seperti kaum India amalkan. Mereka menelan anak panah atau kayu panjang. Mereka yang biasa mengamalkan seni ini ialah para pawang dan pahlawan bagi menunjukkan kekuatan fizikal dan mental mereka.

Pada zaman pertengahan, apabila seni menelan pedang tersebar ke seluruh Eropah, pihak gereja Katolik melihat seni ini sebagai ancaman berbahaya. Maka, pihak gereja mengharamkan pengamalan ini agar rakyat Eropah selamat dari amalan yang tiada makna ini.

Sehinggalah pada tahun 1800-an, seni menelan pedang ‘dihidupkan’ kembali dalam dunia Barat sebagai salah satu aksi persembahan hiburan. Chicago World Fair adalah lokasi pertama para ahli silap mata menunjukkan seni ini kepada penonton warga Amerika. Pada abad ke-20 Masihi, seni menelan pedang akhirnya tersebar ke seluruh dunia melalui amalan ahli silap mata.

Seni menelan pedang sebenarnya tidak mempunyai gimik atau sebarang ilusi seperti apa penonton lihat aksi sebegitu. Seni ini memerlukan seseorang mempunyai kawalan fizikal dan mental yang jitu. Untuk mempraktikkannya, pengamal harus mempunyai kawalan 100% terhadap tubuh bagi memastikan pedang yang dimasukkan itu tidak mencederakan.

Pengamal akan membuka mulut dan luaskan tekak dahulu, kemudian mmemastikan esophagus lurus. Pedang yang dikhaskan untuk memasuki esophagus akan dibasahi dengan pelincir. Setelah fizikal dan mental pengamal bersedia, pedang akan dimasukkan dari mulut hingga ke sistem pencernaan. Jika berjaya, pedang akan melalui paru-paru hingga ke organ perut.

Penghibur sarkas Maryland menunju aksi menelan pedang, 1970.

Menyeramkan bukan? Ia memerlukan banyak latihan untuk menjayakan teknik menelan pedang ini Sebab inilah pengamal memakan masa bertahun-tahun untuk mahir mengamalkan seni menelan pedang.

Bagaimana jika ahli silap mata mengalami kecederaan ketika seni menelan pedang dilakukan? Ahli silap tersebut akan alami bengkak dalam tekak dan masalah untuk keluarkan suara akibat kecederan peti suara. Maka, mereka perlu mengamalkan diet cecair dan tidak bersuara selama berminggu-minggu untuk sembuh. Paling teruk, mereka akan alami kehilangan suara.

Jika persembahan menelan pedang dikerapkan, ahli silap mata akan alami disphagia atau kesukaran untuk menelan. Mereka juga akan alami jangkitan bakteria jika saluran darah atau tisu cedera. Jika tidak bernasib baik, kematian berlaku semasa melakukan aksi berbahaya ini.

Jom beli dua karya terbaru imprint fiksyen Patriots di Shopee kami. Klik https://bit.ly/MK-The-Insect (TI) atau https://bit.ly/MK-Azrahel (ASPK)

Walaupun impak seni menelan pedang mampu menggugat nyawa, namun ahli silap mata masih jadikan seni ini sebagai seni persembahan silap mata demi hiburan para penonton. Selagi komuniti ahli silap mata wujud, selagi itulah seni menelan pedang tidak pupus. Kini, ramai pengamal seni menelan pedang terdiri dari penghibur yang mempunyai seni pertahanan diri.

RUJUKAN:

Dimri, Bipin. (2 October 2021). Biting Off More Than You Can Chew? The Dangerous History Of Sword Swallowing. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.