Bagaimana Tamadun Manusia Mula Mencipta Senjata Api?

943

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tombak api dengan bahan bakar serbuk b3dil di China, sekitar 1132M

Kita semua sedia maklum bahawa Empayar Uthmaniyah, Empayar Safawiyah dan Empayar Mughal merupakan tiga empayar Islam yang menerima gelaran sebagai The Gunpowder Empires atau Empayar Serbuk B3dil. Ia berikutan pencapaian inovasi ketiga-tiga empayar ini yang tinggi dalam tradisi penciptaan senj4ta api. Namun asal usul serbuk b3dil yang paling awal dikesan adalah bermula dari China.

Empayar-empayar Serbuk B3dil

Gambaran ilustrasi penggunaan tombak api yang paling awal diketahui adalah ilustrasi tombak api pada lukisan sutera pertengahan abad ke-10 dari Dunhuang. De’an Shoucheng Lu, sebuah catatan mengenai Pengepungan De’an pada tahun 1132 semasa Per4ng Jin-Song, mencatatkan bahawa pasukan tenter4 Song menggunakan tombak api melawan suku Jurchen.

Pada gambar ilustrasi di bawah, di sudut kanan atas terdapat karakter yang memegang tombak api, manakala karakter di bawahnya seakan-akan membaling b0m tangan. Untuk perspektif, lukisan ini dibuat 100 tahun sebelum William the C0nquerer menaklvk England.

Kadar bahan kalium nitrat dalam bahan bakar ditingkatkan untuk memaksimumkan daya letvpannya. Untuk menahan daya letvpan dengan lebih baik, kertas dan buluh yang menjadi bahan asal barel tombak api pada awalnya diganti dengan logam.

Dan untuk memanfaatkan sepenuhnya kekuatan itu, pecahan pelvru itu digantikan oleh bahan projektil (pelvru) yang lebih dekat dari segi ukuran dan bentuknya memenuhi barel.

Dengan itu, tiga ciri asas pist0l telah lengkap iaitu barel yang diperbuat daripada logam, serbuk b3dil dengan kadar nitrat yang tinggi, dan pelvru yang memenuhi ruang dalam muncung agar daya b3dilan dari pembakaran serbuk b3dil mendapat kesan dorongan yang penuh.

Gambaran paling awal mengenai senj4ta api adalah patung dari sebuah gua di Sichuan yang berasal dari abad ke-12 menunjukkan figura seorang tenter4 China kuno yang membawa bom berbentuk pasu dengan api dan bebola meri4m dilancarkan darinya.

Senj4ta api tertua yang masih wujud adalah meri4m tangan Heilongjiang bertarikh 1288, yang ditemui di sebuah lokasi di Daerah Acheng moden di mana catatan rekod The History of Yuan mencatatkan bahawa pertempvran telah berlaku pada masa itu; Li Ting, seorang panglima tenter4 keturunan Jurchen, memimpin pasukan tenter4 yang bersenj4ta api dalam pertempvran untuk menghentikan pemberontakan Putera Mongol beragama Kristian bernama Putera Nayan.

Timur Tengah

Senj4ta api muncul di Timur Tengah antara akhir abad ke-13 dan awal abad ke-14. Sejarawan Arab, Ahmad Y. al-Hassan mendakwa bahawa Pertempvran Ain Jalut pada tahun 1260 menyaksikan pertempvran di antara tenter4 Mamluk menentang tenter4 Mongol itu sebagai pertempvran menggunakan meri4m buat pertama kali dalam sejarah dengan formula serbuk b3dil yang hampir sama dengan komposisi yang ideal untuk serbuk letvpan.

Senj4ta api yang digunakan Janissari Uthmaniyah

Walau bagaimanapun, Iqtidar Alam Khan berpendapat bahawa pihak yang menyer4ng iaitu pasukan Mongol sebagai pihak yang memperkenalkan serbuk b3dil kepada dunia Islam dan menyebut tentang pandangan antagonisme pihak Mamluk terhadap askar penembak yang awal dalam pasukan infanteri mereka sebagai contoh bagaimana senj4ta api tidak sentiasa disambut dengan penerimaan terbuka di Timur Tengah.

Selain daripada itu, terdapat banyak lagi catatan dan pihak yang mendakwa mereka adalah pihak yang terawal menggunakan senj4ta api dalam pertempvran. Dan isu ini masih lagi menjadi perbahasan pakar-pakar sejarah.

Rujukan pertama mengenai penggunaan apa yang mungkin merupakan senj4ta api jenis arquebus (tüfek) oleh pasukan Janissari dari tenter4 Uthmaniyah bermula dari tahun 1394 hingga 1465.

Namun tidak jelas adakah ianya merupakan arquebus atau meri4m kecil pada akhir 1444, tetapi fakta bahawa ia disenaraikan secara berasingan dari senj4ta jenis meri4m pada pertengahan abad ke-15 di dalam catatab inventori persenj4taan menunjukkan bahawa mereka adalah senj4ta api jenis genggam.

Musket pertama kali muncul di Empayar Uthmaniyah pada tahun 1465. Pada tahun 1598, penulis dari China, Zhao Shizhen menyifatkan musket Turki sebagai lebih unggul daripada sen4p4ng Eropah.

Buku ketenter4an China Wu Pei Chih (1621) kemudian menggambarkan musket Turki yang menggunakan mekanisme rack-and-pinion, (menggunakan sistem pusingan bercakera) yang tidak diketahui sama ada pernah digunakan atau tidak oleh senj4ta api Eropah atau China pada masa itu.

Asia Tenggara

Walaupun ilmu membuat senj4ta berasaskan serbuk b3dil di kepulauan Nusantara telah diketahui setelah pencer0bohan Mongol yang gagal terhadap Pulau Jawa (1293), dan pendahulu senj4ta api, iaitu b3dil tombak, dicatatkan pernah digunakan oleh Jawa pada tahun 1413, ilmu pengetahuan membuat senj4ta api “sebenar” muncul kemudian, setelah pertengahan abad ke-15. Ia dibawa ke Alam Melayu oleh pengembara-pengembara Islam dari Asia Barat, kemungkinan besar orang Arab.

Tahun kemunculannya yang tepat tidak diketahui, tetapi dapat disimpulkan bahawa ia muncul lebih awal dari tahun 1460. Sebelum kedatangan Portugis menyer4ng Kesultanan Melayu Melaka, penduduk tempatan dicatatkan telah memiliki senj4ta api primitif yang hanya digelar sebagai arquebus Jawa.

 

Istinggar Melayu

Teknologi senj4ta api di Asia Tenggara semakin bertambah baik setelah Portugis menawan kota Melaka pada 1511. Bermula pada tahun 1513, tradisi pembuatan sen4p4ng Jerman-Bohemia digabungkan dengan tradisi pembuatan sen4p4ng Turki.

Ini melahirkan tradisi pembuatan pencucuh api (matchlock) Indo-Portugis. Karyawan India mengubah reka bentuknya dengan memperkenalkan bahagian ‘punggung’ yang sangat rendah dan ia seperti pist0l yang dipegang pada paras pipi, bukan bahu ketika membidik.

Mereka juga mengurangkan kaliber dan menjadikan pist0l lebih ringan dan lebih seimbang. Portugis yang melalui banyak pertempvran kapal di laut dan sungai, lebih menyukai sen4p4ng yang lebih padat, dan dengan demikian sen4p4ng pencucuh api jenis ini sangat popular.

Penemuan terhadap senj4ta api Melayu, dibandingkan pada tahap yang sama dengan  Jerman, malahan amat mudah disesuaikan dengan jenis senj4ta api yang baru, dan dengan itu muncullah senj4ta api jenis arquebus baru iaitu istinggar.

Eropah

Terdapat beberapa teori tentang bagaimana serbuk b3dil tiba ke Eropah adalah ia dibawa melalui sepanjang Jalan Sutera melalui Timur Tengah; yang lain mendakwa bahawa ia dibawa ke Eropah semasa pencer0bohan Mongol pada separuh pertama abad ke-13.

Catatan Privy Wardrobe Inggeris menyenaraikan “ribaldi”, sejenis meri4m pada tahun 1340-an, dan sebagai senj4ta pengepungan digunakan oleh orang Inggeris semasa Pengepungan Calais (1346-47).

Ribaldi/Ribuld/Ribault/Ribauldequin

Sebutan pertama mengenai senj4ta api di Rusia terdapat dalam catatan kronikel Sofiiskii vremennik, di mana dinyatakan bahawa pada tahun 1382 ketika mempertahankan Moscow dari ser4ngan Golden Horde pimpinan Tokhtamysh, tenter4 Muscovy menggunakan senj4ta api yang disebut tyufyaki yang berasal dari Timur;  perkataan ini berasal dari perkataan Turkik “tüfäk” yang bermaksud sen4p4ng.

Sekitar akhir abad ke-14 di Itali, meri4m tangan atau schioppi yang lebih kecil dan mudah alih dikembangkan, mewujudkan senj4ta api peribadi dengan kesan bawaan dan t3mb4kan lebih lancar yang pertama. Pada akhir abad ke-15, Empayar Uthmaniyyah menggunakan senj4ta api ini sebagai sebahagian daripada persenj4taan untuk pasukan infanteri biasa.

Senj4ta api paling awal yang masih wujud di Eropah ditemui di Otepää, Estonia dan sekurang-kurangnya pada tahun 1396.

RUJUKAN:

  • Sun Laichen (2006) Chinese Gvnpowder Technology Technology and Dai Viet, ca. 1390 -1497. In Vietnam Borderless Histories Eds Nhung Tuyet Tran & Anthony Reid University of Wisconsin Press
  • Buchanan, Brenda J. (2006), Gvnpowder, Expl0sives and the State: A Technological History, Aldershot: Ashgate
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.