Jika ditanya apa peristiwa sejarah yang menggegarkan Rusia, ramai warganya melihat Revolusi Rusia sebagai peristiwa penting. Ini kerana revolusi tersebut menyaksikan bukan saja pengakhiran Dinasti Romanov sebagai pemerintah diraja Rusia tetapi batu asas kepada pembentukan Kesatuan Soviet diketuai Vladimir Lenin pada akhir dekad 1910-an.

Ramai menyangka revolusi ini tercetus akibat rasa tidak puas hati rakyat terhadap Tsar Nicholas II dan pembabitan Rusia dalam P3rang Dunia Pertama (WWI). Hakikatnya, benih sebenar revolusi ini sudah disemai pada pertengahan abad ke-19 akibat sikap kerajaan ketika itu yang enggan beradaptasi dengan perubahan di luar sana.

Tidak seperti di Eropah Barat, serfdom atau petani-petani tidak bertanah berkhidmat dengan tuan-tuan tanah mereka masih wujud sehingga abad ke-19. Bagi Eropah Barat, perkara ini dianggap satu sejarah kerana ia sudah lama ditinggalkan selepas Zaman Pertengahan. Justeru, tidak hairanlah mengapa ramai melihat Rusia ketika itu sebagai sebuah kerajaan yang mundur dan kurang membangun.

Amalan serfdom ini hanya dihentikan sekitar tahun 1861. Peristiwa ini dilihat memberi lebih banyak kebebasan kepada para petani untuk bersuara dan mengatur hal ehwal mereka. Namun, kebebasan yang diberi ini dilihat tiada nilai berikutan sesetengah daripada mereka tidak mendapat tanah atau hanya mendapat plot tanah yang kecil.

Rajah 1: Elena Pavlovna merupakan antara pemain utama pemansuhan serfdom di Rusia pada tahun 1861.

Keadaan ini sebenarnya memarakkan lagi api kemarahan mereka walaupun sesetengah tokoh yang terlibat dalam pemansuhan serfdom ialah anggota kerabat diraja Romanov sendiri seperti bonda saudara Tsar Alexander II, Grand Duchess Elena Pavlovna. Keadaan ini tidak dibantu dengan penyertaan lewat Rusia dalam Revolusi Perindustrian dan kesukaran mereka beradaptasi dengan revolusi tersebut.

Apabila Rusia menerima pengaruh Revolusi Perindustrian pada akhir abad ke-19, Rusia dilihat agak lewat berbanding kuasa-kuasa Eropah seperti Britain dan Perancis serta Amerika Syarikat. Dan bila ia mula dilaksanakan, ia memberi kesan kepada aspek sosial dan politik Rusia. Antara tahun 1890 hingga 1910, populasi bandar-bandar besar Rusia seperti Moscow dan Petrograd (St Petersburg) bertambah sekali ganda akibat aktiviti perindustrian.

Pertambahan penduduk di bandar-bandar ini mengakibatkan berlakunya situasi bilangan penduduk berlebihan di bandar-bandar berkenaan. Selain itu, kelompok pekerja kilang yang dianggap kelas baru dalam masyarakat Rusia ketika itu sentiasa hidup dalam kemiskinan.

Pertambahan bilangan penduduk ini sepatutnya ditangani dengan fokus kepada penghasilan lebih banyak hasil pertanian. Dan itu yang cuba dicapai menerusi pemansuhan serfdom pada tahun 1861. Malangnya, penglibatan Rusia dalam beberapa siri pep3rangan seperti P3rang Crimea telah memburukkan situasi kekurangan makanan di negara itu.

Salah satu krisis paling serius dihadapi Rusia sebelum peristiwa Revolusi Rusia 1917 ialah krisis kebuluran yang melanda pada tahun 1891 dan 1892. Krisis ini tercetus akibat pelbagai faktor seperti perubahan cuaca yang memberi kesan kepada aktiviti pertanian, ketiadaan jentera moden dan keengganan kerajaan yang diterajui Tsar Alexander III mengakui krisis tersebut berlaku.

Rajah 2: Lukisan Distribution of Food oleh Ivan Aivazovsky memperlihatkan situasi kebuluran yang dihadapi penduduk Rusia pada tahun 1891 dan 1892.

Berikutan kegagalan Alexander III menangani situasi kebuluran pada dua tahun berkenaan, ramai melihat institusi diraja dan gereja ketika itu sebagai tidak berfungsi dan tidak mengambil berat situasi mereka. Kebencian mereka semakin membara kerana kerajaan ketika itu hanya memberi bantuan kepada petani yang berupaya membayar semula hutang, bukan kepada semua petani yang terkesan.

Dengan situasi sebegini, ramai penduduk yang tidak berkemampuan termasuk golongan setinggan menjadi mangsa eksploitasi individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Situasi ini mengakibatkan ramai yang bangkit menerusi aktiviti mogok dan protes di seluruh negara.

Situasi Dinasti Romanov semakin parah apabila Tsar Nicholas II menaiki takhta pada tahun 1894. Walaupun amat menyanjung ayahandanya sebagai wira, hakikatnya Alexander III melihat puteranya itu sebagai lemah dan kadang-kadang memanggilnya dengan gelaran bersifat kewanitaan.

Rajah 3: Tsar Nicholas II

Justeru bila baginda menaiki takhta pada tahun 1894, Nicholas II bukan sekadar mewarisi jajahan Rusia yang luas tetapi idea autokratik kaum kerabat baginda yang dianggap masih berkesan dalam mentadbir negara itu. Dan populariti baginda semakin merudum selepas kekalahan memalukan Rusia dalam P3rang Rusia-Jepun 1905 dan kesilapan pihak berkuasa menangani protes yang berlaku di seluruh negara.

Antara insiden yang menjejaskan imej baginda ialah tindakan pihak berkuasa melepaskan t3mbakan terhadap peserta protes aman di Petrograd pada Januari 1905. Tindakan mereka mengakibatkan ramai penunjuk perasaan terbvnvh dan menggalakkan lebih banyak protes anti-kerajaan yang berlangsung selama berbulan-bulan. Peristiwa ini kemudiannya dikenali sebagai Revolusi Rusia 1905.

Tekanan protes ini akhirnya memaksa baginda beralah dan pada Oktober 1905, Nicholas II mengisytiharkan Manifesto Oktober, pelopor kepada Perlembagaan Rusia yang digubal pada tahun 1906. Menerusi manifesto itu, rakyat Rusia diberi pelbagai hak kebebasan sivil seperti kebebasan bersuara dan berhimpun, pembentukan Duma (Parlimen Rusia) dan penggubalan sebuah perlembagaan untuk Rusia.

Konsesi yang dibuat baginda terhadap tuntutan geng revolusi membolehkan Nicholas II kekal berkuasa. Tetapi bagi tokoh-tokoh yang bakal menjadi pemain penting Revolusi Rusia 1917 seperti Vladimir Lenin, mereka melihat konsesi tersebut sebagai terlewat. Lenin melihat golongan pekerja sebagai golongan pemerintah, bukannya golongan bangsawan dan penyokong monarki.

Sedekad kemudian, isu ekonomi dan sosial yang tidak berkesudahan membelenggu Rusia semakin panas menerusi penyertaan mereka dalam WWI pada tahun 1914. Tiga tahun kemudian, 4skar dan rakyat yang kelaparan memilih menyerbu lokasi-lokasi utama Petrograd termasuk istana Tsar dan Duma. Mereka merupakan antara bara api pertama Revolusi Rusia 1917.

Rajah 4: Protes pihak t3ntera semasa Revolusi Rusia 1917.

Amarah mereka yang melancarkan protes di tempat-tempat ini bukan sekadar penolakan terhadap kerajaan. Ia merupakan penolakan terhadap semua individu yang berkuasa dari hakim dan polis hinggalah golongan patriarki seperti suami dan ayah. Jika ada menjangkakan protes ini akan berakhir dengan sendirinya, nyata jangkaan kerajaan dan Nicholas II meleset sama sekali.

Pada awalnya, situasi protes masih terkawal dengan syarat pihak berkuasa tidak perlu bertindak keras terhadap mereka. Tetapi seperti mana p3luru sama yang mencetuskan Revolusi 1905, sekali lagi t3ntera-t3ntera Tsar yang berkawal di Petrograd melepaskan t3mbakan terhadap peserta-peserta protes dan membvnvh ramai peserta.

Berang dengan tindakan mereka, penunjuk perasaan memecah masuk ke kawasan berek Rejimen Pavlovsky di Petrograd. Di sinilah, sesetengah t3ntera yang semakin hilang sabar dengan pegawai pemerintah dan kerajaan secara umumnya memilih memihak peserta protes termasuk men3mbak pegawai-pegawai mereka sendiri. Dengan pemberontakan sebegini, Petrograd kehilangan kuasa t3ntera untuk mengawal keadaan.

Pada 27 Februari 1917, sekumpulan penunjuk perasaan berkumpul di Istana Tauride – tempat persidangan Duma diadakan. Di situ, mereka memilih sekumpulan pemimpin sebagai wakil majlis pekerja (soviet) Petrograd. Majoriti pemimpin soviet ini langsung tidak berminat mengambil alih kuasa, sebaliknya mereka mempunyai gagasan tersendiri.

Pemimpin-pemimpin ini mahukan Duma membentuk sebuah kerajaan yang mengikut prinsip pemerintahan yang digariskan oleh Karl Marx. Justeru, permulaan pembentukan Kesatuan Soviet dibuat oleh golongan borjuis demokrat. Pada 1 Mac, sebuah kerajaan sementara dibentuk dengan pihak soviet bersedia menyokong mereka selagi mana mereka memenuhi senarai prinsip demokrasi yang menyeluruh.

Bagi Nicholas II pula, situasi baginda pula ibarat telur di hujung tanduk. Suka atau tidak, baginda harus turun takhta demi menyelamatkan kempen Rusia melawan Jerman dalam WWI. Akhirnya, Nicholas II memilih turun takhta pada Mac 1917 dan dari situ, semua simbol yang berkait dengan Dinasti Romanov termasuk lambang dan tugu Tsar dimvsnahkan.

Rajah 5: Putera Georgy Lvov

Walaupun kerajaan sementara pimpinan Putera Georgy Lvov hanya berperanan sebagai kerajaan peralihan bagi mengharungi situasi WWI dan isu dalam negeri yang mencabar, kerajaan ini melaksanakan beberapa reformasi yang dianggap penting. Salah satu daripadanya ialah membuang semua bentuk sekatan kebebasan bersuara dan berhimpun, satu reformasi yang mendorong Lenin menggelar Rusia sebagai negara paling bebas di dunia ketika itu.

Tetapi bagi Lenin, situasi di mana kerajaan diketuai borjuis demokrat amat mengecewakannya. Beliau merasakan Rusia seharusnya diperintah oleh golongan pekerja sepenuhnya sekaligus melanggar prinsip Marx berkenaan fasa revolusi. Bagi Jerman pula, Lenin dilihat boleh melemahkan lagi kedudukan Rusia kerana berupaya memecah-belahkan perpaduan rakyat dan menjejaskan kedudukan kerajaan sementara.

Bagi ramai orang Rusia yang tinggal di luar negara, tindakan Lenin boleh diibaratkan sebagai satu pengkhianatan kerana bersubahat dengan pihak musuh. Lenin? Pergi mampus sebab padanya, itulah peluang terbaik untuk merampas kuasa dan merealisasikan impian sosialisme berada di puncak kekuasaan. Dan itu yang dilakukan beliau menerusi penerbitan Tesis April yang menarik minat ramai termasuk Parti Bolshevik.

Bagi kerajaan sementara pula, pentadbiran Lvov terus bermasalah menangani pelbagai permasalahan dalam negeri. Justeru, satu-satunya peluang untuk mereka kekal berkuasa ialah pihak t3ntera perlu menewaskan Jerman. Jika mereka gagal, maka itu akan membuka jalan kepada kepulangan Nicholas II sebagai Tsar.

Tidak mahu perkara tersebut berlaku dan ditekan oleh rakan-rakan Bersekutu termasuk Britain, Petrograd melancarkan kempen mereka pada pertengahan Jun 1917. Pada awalnya, kempen mereka berjalan lancar sebelum mereka dipaksa berundur menerusi kempen s3rangan balas Jerman pada hari ketiga. Bagi mengekang s3rangan balas mereka, Rejimen Mesingan Pertama berfahaman Bolshevik digerakkan.

Bagi rejimen ini, mereka merasakan ini cubaan untuk memecahkan golongan Bolshevik dan mendorong mereka mahu merampas kuasa. Tetapi itu tidak bermakna pemimpin-pemimpin Bolshevik mengikut kehendak pengikut-pengikut mereka termasuk Lenin.

Pada 4 Julai, ratusan geng Bolshevik termasuk pihak t3ntera bergerak dari pangkalan t3ntera laut Kronstadt menuju ke markas Bolshevik sambil memegang s3njata api. Mereka kemudiannya berkumpul di situ dan berharap diberi arahan oleh pemimpin mereka. Malangnya, perkara itu tidak berlaku dan dalam tempoh yang digelar July Days, polis menyerbu dan menahan mereka.

Rajah 6: Ahli-ahli Bolshevik dit3mbak dan dikejar pihak berkuasa semasa peristiwa July Days

Tindakan polis ini mengakibatkan kerajaan sementara kehilangan kredibiliti mereka sekaligus memaksa Lvov meletak jawatan. Jawatan perdana menteri sementara digalas oleh seorang pemimpin soviet bernama Alexander Kerensky. detik ini dipergunakan sebaiknya untuk menjahanamkan Parti Bolshevik termasuk mendedahkan hubungan Lenin dengan Jerman.

Akibat pendedahan ini, ramai rakyat Rusia menolak sekeras-kerasnya golongan Bolshevik dan ramai pemimpin mereka dip3njarakan termasuk Leon Trotsky. Bagi Lenin pula, beliau terpaksa melarikan diri dan duduk dalam buangan di Finland bagi mengelak nasib sama menimpanya. Bala yang menimpa Bolshevik ini buat seketika menaikkan populariti Kerensky dalam kalangan rakyat dan t3ntera.

Tetapi populariti beliau tidak bertahan lama apabila enggan melaksanakan perintah darurat di Petrograd dan mengembalikan polisi bersifat keras sebagai Perdana Menteri. Antara polisi yang diperkenalkan ialah sekatan perhimpunan, pengenalan semula hukuman m4ti dan berusaha memulihkan semula disiplin dalam kalangan anggota t3ntera.

Rajah 7: Jeneral Lavr Kornilov

Pada awalnya, Kerensky bersetuju dengan saranan Jeneral Lavr Kornilov yang melihat cara terbaik memulihkan keamanan di seluruh negara terutama di Petrograd ialah perintah darurat. Tetapi pada saat akhir, beliau enggan melaksanakan perintah tersebut dan mengarahkan pihak soviet mempertahankan diri daripada 4ncaman t3ntera yang dibawa ke situ.

Tetapi jika ada menjangkakan pertumpahan darah apabila dua kumpulan ini bertembung, perkara tersebut tidak berlaku. Ini berikutan pihak soviet berjaya menyakinkan pihak t3ntera untuk meletak s3njata dan tidak mengendahkan arahan pegawai pemerintah mereka. Kornilov bersama 30 pegawai t3ntera dip3njarakan dan mereka ini kemudiannya menjadi teras T3ntera Putih (White Army) semasa P3rang Saudara Rusia.

Bagi Kerensky pula, tindakannya mem3njarakan Kornilov dilihat tidak popular bagi penyokong puak berhaluan kanan. Bagi geng kiri termasuk Bolshevik pula, mereka melihat perdana menteri sementara itu tidak boleh dipercayai kerana disyaki bersubahat dengan Kornilov. Dengan kebanyakan t3ntera mengesyaki pegawai-pegawai mereka menyokong Kornilov, disiplin dalam kalangan mereka semakin merosot.

Peristiwa ini mengakibatkan usaha radikalisasi dalam kalangan rakyat terutama Bolshevik diperhebatkan. Dan ia amat menguntungkan kepada mereka kerana meraih kemenangan besar dalam pemilihan soviet di bandar-bandar seperti Petrograd, Riga, Moscow dan Saratov pada September. Lenin melihat menerusi kemenangan ini, ia sudah cukup untuk menggerakkan pemberontakan dan ia harus dilakukan sebelum Kongres Soviet bersidang pada 20 Oktober.

Lenin ada sebab kukuh berbuat demikian. Sekiranya undian semasa Kongres Soviet diteruskan, kerajaan baru yang bakal dibentuk menggantikan kerajaan sementara ialah kerajaan pakatan pelbagai parti membabitkan Bolshevik dan semua parti politik Rusia termasuk pesaing mereka, Menshevik dan Revolusi Sosialis. Justeru pada 10 Oktober, undian Bolshevik menyaksikan mereka bersetuju dengan gagasan Lenin untuk memberontak.

Seminggu selepas itu, pihak parti diberitahu t3ntera dan pekerja yang ingin mengambil bahagian memerlukan motivasi lebih kuat untuk memberontak. Tetapi Lenin tidak merasa bimbang dan menyatakan satu kelompok kecil, lengkap bers3njata dan tersusun dari segi organisasinya sudah cukup untuk menjayakan rancangannya.

Rancangan Lenin tidak disenangi pemimpin-pemimpin soviet dan mereka mahu menangguhkan kongres ke 25 Oktober bagi mendapatkan lebih banyak sokongan wilayah-wilayah. Plot tersebut turut diketahui Kerensky dan bagi mematahkan plot itu, beliau mengarahkan sebahagian besar garison Petrograd dipindahkan ke medan utara WWI.

Untuk mengelak perkara itu berlaku, Jawatankuasa Ket3nteraan Revolusi (MRC) yang dianggotai oleh ahli-ahli Bolshevik dibentuk pada 20 Oktober dan mengambil alih garison Petrograd empat hari kemudian. Lenin yang ketika itu bersembunyi keluar dari tempat persembunyiannya dan menyeru rakyat yang terpengaruh dakyahnya di Institut Smolny untuk bangkit menggulingkan Kerensky.

Rajah 8: Ahli-ahli Bolshevik menyerbu Winter Palace pada 25 Oktober.

Dan seperti dijanjikan pada 25 Oktober, ahli-ahli Bolshevik menyerbu Winter Palace, ibu pejabat kerajaan sementara di Petrograd dan menahan semua anggota pentadbiran. Namun, sasaran utama mereka iaitu Kerensky berjaya melepaskan diri ke Pskov dan cuba melawan cubaan mereka menerusi pemberontakan Kerensky-Krasnov tetapi gagal. Keadaan ini memaksanya bersembunyi selama beberapa minggu sebelum beliau melarikan diri ke luar negara.

Pengumuman penahanan semua anggota pentadbiran Kerensky dibuat dalam Kongres Soviet tetapi sesetengah delegasi dari Menshevik dan Revolusi Sosial yang berang memilih meninggalkan kongres. Apa yang dilakukan merupakan satu kesilapan kerana ini membolehkan Bolshevik mendominasi soviet.

Begitupun, ramai menjangkakan penguasaan mereka tidak bertahan lama. Sebagai tindak balas terhadap pengambilalihan Bolshevik, banyak perkhidmatan kerajaan termasuk perkhidmatan awam dan pos serta bank-bank memilih mengadakan mogok. Di wilayah-wilayah luar pula, sokongan terhadap kerajaan baru ini amat lemah.

Tetapi bagi Lenin, beliau tidak berminat dengan tindakan soviet yang menjalankan peranan semak dan imbang terhadap kerajaannya, Majlis Komisar Rakyat (Sovnarkom). Padanya, soviet-soviet ini akan meng4ncam kedudukan mereka dan lambat-laun akan mengulangi apa yang dilakukan di Winter Palace sebelumnya. Justeru pada 4 November, Sovnarkom mengeluarkan dekri meluluskan undang-undang tanpa memerlukan kelulusan soviet.

Parti-parti pembangkang yang terdesak berharap menerusi pemilihan Perhimpunan Perlembagaan yang diadakan pada akhir November. Pembentukan Perhimpunan Perlembagaan sentiasa matlamat utama kerajaan sementara dan bakal menjadi organ demokrasi sebenar: dipilih oleh semua dan mewakili semua tanpa mengira status. Bagi Lenin, jika itu berlaku, kesahihan kerajaannya akan terjejas dan Bolshevik akan kalah teruk.

Ini kerana pesaing utamanya, Revolusi Sosial meraih peratusan undi tertinggi sebanyak 40% manakala Bolshevik pula hanya meraih 24%. Tetapi Lenin bermain menggunakan peraturannya sendiri dan satu cara mengukuhkan kedudukan mereka ialah pembentukan Suruhanjaya Luar Biasa untuk Melawan Tindak Balas Revolusi dan Sabotaj (Cheka).

Rajah 9: Feliks Dzerzhinsky

Cheka pada dasarnya ialah organisasi yang melindungi Bolshevik dari semua musuh dan orang pertama dipertanggungjawab mengetuai organisasi ini ialah Feliks Dzerzhinsky. Siapa yang mendengar kenyataan Dzerzhinsky ini pasti merasa kecut perut, “Aku tidak mencari sebarang bentuk keadilan. Kami tidak memerlukan keadilan. Ia hanya pep3rangan, perlawanan sampai akhir. Hidup atau m4ti.”

Kenyataan sebegini menunjukkan Cheka bersedia melakukan apa saja termasuk pembvnvhan untuk menjamin penguasaan Bolshevik. Siapa sangka, Cheka akan melalui beberapa perubahan sebelum dikenali sebagai salah satu agensi perisikan paling digeruni semasa P3rang Dingin: KGB. Dan seperti KGB yang hanya patuh kepada pemimpin utama Kesatuan Soviet, Cheka hanya menurut perintah Lenin sahaja.

Dengan situasi p3rang dengan Jerman masih belum selesai, Lenin melihat satu-satunya peluang untuk menyelamatkan t3ntera Rusia yang masih berpecah ialah berdamai dengan Jerman. Ya, ia satu pengkhianatan kepada ahli Bolshevik tetapi itu saja pilihan yang ada. Selepas memeterai gencatan s3njata, Lenin menghantar Leon Trotsky untuk berunding dengan Berlin.

Pada awalnya, Trotsky cuba melewatkan usaha rundingan bagi membolehkan revolusi tercetus di tanah besar Eropah. Tetapi apabila Jerman mengadakan perjanjian dengan pihak Ukraine, Lenin tahu suka atau tidak perjanjian damai harus dimeterai. Ini kerana sebagai tukaran kepada pengiktirafan kuasa Jerman, Ukraine memperoleh kemerdekaan dan Berlin boleh beralih kepada sasaran seterusnya: Petrograd.

Pergerakan mereka memaksa Lenin dan seluruh anggota pentadbirannya memindahkan ibu negara ke Moscow dan ia terus kekal peranannya sehingga hari ini. Pihak Bolshevik akhirnya memeterai Perjanjian Brest-Litovsk pada 3 Mac 1918 walaupun terma perjanjiannya bersifat berat sebelah kepada Moscow. Poland, Finland, Estonia dan Lithuania diberi kemerdekaan di bawah perlindungan Jerman.

Dengan merdekanya negara-negara di sebelah Eropah Timur ini, Rusia kehilangan 34% populasinya, 32% tanah pertanian, 54% perusahaan perindustrian dan 89% lombong arang batunya. Ia satu korban yang besar demi menjamin kemandirian kerajaan Lenin lebih-lebih lagi dengan konflik p3rang saudara pula menanti di hadapan. Dan bagi Trotsky, kegagalannya menjaga kepentingan Rusia semasa rundingan bakal mengundang padah kepada dirinya.

Pada tahun 1918, Rusia menyaksikan p3rang saudara tercetus antara puak Bolshevik (T3ntera Merah) dengan T3ntera Putih/White Army. T3ntera Putih terdiri daripada kelompok yang memusuhi Bolshevik termasuk kelompok penyokong monarki dan Revolusi Sosial. Lenin mahukan p3rang saudara berdarah bagi membolehkan semua penentang mereka dihapuskan sekaligus.

Walaupun T3ntera Putih dianggotai oleh pelbagai kumpulan dan mempunyai matlamat berbeza, mereka dibantu oleh kuasa-kuasa asing yang mahu melindungi sekutu dan pelaburan yang dibuat di Rusia. Antara negara yang membantu ialah Britain, Perancis dan Amerika Syarikat dengan ketiga-tiga menghantar satu pasukan ekspedisi khas yang kecil di Murmansk dan Archangel.

Di pihak Bolshevik pula, mereka mempunyai bilangan 4skar seramai 60 juta orang dengan kebanyakannya merupakan bekas anggota pasukan Tsar. Bagi mereka, mereka tiada pilihan kerana dengan kerajaan di tangan pihak Bolshevik, kelompok ini yang membayar gaji dan pencen mereka. Selain itu, Bolshevik turut mempunyai akses kepada rangkaian keretapi yang membenarkan pasukan-pasukan t3ntera dihantar dengan pantas.

P3rang Saudara Rusia tercetus pada Jun 1918 di pelbagai medan. Revolusi Sosial membina republik mereka sendiri di Volga tetapi pasukan mereka ditumpaskan. Di sebelah Siberia pula, Laksamana Alexander Kolchak merampas kuasa daripada kerajaan sementara wilayah berkenaan dan menjadi diktator t3ntera. Justeru bila pihak Bolshevik beroperasi di Siberia, mereka beralasan mahu menumbangkan Kolchak yang bersubahat dengan kuasa asing termasuk Jepun.

Rajah 10: Ruang bawah tanah Ipatiev House saksi bisu pembvnvhan kerabat Nicholas II.

Tempoh ini turut dianggap satu tempoh menyedihkan bagi penyokong Dinasti Romanov. Pada malam 16 dan 17 Julai 1918, seluruh kerabat Nicholas II dibvnvh oleh penyokong-penyokong k0munis di Ipatiev House, Yekaterinburg. Walaupun secara rasmi tiada kaitan dengan arahan bvnvh tersebut, ramai mengesyaki pembabitan Lenin dalam peristiwa berkenaan. Presiden Boris Yeltsin pada 1998 menyifatkan pembvnvhan tersebut sebagai babak paling gelap dalam sejarah Rusia.

Puak Don Cossacks pula menjadi duri dalam daging kepada kumpulan Bolshevik termasuk melakukan kepungan terhadap Tsaritsyn (kemudiannya dikenali sebagai Stalingrad dan Volgograd). Kepungan ini mengakibatkan dua orang utama Bolshevik bertelagah iaitu Joseph Stalin dan Trotsky. Trotsky yang dianggap gagal menguruskan rundingan Rusia-Jerman kini berdepan amukan ahli-ahli parti berkenaan isu ini.

Tsaritsyn kemudiannya jatuh ke tangan T3ntera Putih pimpinan Jeneral Anton Denikin pada tahun 1919 dengan bantuan t3ntera British. Tetapi Stalin kemudiannya merampas semula bandar berkenaan selepas mendapat bantuan dari Moscow pada Januari 1920. Tsaritsyn kemudiannya dinamakan semula sebagai Stalingrad bagi mengenang jasa Stalin terhadap bandar berkenaan.

Di sebelah Ukraine pula menyaksikan negara itu berpecah kepada beberapa puak. Bolshevik menguasai beberapa kawasan menerusi pemimpin boneka mereka dengan pemberontak sosialis dan nasionalis menguasai baki kawasan. Tetapi Ukraine bernasib baik s3rangan di negara itu terpaksa ditangguhkan apabila pihak Bolshevik mendapat tahu 4ncaman yang dibawa Denikin di Pergunungan Ural dan selatan Rusia termasuk Petrograd.

4ncaman yang dibawa Denikin sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada mereka. Tetapi itu tidak bertahan lama bagi para pemberontak termasuk T3ntera Putih apabila sekutu mereka dari Barat memilih tidak lagi menyokong mereka. Walaupun masih mendapat bekalan s3njata dari Barat, tiada lagi sokongan mereka seperti yang disaksikan di Tsaritsyn.

Tahun 1920 menyaksikan T3ntera Merah kembali bangkit selepas mengumpul semula kekuatan dan banyak pasukan T3ntera Putih dimvsnahkan atau berpaling tadah dan menyerahkan pemimpin mereka kepada pasukan Bolshevik. Antara yang menerima nasib ini ialah Kolchak yang diserahkan oleh pemberontak berhaluan kiri kepada pihak musuh sebelum beliau dit3mbak mati.

Bagi Denikin pula, apa saja kelebihan yang diperoleh setahun sebelumnya hilang begitu saja dan terpaksa berundur ke Crimea. Moral anggotanya semakin merudum apabila beliau sendiri memilih melarikan diri ke luar negara. 150,000 orang melarikan diri melalui jalan laut tetapi bagi yang tertinggal, maka pengakhiran ialah p3luru puak Bolshevik.

Cubaan mendapatkan kemerdekaan di Armenia, Georgia dan Kazakhstan berjaya dipatahkan dan ia diserap sebagai sebahagian daripada wilayah Rusia yang baru. Namun, cubaan mereka mendapatkan Poland gagal termasuk kekalahan teruk di Warsaw pada Ogos 1920. Keadaan ini memaksa Rusia berdamai dengan Poland dan hasilnya, kedua-dua pihak memeterai Perjanjian Riga pada tahun 1921.

P3rang Saudara Rusia secara dasarnya berakhir pada November 1920. Walaupun ada yang cuba meneruskan penentangan, pihak Bolshevik menggerakkan aset ket3nteraan mereka dan Cheka untuk menghapuskan saki-baki penentangan. Sedar peluang mereka meluaskan pengaruh di Timur Jauh Rusia sudah berakhir, Jepun berundur pada tahun 1922.

P3rang Saudara Rusia menyaksikan tujuh hingga 10 juta orang terbvnvh dalam konflik berkenaan. Antara sebab kem4tian ialah isu kebuluran, penyakit dan mangsa operasi ket3nteraan yang menyaksikan kedua-dua belah pihak melakukan kek3jaman dan j3nayah p3rang terhadap orang awam.

Tetapi itu saja sudah cukup mengukuhkan lagi cengkaman kelompok Bolshevik terhadap Rusia. Dan berikutan p3rang saudara ini berlaku pada peringkat awal pemerintahan mereka, ia mendorong mereka menggunakan pelbagai taktik mengukuhkan cengkaman ke atas dari pembentukan Kesatuan Soviet pada tahun 1922 hinggalah kejatuhan Tirai Besi pada tahun 1991.

Siapa sangka, Revolusi Rusia dan P3rang Saudara Rusia merupakan peristiwa bersejarah yang paling signifikan dalam sejarah manusia pada abad ke-20. Dua peristiwa ini menyediakan batu asas kepada kemunculan mereka sebagai kuasa besar terutama selepas P3rang Dunia Kedua (WWII) dan P3rang Dingin.

RUJUKAN:

History. (2020). Russian Revolution. https://www.history.com/topics/russia/russian-revolution

Figes, Orlando. (2017). From Tsar to U.S.S.R.: Russia’s Chaotic Year of Revolution. National Geographic. https://www.nationalgeographic.com/history/magazine/2017/09-10/russian-revolution-history-lenin/

Wilde, Robert. (2020). The Russian Civil W4r. https://www.thoughtco.com/the-russian-civil-w4r-1221809


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.