Sejarah Pilihanraya Dari Sudut Pandangan Hak Asasi Manusia

0
417
views

Alang-alang negara bakal menempuh pilihan raya umum pada tahun 2018 ini, jom sama-sama kita kenang kembali sedikit sejarah ringkas berkenaan pilihan raya ini dalam konteks hak asasi manusia. Konsep pilihan raya merupakan salah satu ciri-ciri hak asasi manusia yang dipersetujui oleh pemimpin dunia yang menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa atau Universal Declaration of Human Rights (UDHR). Di dalam UDHR ini, artikel 2 dan artikel 21 menyatakan hal berikut:

Article 2.

 

Everyone is entitled to all the rights and freedoms set forth in this Declaration, without distinction of any kind, such as race, colour, sex, language, religion, political or other opinion, national or social origin, property, birth or other status. Furthermore, no distinction shall be made on the basis of the political, jurisdictional or international status of the country or territory to which a person belongs, whether it be independent, trust, non-self-governing or under any other limitation of sovereignty.

 

Article 21. (1) Everyone has the right to take part in the government of his country, directly or through freely chosen representatives.

 

(2) Everyone has the right of equal access to public service in his country.

 

Waqaf Saham

(3) The will of the people shall be the basis of the authority of government; this will shall be expressed in periodic and genuine elections which shall be by universal and equal suffrage and shall be held by secret vote or by equivalent free voting procedures.

 

 

Pilihan raya banyak dikaitkan dengan demokrasi mengikut konteks hak asasi manusia. Ketika dunia menjadi saksi kepada pelbagai bentuk pemerintahan dunia seperti oligarki, autokrasi, partikrasi, meritokrasi, monarki dan lain-lain lagi, demokrasi wujud sebagai ‘satu bentuk sistem politik yang memberi peluang kepada semua ahli di sesebuah organisasi (kalau negara, ahli adalah rakyat) untuk memilih pemimpin dan membuat keputusan untuk kebaikan organisasi’. Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memberi tafsiran ‘demokrasi’ sebagai; ‘pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya’. Sistem demokrasi ini diguna pakai oleh majoriti negara dari seluruh dunia dalam memilih pemimpin setempat dan ketua negara.

Berbeza dengan sejarah penulisan Deklarasi Hak Asasi Manusia pertama di dunia yang dikaitkan dengan Magna Carta dan juga Cyrus the Great, akan tetapi sehingga kini tidak ditemui bukti kukuh yang meletakkan permulaan sejarah pengamalan demokrasi ini dengan mana-mana tempat atau negara. Namun oleh kerana demokrasi ini dikatakan bermula dalam tamadun Barat, maka sejarah asal demokrasi dikaitkan dengan tamadun Greek Purba yang dianggap pengasas kepada tamadun Barat bermula abad ke 5 hingga 6 B.C. Namun ada beberapa sejarawan yang mengkaji sejarah Greek Purba menolak pengamalan demokrasi secara mutlak kerana di Athens dan Sparta ketika itu sistem masyarakat menafikan dua syarat utama demokrasi: Pertama, iaitu rakyat yang bebas dan kuat untuk membuat pemilihan. Kedua,  keadaan ekonomi yang kukuh untuk memboleh rakyat terlibat dalam aktiviti pemilihan. Kedua-dua ini tidak wujud kerana sistem Greek mengangkat golongan cendekiawan, filasuf dan askar sahaja dalam pemerintahan dan pengamalan sistem hamba yang menafikan kebebasan rakyat.

Thorkild Jacobsen, seorang sejarawan daripada Denmark yang pakar dalam kajian sejarah Assyriology dan kesusasteraan Sumeria memberikan pandangan beliau bahawa demokrasi bermula pada zaman tamadun Mesopotamia sekitar abad ke 26 B.C . Beliau memberi contoh pemerintah seperti Raja Gilgamesh tidak mempunyai kuasa autokratik mutlak sebagaimana raja lain, akan tetapi struktur kuasa politik di Mesopotamia ketika itu juga dimiliki oleh ahli-ahli khas yang mesti dirujuk untuk sesuatu isu melibatkan negara. Namun teori beliau ini ditolak oleh ramai sejarawan lain kerana tiada bukti kukuh. Selain itu ada juga yang mengaitkan sejarah demokrasi seawal abad ke 3 B.C di India, di mana rajas dan beberapa ahli negara akan berkumpul berbincang isu-isu penting dalam berkenaan negara. Pada sesuatu ketika, orang awam juga dijemput untuk menyertai dan memberi pandangan dalam perhimpunan tersebut.

Pilihan raya pertama di dunia dikatakan bermula di era Roman. Terdapat penemuan syiling lama zaman Roman yang mempunyai imej seorang sedang memasukkan undi di dalam kotak atau bekas. Terdapat juga pilihan raya pemilihan Maharaja Empayar Roman yang digelar The election of a Holy Roman Emperor yang dipilih melalui undian putera raja setiap daerah di bawah naungan Empayar Roman ketika itu. Selain itu, di India sewaktu zaman Vedik juga terdapat kisah pilihan raya. Pilihan raya di India zaman Vedik ini dibuat untuk memilih rajas (pemimpin atau raja) yang dilakukan oleh gana (kumpulan etnik masyarakat). Dalam sejarah tamadun Islam, sistem pilihan raya juga dapat dilihat sewaktu pemilihan khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW, apabila para sahabat membuat pilihan raya untuk memilih Abu Bakar dan Uthman sebagai khalifah pertama dan ketiga.

Jika dibuka lembaran sejarah dunia, akan terlihat banyak lagi kisah-kisah menarik berkenaan pilihan raya yang mengangkat prinsip hak asasi manusia. Pilihan raya memberi mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang boleh memelihara hak, menjaga dan menaikkan taraf hidup kepada yang lebih baik. Manakala kepada pemimpin, pilihan raya boleh dilihat sebagai ujian dan komitmen yang bakal anda tunjukkan bagi membuktikan kelayakan anda menjadi pemimpin kepada rakyat. Seharusnya pilihan raya tidak dicemari dengan pelbagai unsur negatif dan bersifat individualistik, hanya untuk meraih matlmat individu sahaja dengan mengabaikan hak sebenar sebagai pemimpin yang dipilih. Seharusnya masyarakat Malaysia boleh menunjukkan sikap berpolitik yang matang dan professional dalam pilihan raya.

RUJUKAN & CADANGAN BACAAN TAMBAHAN

  • History of Democracy. http://www.historyworld.net/wrldhis/PlainTextHistories.asp? historyid=ac42
  • History of Democracy. https://en.wikipedia.org/wiki/History_of_democracy#Historic _origins
  • Noresah Baharom. 2005. Kamus Dewan Ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
  • United For Human Rights. T.th. A Brief History of Human Rights. http://www.human rights.com/what-are-human-rights/brief-history/magna-carta.html. (26 Mei 2015).
  • United For Human Rights. T.th. Human Rights Defined. http://www.humanrights.com/ what-are-human-rights.html. (27 Mei 2015).
  • United Nation. t.th. Universal Declaration Of Human Rights. http://www.universalrights. net/main/decl_1.htm. (10 November 2014).
  • William M. Sloane. 1895. History and Democray. Oxford University Press. http://www.jstor.org/stable/pdf/1834013.pdf?refreqid=excelsior:55254ed228f60e58de16a564249d7709