Sejarah Perkembangan Tulisan Bahasa Jepun

294

https://bit.ky/kombowww

Bahasa Jepun adalah salah satu bahasa yang unik di dunia kerana menggunakan 3 sistem tulisan:

  • Hiragana
  • Katakana
  • Kanji

Cuba lihat ayat dibawah:

私の名前はアリフです。私はマレーシア人です。
Watashi no namae wa arifu desu. Watashi wa mare-shia jin desu.
Nama saya Nub. Saya orang Malaysia

Ayat di atas merangkumi 3 jenis sistem tulisan.

私 (watashi), 名前 (namae): Kanji
の (no), は (ha),です (desu): Hiragana
ヌーブ (nu-bu), マレーシア (mare-sha): Katakana

Mengapa kanji mempunyai 3 jenis tulisan? 

Kanji (漢字)

Tulisan yang berasal dari China dan merupakan tulisan awal digunakan oleh orang Jepun sejak abad 1-2 Masihi.

Kanji

Sebelum hiragana dan katakana dicipta, orang Jepun meggunakan tulisan dari negara cina yang dipanggil kanji oleh orang Jepun. Terdapat lebih 10 ribu kanji yang wujud dan tiada seorang pun orang Jepun yang dapat hafal kesemuanya.

Bunyi suku kata bahasa Jepun disesuaikan dengan tulisan kanji yang mempunyai sebutan yang sama, kemudian membentuk perkataan bahasa Jepun menggunakan tulisan kanji. Tetapi lama-kelamaan orang Jepun merasakan yang tulisan kanji ini menyusahkan.

Maka, sejenis tulisan lebih ringkas adaptasi daripada huruf kanji telah dicipta, dikenali sebagai huruf Kana. Kana terbahagi kepada hiragana dan katakana. Penciptaan huruf ini berlaku dalam proses evolusi yang panjang daripada abad ke 5 Masihi sehinggalah 8 Masihi. 

Dengan huruf Kana, perkataan yang mempunyai kanji yang agak rumit diringkaskan. Perkataan yang kerap digunakan dalam seharian juga diringkaskan menjadi tulisan Kana.

Berikut ialah contoh perkataan yang asalnya menggunakan kanji tetapi kini lebih kerap ditulis menggunakan hiragana atau katakana untuk kemudahan,

何処 ➡ どこ (doko = dimana) – Hiragana
何故 ➡ なぜ (naze = kenapa) – Hiragana
鱆 ➡ タコ (tako = sotong kurita) – Katakana
珈琲 ➡ コーヒー (ko-hi- = kopi) – Katakana

Hiragana (平仮名)

Mula digunakan sejak abad ke-8 Masihi, terdapat 46 huruf hiragana adaptasi daripada kanji.

Intro to Hiragana :: Japanese Lessons - KanaQuest

Cuba lihat bagaimana huruf hiragana berevolusi daripada kanji,

Hitam: Hiragana, Merah gelap: proses evolusi, Merah terang: kanji asal 

Huruf kanji di atas mempunyai sebutan suku kata yang sama dengan huruf hiragana yang berevolusi daripadanya.

Hiragana pada mulanya dicipta untuk urusan tidak rasmi. Ia digunakan oleh orang kebanyakan untuk menulis puisi, dan surat-menyurat. Manakala kanji pula untuk urusan rasmi.

Tetapi bermula pada abad ke 10 Masihi, hiragana mula digunakan oleh semua lapisan masayarakat dan perlahan-lahan digunakan dalam urusan rasmi juga.

Katakana (片仮名)

Katakana juga mempunyai 46 huruf dengan sebutan yang sama dengan hiragana. Ia juga adaptasi daripada kanji untuk memudahkan cara baca.

Katakana | Japanese Language Wiki | Fandom

Ini adalah bagaimana katakana berevolusi daripada kanji,

Mengapa hiragana dan katakana dicipta sedangkan keduanya mempunyai sebutan yang sama?

Hiragana dan katakana dicipta lebih kurang pada waktu yang sama tetapi dengan tujuan yang berbeza. Katakana dicipta oleh sami Buddha untuk memudahkan pembacaan kitab-kitab agama. Ia digunakan untuk menulis nota ringkas/anotasi pada tulisan kanji yang rumit pada kitab.

Lihat contoh kanji rumit yang ditukar menjadi katakana:
蜚蠊 ➡ ゴキブリ (gokiburi = lipas)
蟻 ➡ アリ (ari = semut)

Katakana pada mulanya hanya digunakan oleh para cendekiawan dan seterusnya urusan rasmi (kerana agama Buddha dan kerajaan adalah berkait rapat). Berbeza dengan hiragana yang digunakan oleh orang kebanyakan sahaja.

Baca penerangan lebih lanjut di forum talian tentang sejarah hiragana dan katakana [BACA SINI]

Tetapi pada masa kini, katakana bukan sahaja digunakan untuk meringkaskan tulisan kanji yang rumit, tetapi juga untuk pinjaman perkataan asing dan onomatopia (perkataan daripada bunyi-bunyi).

Contoh pinjaman perkataan asing:

Kerja sambilan:  アルバ (arubaito – pinjaman bahasa Jerman ‘arbeit’ bermaksud kerja)
Homo Sapien: ホモ・サピエンス (homo-sapiensu – pinjaman bahasa Inggeris)

Contoh onomatopia:

gulp gulp (minum): ゴクゴク (goku goku)
sok sek sok sek (berbual): ブツブツ (butsu butsu)

Menarik kan? Oh ya, tulisan rumi untuk sebutan bahasa Jepun pula orang Jepun panggil sebagai ローマ字 (romaji).

Tetapi ia tidak dianggap sebagai sebahagian daripada sistem tulisan Jepun. Digunakan hanya untuk membantu orang asing membaca tulisan Jepun.

Kalau korang berminat nak belajar bahasa Jepun, belajarlah sistem tulisan Jepun. Mulakan dengan hiragana dan katakana, diikuti dengan kanji.

Jangan bergantung pada romaji sahaja kerana romaji bukan bahasa Jepun yang sebenar.

RUJUKAN:

Japanese Calligraphy: Art, Symbols & History. (2016, November 14). Retrieved from https://study.com/academy/lesson/japanese-calligraphy-art-symbols-history.html.

Artikel dikirimkan oleh Noob Jepun untuk The Patriots. 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.