1)Zaman Nubuwwah

-Di zaman Rasulullah صلى الله عليه و سلم para sahabat mendapat didikan terus dari baginda dan segala permasalahan serta syubhat diterangkan jelas oleh baginda,kerana zaman tersebut adalah zaman wahyu.

2)Zaman Khulafa’ Ar Rasyidun

*Zaman Sayyiduna Abi Bakr As Siddiq رضي الله عنه;
-Belum wujud syubhat pemikiran yang membawa ancaman dan menggugat ilmu aqidah dan beliau disibukkan dengan memrangi golongan murtad dan yang enggan membayar zakat.

*Zaman Sayyiduna Umar Al Khattab رضي الله عنه;

-Juga belum wujud ancaman besar.Antara tempoh paling aman dan Islam kian terabar ke empayar empayar besar sehingga penaklukan Parsi dan pembukaan Al Quds

*Zaman Sayyiduna Uthman bin Al Affan رضي الله عنه;

-Bibit bibit awal kemunculan kaum Khawarij yang melancarkan protes dan pemberontakan sehingga membawa kepada tragedi kesyahidan beliau.

*Zaman Sayyiduna Ali bin Abi Talib كرم الله وجهه و رضي الله عنه ;

-Muncul golongan Khawarij yang membawa syubhat Takfir,iaitu mengkafirkan pelaku dosa Besar.

-Muncul kelompok Syiah yang sebahagiannya terlalu ekstrim sehingga mengangkat beliau sebagai Tuhan.Kelompok ekstrim ini telah dibasmi namun pemikirannya masih ada dan meresapi kelompok Syiah Nusayriyyah,Bathinyyah dan Al Qaramithah.

3.) Zaman Khilafah Umawiyyah;

-Muncul pemikiran mu’tazilah yang dibawa oleh Wasil bin Ata’,yang merupakan bekas pelajar Imam Hasan Al Basri.Dia pada mulanya menghadiri majlis Imam Hassan kemudian berdebat dengan gurunya pada masalah menentukan anak kecil yang meninggal dunia berada di syurga atau neraka.Lalu dia meninggalkan gurunya dan berkata Imam Hasan;

اعتزال واصل
“Telah meninggalkan kita akan Wasil”.

Dari perkataan اعتزال inilah munculnya perkataan Mu’tazilah
.
-Kemunculan pemikiran Jahmiyah yang diperkenalkan oleh Jahm bin Sufyan.

-Kelompok-kelompok ini pada awalnya merupakan minoriti sahaja,pada zaman awal khilafah umawi,sehinggalah zaman Imam Abu Hanifah,Imam Malik dan Imam Muhammad bin Idris As Syafi’iy رضي الله تعالى عنهم.Ini sebabnya ilmu aqidah di zaman para Imam ini kurang menggunapakai kaedah ilmu kalam.

-Di akhir khilafah Umawi,mereka telah menguasai khilafah,dan khalifah yang dilantik akan berpegang kepada ideologi mereka.Ini yang mengakibatkan Imam Ahmad bin Hanbal رضي الله عنه diseksa kerana enggan akur pada doktrin mereka yang mendakwa Al Qur’an itu merupakan makhluq,dan bukan Kalamullah.

4)Zaman Khilafah Abbasiyyah;

-Ketika inilah Allah memunculkan Imam Abul Hassan Al Asy’ari (pada awalnya seorang pengikut Mu’tazilah yang mendapat pendidikan dari bapa tiri beliau,Abu Ali Muhammad Al Jubba’i,sebelum mengisytiharkan taubat pada usia beliau 40 tahun) dan Imam Abu Mansur Al Maturidi yang menjernihkan semula ilmu aqidah,khususnya dalam masalah Asma’ dan Sifat Allah yang dicemari ilmu kalam dengan cara menggunakan ilmu kalam juga bagi mematahkan hujjah golongan Mu’tazilah,yang menolak dalil dan Nas Al Qur’an serta Sunnah.Bermula dari sini,ilmu aqidah juga dikenali sebagai ilmu kalam.

– Imam Abul Hassan menyusun 13 sifat yang mesti diketahui bagi sekalian mukallaf dalam mentawhidkan Allah manakala Imam Abu Mansur menyempurnakan lagi 7 sifat sebelum disatukan keduanya oleh Imam As Sanusi.Ini yang menjadikan Matn As Sanusi atau Matn Ummi Barahin antara rujukan tertua dalam ilmu aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah.

و الله أعلم.

-Orang Pekan-


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Leave A Reply